Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Komen 2
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

Artikel saya bertajuk "HIBURAN: Menolak Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy" telah mendapat komen daripada seorang hamba Allah di http://www.darulnuman.com/cgi-bin/forum/YaBB.pl?board=2&action=display&num=3884

Artikel tulsian saya itu boleh didapati di :
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=10&mode=&order=0&thold=0


Berikut adalah postingnya:


@@@@@@@@@@

Pertama:
Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

Soalan ini perlu dijawab berdasarkan pemahaman umum tentang nyanyian dan alat muzik.

Jika anda bertanya di mana2 sahaja di dunia ini, dan tanyakan tentang "menyanyi" dan "bermain alat muzik" kepada orang itu, perkara pertama yg terlintas di fikirannya tentulah muzik 'mainstream' yg jelas haram.

Maka berdasarkan pemahaman umum tentang nyanyian dan alat muzik, tentulah fatwa yg mengatakan haram itu lebih relevan kepada masyarakat.

Dari segi kepentingan masyarakat, pandangan anda lebih berisiko untuk menyesatkan org yg kurang faham tentang agama Islam.

Kedua:

Cara anda menjawab soalan tersebut:
Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

Samalah seperti jika saya menjawab soalan ini:

Berdosakah orang yg makan daging khinzir?

Berdosa (fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak ada makanan lain untuk hidup. (pandangan saya)

Berdasarkan contoh di atas, jawapan "tidak berdosa" itu tidak relevan kerana fokusnya salah.

Ketiga:

Muzik merupakan salah satu cara yg paling berkesan untuk menyampaikan mesej dan berhibur sejak beribu2 tahun, dan ianya benar dalam setiap tamadun manusia dari dulu sehingga sekarang.

Maka logiknya ialah, dengan berdakwah melalui nyanyian dan alat muzik, masyarakat lebih mudah untuk menerima dakwah.

Apa yg perlu kita sedari adalah muzik mempunyai lebih banyak potensi untuk mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Jika berdakwah dengan muzik mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan, sudah tentulah Rasulullah dan para sahabatnya telah menggunakan nyanyian dan alat2 muzik untuk mendekati masyarakat. Tetapi mengapakah sirah mereka penuh dengan dialog, ceramah, jihad, dan lain2, tetapi tidak pernah ada nyanyian dan alat muzik sebagai bahan dakwah?

Renungkanlah perkara ini, wahai pembaca sekalian.
 
@@@@@@@@@@
 
@@@@@@@@@@
 
*Berikut adalah balasan saya terhadap kirimannya (setakat 4 FEB 2007 masih belum ditanggapnya kembali, boleh jadi dialog kami tamat di sini...)

@ Oleh kerana saya banyak komitmen lain, maka saya menjawab secara ringkas tetapi padat. Apa yang salah maka saya nyatakan terus kesalahannya- untuk meringkaskan cerita (harap anda faham dan jangan berkecil hati). Saya menjawab kerana Allah berdasarkan ayat:

            “DAN BERILAH PERINGATAN, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang yang beriman.”
(Az Zaariyat; 55)

MASALAH ANDA YANG PERTAMA:

            Anda membaca dengan tidak teliti. Apabila menulis tentang agama, teliti dulu betul-betul supaya anda tidak menyalahfahamkan diri sendiri dan kemudiannya meyalahfahamkan orang lain. Kenyataan yang anda keluarkan akibat ketidaktelitian anda inilah sebenarnya yang berisiko untuk menyesatkan orang yang kurang faham tentang agama Islam. Perbuatan anda ini sangat berbahaya.

            “Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”
(Al Baqarah: 269)


MASALAH ANDA YANG KEDUA
 
Kata anda:
            “Jika anda (alex) bertanya di mana2 sahaja di dunia ini, dan tanyakan tentang "menyanyi" dan "bermain alat muzik" kepada orang itu, perkara pertama yg terlintas di fikirannya tentulah muzik 'mainstream' yg jelas haram.”

PENJELASAN:

Ini satu kesalahan yang nyata.
Anda menghukum semua orang berfikiran seperti anda.
Ini mustahil kerana sudah banyak orang yang saya tanya di pelbagai tempat tapi belum pernah menemui keputusan anda yang berbunyi :
“Jika anda bertanya DI MANA-MANA SAHAJA DI DUNIA INI dan tanyakan tentang "menyanyi" dan "bermain alat muzik" kepada orang itu, perkara pertama yg terlintas di fikirannya tentulah muzik 'mainstream' yg jelas haram.

Sebagai orang beriman yang ingin mengeluarkan kata-kata dalam hal ehwal agama, ayat yang sepatutnya keluar contohnya:
“Jika kita bertanya di KEBANYAKAN tempat di dunia ini (* bukan “di mana-mana sahaja”- ini satu pendustaan), dan tanyakan tentang “menyanyi” dan “bermain alat muzik” kepada orang itu, perkara pertama yang BIASANYA terlintas di fikiran SEBAHAGIAN manusia adalah muzik “mainstream” yang jelas haram.”
Begitu contohnya.

Sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab, harap anda betulkan semula segera kerana dikhuatiri ia berisiko untuk menyesatkan orang yang kurang faham tentang agama Islam. Kalau anda jenis yang tidak bertanggungjawab… terpulanglah…

Tetapi saya menasihatkan anda berdasarkan ayat:

            “Setiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.”
(Al-Mudaththir: 3

Ingat pesan Tuhan:

            “Tiap diri akan bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya.”
(Al-Muddatsir; 3


MASALAH ANDA YANG KETIGA

Tulis anda:
“Maka berdasarkan pemahaman umum tentang nyanyian dan alat muzik, tentulah fatwa yg mengatakan haram itu lebih relevan kepada masyarakat.”


PENJELASAN:

            Daripada ayat ini jelaslah ketidaktelitian anda dalam soal agama Islam. Jelas anda tidak membaca pun fatwa-fatwa orang-orang di atas (kalau anda pernah membacanya pun anda telah lupa, atau boleh jadi anda tak pernah terjumpa pun fatwa mereka, ataupun anda telah membaca tetapi tersalah faham dan seumpamanya).

            Untuk pengetahuan anda, orang-orang di atas tidak membicarakan “menyanyi dan bermain alat muzik” secara umum (*bukan ikut pemahaman umum)- mereka menghukum keseluruhan “menyanyi DAN bermain muzik” secara lebih khusus. Sebenarnya anda tidak tahupun apa sebenarnya yang anda pertahankan… anda tersilap masuk ruang.

            Boleh jadi anda merasakan bahawa orang-orang ini ada juga menghalalkan “menyanyi DAN bermain muzik” yang bersifat keagamaan. Kalau ini RASA anda, ini satu kesilapan. Bagi mereka, tidak ada “menyanyi dan bermain alat muzik” religious.

            Saya bertanya secara terang, sebelum mengulas tulisan saya ini, sudahkan anda membaca da memahamkan fatwa-fatwa mereka tentang “menyanyi dan bermain muzik”?

Jawapan ikhlas: …………………………..


              Kalau sudah (dan sepatutnya memang anda sudah tahu benar akan fatwa2 mereka, maka sebab itulah anda memberi komen sebegini. Tapi kalau belum membaca betul-betul lalu terus beri komen… ini satu kesalahan berat dalam kesarjanaan ilmu-ilmu Islam), apakah hukuman mereka ke atas menyanyi nasyid disertai iringan muzik keyboard, drum dan gitar? Silakan…

Jawapan ikhlas: ………………………………..


MASALAH ANDA YANG KEEMPAT:

Kata anda:
             “Dari segi kepentingan masyarakat, pandangan anda (alex) lebih berisiko untuk menyesatkan org yg kurang faham tentang agama Islam.”

PENJELASAN:

                 Setakat ini pembaca sudahpun mula membuat penilaian- pandangan siapakah yang sebenarnya berisiko untuk menyesatkan orang yang kurang faham tentang agama Islam. Aabila sampai di bawah nanti, akan lebih jelas lagi, insyaallah.


MASALAH ANDA YANG KELIMA:

Petikan tulisan anda:

##########
“Cara anda (alex) menjawab soalan tersebut:

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

Samalah seperti jika saya menjawab soalan ini:

Berdosakah orang yg makan daging khinzir?

Berdosa (fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
Tidak berdosa selagi tidak ada makanan lain untuk hidup. (pandangan saya)

Berdasarkan contoh di atas, jawapan "tidak berdosa" itu tidak relevan kerana fokusnya salah.”
##########


PENJELASAN:

            Fokus saya tidak salah. Sebenarnya sikap anda yang terburu-buru untuk menentang artikel sayalah yang salah. Teliti dulu apa soalan saya itu semula.
Saya soalkan : “Berdosakah orang yang MENYANYI DAN BERMAIN ALAT MUZIK?
Bukan selain itu. 

              Ini kerana ada juga orang yang terburu-buru membaca menyangkakan soalan saya berbunyi : “Berdosakah menyanyi?” dan “Berdosakah bermain alat muzik?” Tapi anda mungkin tidak begitu. Wallahualam.

             Berdasarkan pemahaman saya membaca fatwa-fatwa mereka, maka keputusannya mereka mengatakan berdosa kalau “MENYANYI DAN BERMAIN ALAT MUZIK” .

              Oleh kerana anda seolah-olah mahu mempertahankan pendapat mereka, maka sebelum menjawab artikel saya itu, setahu anda… apakah hukum mereka kepada orang yang ‘MENYANYI DAN BERMAIN ALAT MUZIK”?

