Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Dalil-dalil Tentang Kecintaan Tuhan Kepada Hamba-Nya
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

           Dalil-dalil tentang kecintaan hamba kepada Allah Taala

Sesungguhnya telah disepakati bahawa mencintai Allah Taala dan Rasul-Nya itu adalah wajib.
Firman-Nya Azza wa Jalla:



      “Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)

     Ayat ini menjadi suatu bukti wujudnya ‘cinta’ kepada Allah Taala Yang Maha Penyayang.


Firman Allah Taala lagi:



     “Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)

     Ayat ini juga menjadi dalil memang wujud kecintaan kepada Allah.

     Dalam banyak hadis, Rasulullah SAW menjadikan kecintaan kepada Allah itu termasuk sebahagian daripada syarat iman. Ini menunjukkan betapa pentingnya cinta makhluk kepada Khalik.
      Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?” Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya lebih kamu cintai daripada yang lain.” (Ahmad)

Tersebut dalam hadis yang lain:



     “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”
(Bukhari & Muslim)

Begitu juga dengan hadis:



     “Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintai daripada isterinya, hartanya dan seluruh manusia.”
(Bukhari & Muslim)

     Dalam suatu riwayat ditambah pula hadis di atas dengan perkataan “dan dari dirinya sendiri.”

     Keterbalikan daripada hadis-hadis yang disebutkan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa orang yang ada mencintai sesuatu lebih daripada kecintaannya kepada Allah dan Nabi Muhammad sebenarnya tidak beriman. Banyak orang yang bercakap, “Aku cintakan Nabi Muhammad’ tetapi tidak banyak pun sunnah-sunnah Rasulullah yang diamal, dipertahan dan disebarkannya.

     Satu cara mudah untuk kita menguji kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ialah dengan mengimbas kembali waktu yang kita gunakan dalam sehari. Perkara apakah yang paling banyak kita bualkan dan kita fikirkan sepanjang hari itu? Banyak manakah masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang Allah dan Islam berbanding masa yang kita gunakan untuk berfikir dan berbual tentang kerja, berfikir dan berbual tentang kenderaan seperti kereta dan motosikal, berfikir dan berbual tentang hobi seperti memancing, perempuan dan bersukan, berbual dan berfikir tentang hiburan dan artis, berfikir dan berbual tentang tokoh-tokoh dari kalangan manusia dan sebagainya?

     Jika jumlah masa kita berfikir dan berbual tentang Allah dan Rasul-Nya melebihi masa yang digunakan untuk berfikir dan berbual tentang benda lain, maka itulah ‘cinta’ yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini. Kata orang, apabila seseorang itu mencintai sesuatu maka selalulah disebut-sebutnya benda itu. Begitulah juga dengan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.

     Amat menghairankan orang-orang sekarang. Apabila kita memberitahu mereka bahawa “Aku hendak duduk bermanja-manja dengan Kekasih”, mereka tertawa sesama sendiri seolah-olah perkataan itu suatu bentuk jenaka. Mereka menganggap adalah melucukan apabila Tuhan disebut Kekasih, apatah lagi untuk duduk bermanja-manja dengan Tuhan. Namun bagi para sufi, perkara ini sudah menjadi budaya hidup mereka.

Petikan daripada buku "ALLAH CINTA AGUNG" oleh Alexanderwathern.

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.