Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

KOMEN 1
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

Seorang pembaca telah memberi maklumbalas berupa hadith di bawah:
 

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
            "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina
di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para
Sahabat terdahulu).Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah
Atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

 

Terima kasih kepada pembaca yang prihatin ini.

            Saya melanjutkan perbahasan ini hanyalah khuatir kalau-kalau hadith ini membuatkan pembaca lain yang kurang arif akan hal ini tersalah fahaman, itu saja. Ada baiknya pembaca membaca dulu artikel panjang tersebut (terdiri daripada 4 bahagian) hingga ke akhirnya di alamat yang saya sertakan.

 

            Sebagai pencerahan, saya yakin hampir semua nama ulama yang saya senaraikan di atas pernah membaca atau mendengar atau mengkaji hadith yang diberi memandangkan ia hadith yang popular, mustahil mereka terlepas pandang.

 

            Kesimpulannya, walaupun mereka memahami hadith yang disertakan ini, namun mereka yang lebih arif daripada kita itu menghukumkan halal kepada semua jenis alat muzik (dan tentunya muzik) selagi tidak bercampur dengan hal-hal yang bertentangan dengan kehendak agama.

 

            Kekhuatiran saya ialah… takut kalau-kalau ada pihak yang dengan sewenang-wenangnya menyalahkan pandangan para ulama tersebut hanya dengan ilmu yang cetek dan berpandukan satu hadith sahaja. Para ulama di atas mengkaji berpandukan pelbagai sandaran agama, mana mungkin kita menolak keputusan mereka dengan hanya bersandarkan satu hadith.

 

Lihat semula hadith tersebut.

            Untuk mengelakkan salah faham umat Islam, penulis asal teks hadith itu (tidak semestinya pengirim yang menulisnya, boleh jadi dia sekadar “copy n paste”) begitu berhati-hati dengan meletakkan beberapa ulasan dalam kurungan ( ). Ini memang usaha yang terpuji. Contohnya:

 

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)


            Pasti dia melakukan ini untuk mengelakkan salah faham pembaca lain. Dengan ulasan tersebut maka fahamlah kita bahawa kain sutera tidaklah haram dipakai semua manusia, cuma diharamkan kepada kaum lelaki. Bagus sekali.

 

            Malangnya dia tidak pula memberikan ulasan kepada perkara berikut:

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

Malah di”bolt”nya untuk menunjukkan keutamaan hal ini. Kalau seluruh hadith ini tidak diulas tidak mengapa. Apabila ada sebahgian diulas dan sebahagian tidak, maka kemungkinan ia akan mendatangkan salah faham.

 

            Pembaca yang kurang arif dikhuatiri akan menghukum bahawa semua artis salah dan semua muzik salah di sisi agama. Ini amat bahaya. Bukankah penulis asalnya juga patut berhati-hati juga dalam hal ini dengan menyertakan ulasan contohnya:

13. Para artis-artis (yang pemahaman dan perlakuan mereka bertentangan dengan kehendak syariat) disanjung-sanjung.
14. Muzik (yang tidak sesuai dengan syariat) banyak dimainkan/didendangkan.

 Ini menunjukkan kehati-hatian kita dalam urusan agama.

 

            Mengapa yang lain diulas tetapi tentang artis dan muzik tidak? Adakah ini kerana penulis asalnya menyatakan artis dan muzik “muktamad” haram? Hanya penulisnya yang tahu.

 

Hadith-hadith tertentu mesti dihuraikan supaya jangan ada salah faham. Lihat contoh hadith ini:

 

            “Apabila dua orang Muslim berkelahi, masing-masing menggunakan pedang, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka.”
(Bukhari)


            Bayangkan kalau hadith ini tidak diulas, alangkah buruk kesannya. Pembaca yang kurang arif boleh jadi akan meletakkan Saidina Ali dan para tenteranya serta Muawiyah dan para tenteranya sebagai ahli neraka.

 

Begitu juga dengan hadith:

 

            “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah, dan supaya mereka menegakkan solat dan membayar zakat.”
(Bukhari)
 

            Kalau tersilap faham, maka akan ada orang yang cuba berdakwah dengan cara membunuh orang, kononnya memang itu yang dikehendaki Allah dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad.

 

Begitulah pentingnya sikap berhati-hati dalam membuat “posting” berkaitan agama.

 

Wallahualam.

 

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

 

Alexanderwathern
7 JAN 2007

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.