|
|
 |
|
|
 |
Tazkirah Global Untuk Remaja
KEPADA PEMUDA-PEMUDI
Assalamualaikum WBT.
“Ilahi anta maqsudi wa ridhaka mathlubi. A’tini mahabbataka wa maqhrifataka.” Tuhanku,
Engkaulah yang aku maksudkan dan keredhaanmulah yang aku cari. Berikanlah aku kasih sayang-Mu dan makrifah kepada-Mu.
Kadang-kadang kami bersembang sesama kami, alangkah
seronoknya kalau kita hidup macam orang lain. Bangun pagi pergi solat Subuh, kemudian baca Quran, pergi kerja, balik kerja
makan, berehat, solat Asar, petangnya berziarah atau riadah, waktu Maghrib dan Isya’ ke surau atau masjid, jadi tok
imam, kemudian menonton televisyen bersama keluarga dan tidur. Alangkah bahagia dan selesanya hidup begini. Semua orang mengimpikan
hidup yang semudah ini. Tapi mengapa kita memilih jalan
yang kita lalui ini? Jalan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti dakwah, program sana sini, qiam bersama-sama, berfikir dan
merancang aktiviti untuk remaja… dan lain-lain?
Sebenarnya, apabila kita telah merasai kemanisan melakukan ini semua… maka kita akan terus melakukannya. Kamu sendiri
akan jadi begini suatu hari nanti insyaallah.
Baru-baru ini iaitu pada minggu yang lalu saya
ada menerima satu mesej daripada seorang kenalan bernama Suhaimi. Mesejnya ringkas tetapi padat.
*Kita… lbh gmbira mymbut 1 JAN drpd 1 MUHARAM
Lbh igt 14 FEB dpd 12 RABIULAWAL
LBH khsyuk mdgr LAGU dpd AZAN
Lbh thu nama ARTIS dpd NABI2
Lbh suka memuji MANUSIA dpd TUHAN
Lbh cintakan DUNIA dpd AKHIRAT
Tp bila dtnya arh tuju
Kita pst mnjwb kita lbh suka menuju syurga dpd neraka?
Salam Maulidurrasul
Apa ada pada 1 Januari? Sambutan tahun baru Masehi.
Apa ada pada 1 Muharam? Tahun baru Hijrah iaitu tahun baru Islam. Rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru
Masehi. Apakah tahun Masehi? Ada pendapat mengatakan dibuat oleh orang-orang Kristian kononnya sempena kelahiran Nabi Isa
atau Jesus Christ. Apakah tahun Hijrah? Ia dibuat sempena penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.
Tapi yang peliknya Nabi Isa dipercayai lahir pada 25 Disember, bukannya 1 Januari. Itulah keyakinan rata-rata umat Kristian
walaupun ada sebilangan kecil daripada mereka yang percaya Nabi Isa lahir selepas 25 Disember ataupun dalam bulan Januari.
Benarkah Nabi Isa lahir pada bulan Disember atau Januari?
Sebagaimana yang kita tahu bahawa pada bulan Disember dan Januari, tempat kelahiran Nabi Isa dilitupi salji. Biasa kita lihat
Hari krismas disambut dalam musim salji. Tetapi kalau kita baca Bible, semasa kelahiran Nabi Isa itu ditulis para penggembala
sedang menggembala binatang-binatang ternak mereka di padang. Mustahil dalam musim sejuk bersalji para penggembala membawa
ternakan mereka ke padang! Ini menunjukkan Nabi Isa tidak lahir dalam bulan Disember atau Januari- tidak lahir dalam musim
sejuk. Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari
itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada
nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Rom. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai
upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.
Jadi sudah sewajarnyalah kita umat Islam tidak menyambut 1 Januari tetapi sambutlah 1 Muharam.
Apa ada pada 14 Februari? Ya, Hari Valentine. Apa ada pada 12 Rabiul Awal? Maulidurrasul. Kononnya Hari Valentine adalah hari
untuk mengingati kekasih. Padahal ia adalah hari perayaan sebahagian umat Kristian pada zaman dahulu. Ada banyak versi tentang
asal-usul Hari Valentine, yang mana satu benar pun tidaklah kita tahu. Antaranya seperti kisah seorang paderi bernama St.
