TAHAP-TAHAP MUHASABAH AMALAN HARIAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH
- Amalan-amalan
ini merupakan amalan harian yang sepatutnya dicapai oleh pelajar (minima). Rasional- jika tidak dibuat begini, dikhuatiri
pelajar hanya beri komitmen terhadap program, ketika di luar program dia sama saja macam orang lain. Biasa kita jumpa seorang
yang begitu rajin dna bijak berbicara soal dakwah tapi peribadi sebenarnya tidak sepadan dengan apa yang diperkatakannya.
Ada juga orang yang menyibukkan diri berbicara soal-soal yang mendalam tetapi amalann asasnya sendiri tidak sampai ke mana.
- Pembimbing
hendaklah memantau pencapaian pelajar. Pembimbing boleh juga menyediakan borang khas untuk setiap pelajar. Rasional- pelajar
lebih bersemangat untuk membuat catatan.
- Pelajar
hendaklah melaporkan pencapaian mereka kepada pembimbing dalam bentuk “markah keseluruhan” (borang yang disediakan
itu tidak akan disemak oleh pembimbing). Rasional- kurang sesuai jika diminta butiran terperinci kerana biasanya pelajar segan
jika butiran amalannya dilihat, cukup dengan markah keseluruhan.
- Untuk
solat sunat, 1 rakaat 1 markah.
- Untuk
bacaan Al Quran, 1 mukasurat 1 markah.
- Untuk
baca-dengar-lihat bahan-bahan agama, setiap 5 minit 2 markah (Sistem 5 Minit)
- Untuk
wirid harian, guna Sistem 5 Minit.
- Untuk
hafazan, guna Sistem 5 Minit.
- Rasionalnya,
sistem pemarkahan di atas akan memudahkan pelajar membuat catatan dan meningkatkan amalan mereka.
- Bagi
pelajar sekolah agama, kuantiti amalan mungkin boleh ditambah mengikut kesesuaian. Rasional- suasana persekolahan agama lebih
memotivasikan pelajar untuk berusaha lebih. Juga kualiti pelajar sekolah agama tentulah sepatutnya lebih baik daripada pelajar
sekolah biasa kan.
- Amalan-amalan
ini tidak termasuk pelajaran dan kegiatan pada masa persekolahan. Hanya amalan di luar waktu persekolahan saja yang dihisab.
Rasional- amalan dalam waktu persekolahan lebih mejurus kepada paksarela. Juga kurang adil bagi pelajar sekolah biasa
berbanding pelajar sekolah agama.
TAHAP 1
Solat sunat 2 rakaat
Al Quran 1 ayat (secara melihat)
* Ini untuk pelajar yang baru berjinak-jinak.
TAHAP 2
Solat sunat 4 rakaat
Al Quran ½ mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 10 minit
* Untuk pelajar yang berpotensi untuk istiqamah dengan program.
TAHAP 3
Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 1mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit
* Untuk pelajar yang istiqamah dengan program
TAHAP 4
Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 1mukasurat (secara melihat)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit
Wirid pagi dan petang- Al Fatihah, Ayat & 3 Qul
TAHAP 5
Solat sunat 6 rakaat
Al Quran 2 mukasurat (secara melihat atau menghafaz atau kedua-duanya)
Baca-dengar-lihat bahan agama 20 minit
Wirid pagi dan petang- Al Fatihah, Alif Laam Miim, Ayat Kursi & 3 Qul
Hafazan / ulangkaji hafazan 10 minit
Dari pengalaman, kuantiti amalan minima harian yang lebih daripada butiran Tahap
5 akan membebankan pelajar, lebih-lebih lagi bagi pelajar sekolah biasa. Dikhuatiri komintmen mereka terhadap akademik, keluarga,
sosial, riadah, rehat, hobi, ilmu-ilmu selain ilmu agama dan sebagainya terganggu.
Yang lebih penting, pembimbing sendiri mestilah mempunyai amalan harian yang konsisten.
Setelah saya mengkaji dan melihat daripada pelbagai aspek yang termampu, maka amalan harian seorang pembimbing sepatutnya
adalah seperti berikut:
Setiap amalan itu telah dikaji dan dilihat daripada pelbagai sudut dan mempunyai
rasionalnya mengapa ia sebanyak itu, bukan sekadar tangkap muat.
Semoga bermanafaat.
PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT
Alexanderwathern
10 FEB 2007
Artikel lain yang berkait rapat:
CARA MENYUSUN “FOLDER”
AGAMA ISLAM
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=60&mode=&order=0&thold=0
Tazkirah
Global Untuk Remaja- SIFAT-SIFAT SEORANG MUSLIM
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=48&mode=&order=0&thold=0
Pelbagai
artikel tarbiyyah
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic2.html