|
 |
Enter subhead content here
|
 |
ILMU SENJATA MUKMIN Oleh Alexanderwathern
Ilmu ini sangat hebat kerana ia bersandar terus kepada
Allah SWT, tiada perantaraan makhluk. Ia telah menjadi amalan Rasulullah SAW, para sahabat, para wali Allah, para ulama dan
para pejuang Islam sejak zaman-berzaman. Sangat mudah dikuasai, tidak kira oleh kanak-kanak ataupun warga emas. Tidak menggunakan
sebarang mentera, serapah atau jampi. Apa yang penting hayalah kesediaan untuk beramal dan bertawakkal. Sekarang ia diperturunkan
secara percuma kepada semua umat Islam. Antara manafaat kepada para pengamalnya ialah:
- Insyaallah akan selalu sihat, menjauhkan penyakit, mengubati penyakit sedia ada, dapat kekuatan luarbiasa, awet muda,
disukai dan disayangi orang, cantik, kacak, menguatkan tenaga batin, rahim jadi subur, wajah ada nur dan sebagainya
- Insyaallah akan mendapat lebihan rezeki, jadi kaya melalui jalan yang halal, menjauhkan sifat bakhil, jadi seorang yang
pemurah, dapat rezeki daripada sumber yang tidak diduga dan sebagainya.
- Insyaallah terhindar daripada sihir, gangguan jin, santau, pembunuh, perompak, perogol, penipu, pencuri, menewaskan musuh
daripada jarak jauh, musuh bertaubat dan menjadi kawan dan sebagainya.
- Insyaallah akan dapat banyak kawan sefikrah, jauh daripada marabahaya makhluk bernyawa ataupun alam, manusia dan jin mudah
menerima perkataan kita, usaha sedikit tapi kesannya banyak dan sebagainya.
- Insyaallah kita akan jadi orang yang berakhlak mulia zahir dan batin, merasa nikmat apabila berbuat baik dan merasa benci
untuk melakukan kejahatan. Menghilangkan ketagihan dadah, tabiat merokok, suka minum arak, menghilangkan keseronokan melakukan
maksiat dan sebagainya,
- Insyaallah segala usaha baik dalam apa saja aspek akan berjaya, bahkan perkara yang baru diniatkan sajapun adakalanya
boleh berjaya, mungkin usaha itu datangnya daripada pihak lain- belum kita buat tetapi sudah tercapai segala maksud.
- Insyaallah akan dapat banyak ilmu, bijaksana, belajar sedikit tapi dapatnya banyak, dapat ilham, dapat membaca fikiran
makhluk lain, keimanan semakin kukuh, rajin beribadah, bersemangat dalam beragama dan sebagainya.
Kejayaan ilmu ini pada hakikatnya bergantung sepenuhnya kepada anugerah Tuhan, namun dari segi ikhtiarnya ia dikira bergantung
kepada usaha kita untuk beramal dan keteguhan kita dalam bertawakal.
Dapatkan segera ilmu yang hebat ini dalam artikel di bawah:
MEMBUDAYAKAN SOLAT HAJAT
Kita sedia maklum bahawa solat hajat merupakan
salah satu usaha umat Islam untuk mencapai hajat-hajat tertentu seperti memohon sesuatu, mempercepatkan sesuatu, menjauhkan
sesuatu dan sebagainya. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Perlaksanaannya juga begitu mudah. Namun kebanyakan
umat Islam mengabaikannya.
Bukankah Allah telah berfirman:
“Mintalah kepadaKu, nescaya Aku
perkenankan permintaan kamu.”
(Surah al-Mu’min: 60)
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah, akan dimudahkan urusannya.”
(Surah at-Taalaq: 4)
Ada beberapa faktor yang membuatkan solat hajat semakin
dilupakan oleh umat Islam. Kalau solat fardhu pun sudah kandas, apatah lagi solat-solat sunat. Dengan semakin jauhnya manusia
daripada agama, maka faktor bantuan “tidak nampak” seperti melalui solat hajat semakin ditinggalkan. Malah semakin
bertambah pula orang yang tidak mempercayainya! Solat hajat juga dianggap merugikan masa, nampak ketinggalan zaman, pelakunya
malu tak bertempat, sukar dilaksanakan dan sebagainya.
Suatu malam ketika saya sedang mengerjakan solat,
tiba-tiba sahaja terbit idea untuk menyusun jadual solat hajat harian untuk kegunaan sendiri walaupun saya tidak memikirkannya.
Begitulah rezeki daripada Allah, datang tidak menentu. Memandangkan kebaikannya maka saya panjangkan kepada keluarga, anak-anak
buah dan rakan-rakan. Terpulanglah kepada mereka sama ada untuk mengikut contoh aturan saya ataupun membuat aturan sendiri
yang sesuai untuk diri masing-masing.
Dengan adanya aturan sebegini maka hajat-hajat yang
kita mohon bersifat menyeluruh. Apa saja yang diingini makhluk kita minta kepada Allah. Jangan sempitkan solat hajat hanya
kepada hajat-hajat tertentu. Ada orang yang solat hajatnya hanyalah minta kesembuhan kerana dia selalu tidak sihat. Itu sajalah
solat hajatnya, tidak pernah pula dia mengerjakan solat hajat minta Allah tambhakan kefahamannya dalam agama. Ada orang yang
hanya solat hajat minta perlindungan daripada Allah kerana dia dimusuhi orang. Itu sajalah solat hajat yang pernah ataupun
sering dilakukannya tapi tidak pernah pula dia mengerjakan solat hajat memohon keampunan Allah. Begitulah seterusnya.