Valentino yang bercinta hebat dengan seorang gadis. Cintanya tidak direstui pemerintah memandangkan dia seorang paderi Katholik,
paderi Katolhik tidak dibenarkan berkahwin. Ini menyebabkan dia dipenjara. Ada juga cerita kononnya ia dirayakan sempena mengingati
hari kemenangan tentera Kristian ke atas umat Islam di Sepanyol yang dianjurkan oleh paderi bernama St. Valentino. Mungkin
kamu tak tahu bahawa Sepanyol dulu adalah sebuah negeri Islam. Dan macam-macam lagilah cerita tentang hari tersebut. Namun
kesimpulannya, ia berkait rapat dengan agama Kristian dan tak ada kena-mengena dengan kita umat Islam. Maka tak perlulah kita
menyambutnya. Rabiul Awal pula merupakan sambutan ulangtahun
kelahiran Nabi, walaupun ada pendapat yang mengatakan baginda lahir pada 9 Rabiul Awal dan juga tarikh-tarikh lain. Namun
yang pentingnya kita mengenang kelahiran baginda dalam bulan Rabiul Awal, tak kiralah hari yang mana agar kita dapat mengambil
manafaat-manafaatnya terutamanya untuk kerja-kerja dakwah.
Pelajar yang dikasihi sekelian,
Kita lakukan semua yang di atas (sebagaimana dalam mesej), tetapi apabila orang tanya mana satu yang kita kejar lebih, dengan
mudah kita menjawab “akhirat”. Betulkah kita kejar akhirat? Cukupkah kita mengejar akhirat? Mana satu yang lebih
mudah dikejar… kejar dunia atau kejar akhirat? Untuk tahu mana yang lebih mudah antara kejar dunia dengan kejar akhirat,
insyaallah akan saya muatkan dalam pengisian yang akan datang.
Terima kasih kepada Suhaimi atas mesejnya.
Pelajar yang dikasihi,
Saya ada terjumpa sebuah puisi yang amat sesuai untuk kita dalam buku teks sastera tingkatan 3. Selepas ini akan dihuraikan
isi kandungannya. Di sini tidaklah saya hendak melagukannya kerana akan mengambil masa yang lama.
SYAIR TENAGA PEMUDA Gustama Negara
Tenaga pemuda kalau diasuh, Pimpin dan didik kotor dibasuh, Tidaklah ia menjadi lusuh, Amat berguna menentang
musuh.
Tenaga pemuda memang terbilang, Tenaga yang sedang gilang-gemilang, Beban yang berat dapat dijulang, Benda
yang jauh dapat dijelang.
Tenaga pemuda tenaga bererti, Tenaga yang berani menempah mati, Tidak mengerti erti nanti, Hanya penuh kemahuan
mesti.
Tenaga pemuda mestilah sayang,
Jangan dibiarkan lemah dan goyang, Di waktu muda tenaga kencang, Berani sampai berputih tulang.
Tenaga pemuda kalau dijaga
Kelak akhirnya sangat berharga, Tenaga yang menjadi harapan bangsa, Gagah berani mempertahankan negara.
Puisi Melayu Klasik, 1996 Oscar Book International.
Walaupun puisi ini menyebutkan “pemuda”
namun sebenarnya ia turut ditujukan kepada pemudi, ringkasnya untuk semua remaja. Seringkali ditemui perkataan “lelaki”
dalam ayat-ayat Al Quran atau hadith, namun seringkali juga kata-kata itu ditujukan juga kepada perempuan walaupun disebutkan
lelaki sahaja. Kita pernah mendengar kata-kata perangsang
berbunyi “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Ada juga budak-budak melawakkannya sebagai “Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang gol”. Dalam syair
ini dikatakan bahawa seandainya remaja ini diasuh, dididik, dipimpin, yang kotor dibasuh…ia tidak akan lusuh malah boleh
digunakan untuk menentang musuh. Namun biasanya remaja tidak suka dengan asuhan mengikut acuan agama. Ini kerana mereka
merasakan agama sebagai penyekat kebebasan mereka. Padahal agama adalah benteng, penyelamat. Ia menyelamatkan kita daripada
bertuhankan hawa nafsu dan syaitan kepada bertuhankan Allah secara mutlak.
Beberapa hari lepas tersiar dalam akhbar kisah anak-anak yang dididik mengikut lunas-lunas agama:. IPOH
13 April - Nuramirah Azhari, 10, yang telah menghafaz al-Quran sejak berusia lima tahun mempunyai 10 anak murid yang belajar
menghafaz ayat-ayat suci dengannya sejak setahun lepas. Naib johan pertandingan menghafaz al-Quran peringkat negeri Perak
serta sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran memberitahu, anak-anak muridnya berusia antara enam dan 12 tahun.
``Saya mengajar dengan berhati-hati bagi memastikan hafalan mereka betul dan tidak melakukan banyak kesilapan.
``Kesilapan yang paling kerap anak murid saya lakukan ialah dari segi tajwid,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung
Tengku Husin, Gugusan Manjoi di sini hari ini.
Anak kedua dari lima adik-beradik ini memberitahu, dia mempunyai jadual waktu yang ketat setiap hari dan diwajibkan melakukan
ulang kaji menghafaz al-Quran sebanyak lima kali iaitu tujuh hingga lapan jam sehari bagi memastikan ingatannya sentiasa kukuh
kerana tahfiz memerlukan banyak latihan. Nuramirah memberitahu, dia meluangkan masa mengajar anak-anak muridnya antara pukul
7.30 malam dan 9 malam setiap hari sambil dipantau oleh ibunya yang turut sama mengajar murid-murid lain.
Jadual waktu Nuramirah disediakan oleh bapanya seorang pelukis pelan, Azhari Abu Hassan, 39, dan ibunya Nurzahidah Hashim,
37, untuk dia praktikkan bersama abang dan adik-adiknya iaitu bangun seawal pukul 5 pagi dan tidur pada pukul 12 malam. Nuramirah
bersama abangnya Muhammad Adam, 12, dan adiknya Nurnabilah , 8, tujuh tidak pernah mengikuti pendidikan formal sebaliknya
diajar membaca, menulis dan mengira sendiri di rumah oleh ibu bapanya.
``Walaupun tidak pernah ke sekolah tetapi kami tahu membaca, menulis dan mengira. Saya diajar matematik, sains, bahasa Arab,
tauhid dan akhlak di rumah.
``Saya sudah boleh membaca semasa berumur enam tahun lagi,'' katanya yang mampu menamatkan tahfiz dalam tempoh dua tahun.
Menurut Nuramirah, dia tidak mempunyai pantang tertentu dalam pemakanannya kerana amat menggemari masakan ibunya terutamanya
yang pedas serta ulam-ulaman bersama sambal belacan. Katanya, jika setiap anak muridnya mampu menguasai hafalan satu muka
surat setiap hari mereka juga akan mampu mengikut jejak langkahnya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun.
``Saya amat berharap dapat mewakili Perak pada pertandingan tahfiz peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 22 April
depan tetapi itu semua bergantung kepada keadaan kerana dalam pertandingan peringkat negeri saya menduduki tempat kedua selepas
tewas hanya satu mata kepada johan,'' katanya.
Sementara itu bapa Nuramirah , Azhari memberitahu, beliau dan isteri memilih memberikan pendidikan sendiri kepada anak-anak
selepas mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat daripada anak-anak murid tahfiznya yang turut terdiri daripada kalangan
guru sekolah menengah dan rendah.
Katanya, beliau akan memastikan anak-anaknya tidak ketinggalan dalam mengikuti pendidikan formal dengan menjadikan buku-buku
sekolah sebagai panduan supaya sukatan mata pelajaran yang diajar sama dengan yang diajar di sekolah. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0414&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm Lihatlah Nuramirah yang baru berusia 10 tahun telah
mempunyai pelajar-pelajar sendiri. Dia mula menghafaz Al Quran sejak berusia 5 tahun. Dalam masa 2 tahun sahaja dia berjaya
menghafaz 30 juzuk Al Quran. Dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan di rumah sahaja di bawah didikan ibu dan bapanya.