Biasa kita dengar banyak manusia yang hendak kaya,
kuat, pandai, sihat, cantik, berjaya dan sebagainya pergi mengusahakan perkara-perkara tersebut melalui bomoh (yang diragui
kebenaran mereka) terlebih dahulu. Mengapa manusia mengutamakan bomoh berbanding Tuhan? Bukankah keupayaan Tuhan itu jelas
tidak diragukan lagi? Mendahulukan yang ragu-ragu berbanding yang pasti?
Firman Tuhan: “Jika Allah menolong
kamu maka tidak ada sesiapapun yang dapat mengalahkan kamu.”
(Surah Ali Imran: 160)
Jadual di bawah merupakan asas solat hajat yang mesti
dilakukan setiap hari dalam seminggu- sebagai usaha untuk mengistiqamahkannya. Hanya dua rakaat saja sehari. Kemudian jikalau
ada hajat-hajat yang lain, maka bolehlah dibuat seberapa solat hajat yang kita mampu asalkan tidak menjadikan minda kita terkongkong
dengan solat hajat sahaja sedangkan banyak lagi perkara lain dilakukan dalam sehari-hari. Untuk memahami aktiviti harian menyeluruh
sebagai seorang Muslim, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk MUHASABAH DIRI KE ARAH MUKMIN CEMERLANG di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59&mode=&order=0&thold=0 sebagai contoh. Ini kerana hidup kita di dunia ini mempunyai halatuju tertentu yang mesti kita usahakan agar tercapai.
Untuk memahami halatuju hidup manusia di dunia ini sila rujuk tulisan saya yang bertajuk HALATUJU KELUARGAKU di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=58&mode=&order=0&thold=0 sebagai contoh (ketiga-tiga artikel yang saling berkait ini saya karang Secara ringkas saja sebagai permulaan). Maka
janganlah kita leka dengan ibadah solat saja, atau menumpukan berlebih-lebihan terhadap mana-mana ibadah tertentu saja.
Tiada masa khusus untuk melakukan solat hajat, cuma
kalau berkesempatan kita carilah ruang pada malam sunyi kerana:
“Allah turun ke bumi pada sepertiga malam dan menyampaikan firman-Nya; sesiapa yang memohon doa kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan. Sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri. Sesiapa yang bertaubat nescaya Kuampunkan dosanya.”
(Bukhari & Muslim)
“Sebaik-baik solat yang utama setelah
solat wajib ialah solat sunat pada waktu malam.”
(Muslim)
“Biasakanlah solat malam kerana
ia adalah tradisi orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu daripada dosa, boleh menebus
dosa dan menghilang serta menghapuskan penyakit dari badan.”
(Ahmad & Turmizi)
Berikut adalah aturan yang saya maksudkan:
AHAD
Minta Allah sihatkan, kuatkan dan cantikkan rohani dan jasmani.
ISNIN
Minta Allah berikan kekayaan yang berkat dan bermanafaat
SELASA
Minta Allah patahbalikkan segala rancangan jahat makhluk yang berniat jahat kepada kita
RABU
Minta Allah berikan kejayaan dalam dakwah
KHAMIS
Minta Allah baikkan akhlak- masukkan sifat-sifat mahmudah, keluarkan sifat-sifat mazmumah
JUMAAT
Minta Allah menjayakan segala niat dan usaha kita yang baik dengan segera
(* Yang ini sudahpun merangkumi semua)
SABTU
Minta Allah tambahkan ilmu, tambahkan iman dan tambahkan amal
Satu lagi hajat yang sangat penting ialah minta Allah
hapuskan segala dosa kita (sunat taubat). Ia boleh dilakukan pada hari cuti memandangkan kita ada lebih masa. Ada orang menamakannya
solat sunat taubat. Banyaklah lagi jenis-jenisnya.
Hajat-hajat yang dicadangkan di atas bersifat syumul
mencakupi semua keinginan manusia seperti hendak sembuh daripada penyakit, hendak gagah, hendak memiliki kuasa minda yang
tinggi, mahu kaya, mahu melangsaikan hutang, mengalahkan musuh, berjaya dalam dakwah, hendak jadi orang baik-baik, hendak
masuk syurga, berjaya dalam segala pekerjaan dan sebagainya. Bayangkanlah kalau Allah kabulkan kesemuanya…
Semoga ada manafaatnya untuk semua. Yang penting sekali dalam
hal ini- tiada kejayaan tanpa pelaksanaan. Cuba dulu pakej di atas selama seminggu, insyaallah memberi kesan yang besar.
Wallahualam.
“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”
Alexanderwathern
Ahad 17 DISEMBER 2006/ 26 ZULQAIDAH 1427
|
 |
Enter content here
|
 |
|
 |
|
|
|
Enter supporting content here
BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW Tulisan-tulisan di
laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana
dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.
|
|
|
 |