Beruntungnya orang yang hendak mati di dadanya berisi
30 juzuk Al Quran. Bagaimana dengan kita? Persoalan ini akan timbul sewaktu kita sedang sakaratul maut… malaikat Izrail
datang. Pelajar yang dikasihi sekelian, Begitu
pentingnya barisan pemuda hinggakan bekas Presiden Indonesia pernah mengungkapkan: “Berikan saya 10 orang pemuda, saya
akan menggegarkan dunia”. Lihat, dia tidak minta orang-orang dewasa tetapi pemuda. Ini kerana dia tahu kuasa yang ada
pada pemuda sekiranya digilap dengan cara yang betul.
Semasa remaja, tenaga kita berada di puncak kecergasan dan kekuatan. Kalau demam selesema atau sakit kepala tak perlu ambil
ubat, boleh buat tak kisah dan akhirnya akan pulih dengan sendiri dalam masa yang singkat. Tapi kini kalau tak sihat sikit
pun kena cepat ambil ubat. Ini kerana badan semakin lemah, sel-sel yang mati lebih banyak daripada sel-sel yang baru hidup.
Hendak pulih dengan sendiri daripada sesuatu penyakit akan ambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi dengan komitmen yang semakin
bertambah. Lagi lambat kita pulih maka lebih lamalah tersangkutnya urusan dakwah, urusan keluarga, urusan kerja dan lain-lain.
Ketika itu hujan tak takut, panas tak hairan walaupun kulit saya jenis yang cepat dimakan panas. Selepas SPM dan STPM bekerja
sebagai buruh binaan, kulit memang hitam. Tapi sekarang kalau kena hujan panas sikit mulalah badan rasa tak sihat. Begitulah
bezanya usia muda dengan usia tua. Saya sendiri suatu
ketika dahulu tanpa berfikir cukup panjang pernah bercita-cita untuk berjihad di Kashmir. Saya sudah merangka-rangka cara
untuk ke sana dan apa perbekalan yang hendak dibuat namun dengan kuasa Tuhan akhirnya dibatalkan. Begitulah adat orang muda,
semuanya nak cepat dan mesti nak dapat. Jadi, gunakanlah
masa muda ini dengan sebaiknya sebab antara perkara yang akan ditanya di akhirat kelak ialah ke mana kita habiskan masa muda
kita. (Buatlah persiapan untuk itu). Ikutilah cntoh-contoh
atau idola remaja. Siapakah remaja yang sepatutnya menjadi idola kita? Bukankah kita ada Saidina Ali- sepupu dan menantu Rasulullah?
Bukankah kita ada Fatimah-anak Rasulullah dan isteri Saidina Ali? Bukankah kita ada Aisyah isteri Rasulullah? Banyak lagi
yang lain-lain. Contohilah mereka. Pelajar sekalian,
Pentingnya golongan pemuda ini hinggakan Imam asy-Syahid Hassan al-Banna menulis risalah bertajuk “Wahai
Pemuda”. Salah satu isi penting dalam risalahnya itu berbunyi:
“…angkatan pemuda, sejak dahulu hinggalah sekarang tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat”
Syeikh Fathi Yakan pula menulis sebuah buku bertajuk “Generasi Pemuda dan Perubahan”.
Antara persoalan menarik dalam karyanya itu ialah: 1. Kenapa mesti pemuda? 2.
Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda? 3. Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda? Insyaallah
kita akan berjumpa dengan bahan-bahan ini suatu hari nanti (dan membincangkannya).
PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT Dipetik dan disesuaikan daripada dua tazkirah
pada 16 APRIL 2006 alexanderwathern *Tazkirah ini disampaikan secara lisan,
kemudiannya baru dipindahkan dalam bentuk tulisan. Gaya penyampaiannya diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman pembaca.
|
 |
|
|
|
BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW Tulisan-tulisan di
laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana
dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.
|
|
|
 |