Jawapan ikhlas: ………………………


Berbalik kepada focus saya yang anda kata salah itu.
Apabila saya menulis:

Berdosakah orang yang menyanyi dan bermain alat muzik?

a) Berdosa (Fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
b) Tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat (pandangan saya)

               Maka dengan mudah ia bermaksud kedua-dua pilihan itu adalah saling bertentangan. Bukan kerja saya untuk buat sesuatu yang sia-sia dengan meletakkan dua pilihan tetapi mempunyai maksud yang sama. Sudah pasti keduanya bertentangan.
Saya hairan bagiaman orang yang banyak bicara ehwal agama seperti tidak dapat memahami kaedah perbandingan jawapan yang mudah ini…..

               Ini bermaksud pilihan a) berdosa itu bertentangan dengan pilihan b) tidak berdosa selagi tidak bercampur maksiat.
Bagi tokoh-tokoh di atas, “menyanyi dan bermain alat muzik” adalah berdosa walaupun tidak bercampur maksiat, walaupun untuk tujuan keagamaan.
Harap anda jelas perbezaannya sekarang.
Kedua-dua pilihan jawapan itu memang berbeza sama sekali.

            “Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”
(Bukhari & Muslim)


Kepada contoh yang anda berikan pula iaitu:

Berdosakah orang yg makan daging khinzir?

a) Berdosa (fatwa Utsaimin, Albani, Fauzan & Najmy)
b) Tidak berdosa selagi tidak ada makanan lain untuk hidup. (pandangan saya)

                   Sudah tentu saya tidak akan buat pilihan jawapan begini kerana pilihan a) itu menunjukkan tokoh2 tersebut masih mengharamkan makan daging khinzir walaupun ketika tidak ada makanan lain untuk hidup. Maka yang anda beri tidak sesuai untuk dijadikan pilihan jawapan. Soalan dan jawapan yang anda bina langsung tidak sama dengan soalan dan jawapan yang saya buat.

                Untuk memahami kaedah membuat pilihan jawapan, anda bertanyalah kepada para guru sekolah berhampiran anda- ini yang termudah untuk anda perolehi. Kalau dapat tanya pula pembuat soalan-soalan peperiksaan PMR, SPM dan sebagainya.

              “Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi YANG BUTA ADALAH HATI yang ada di dalam dada.”
(Al-Hajj: 46)


MASALAH ANDA YANG KEENAM

Tulis anda:

            ”Muzik merupakan salah satu cara yg paling berkesan untuk menyampaikan mesej dan berhibur sejak beribu2 tahun, dan ianya benar dalam setiap tamadun manusia dari dulu sehingga sekarang.
Maka logiknya ialah, dengan berdakwah melalui nyanyian dan alat muzik, masyarakat lebih mudah untuk menerima dakwah.
Apa yg perlu kita sedari adalah muzik mempunyai lebih banyak potensi untuk mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Jika berdakwah dengan muzik mempunyai lebih banyak kebaikan berbanding keburukan, sudah tentulah Rasulullah dan para sahabatnya telah menggunakan nyanyian dan alat2 muzik untuk mendekati masyarakat. Tetapi mengapakah sirah mereka penuh dengan dialog, ceramah, jihad, dan lain2, tetapi tidak pernah ada nyanyian dan alat muzik sebagai bahan dakwah?
Renungkanlah perkara ini, wahai pembaca sekalian.”


PENJELASAN:

1. Kita ringkaskan cerita anda yang agak panjang itu… soalnya… adakah “menyanyi dan bermain alat muzik” itu berdosa? Itu tumpuan artikel asal dan juga asal ketidaksetujuan anda terhadap tulisan saya.

Kalau berdosa, anda karanglah artikel dan datangkan hujah, biar orang lain menghakimi hujah-hujah anda.
Kalau tidak berdosa, renungan anda ini letak saja di posting lain kerana ia tidak bersangkutan dengan thread dan posting ini. Thread ini membicarakan berdosa atau tidak, bukannya “nabi pernah menjadikan nyanyian dan muzik sebagai bahan dakwah atau tidak”.

2. Saya ulangi lagi nasihat saya… anda telitilah kalau hendak bicara soal agama. Ketidaktelitian anda inilah sebenarnya yang berisiko untuk menyesatkan orang yang kurang faham tentang agama Islam (sebagimana yang anda tuduhkan kepada saya). Lihat balik perkataan2 anda ini:

“Tetapi mengapakah sirah mereka (Rasulullah dan para sahabat) penuh dengan dialog, ceramah, jihad, dan lain2, tetapi TIDAK PERNAH ADA nyanyian dan alat muzik sebagai bahan dakwah?”

Betul ke TIDAK PERNAH ADA
Tidak pernah ada membawa maksud 100% tidak pernah ada, lainlah kalau anda mengatakan HAMPIR-HAMPIR TIDAK ADA ataupun SANGAT-SANGAT KURANG dan seumpamanya.
Fikir baik-baik tuan…
Jangan berdusta atas nama Rasulullah dan sahabat…

Kata orang tua-tua (lebih kurang):

“KALAU KITA TIDAK SANGGUP BERHATI-HATI DALAM MEMBICARAKAN SOAL AGAMA, LEBIH BAIK BERDIAM DIRI.”

           “Siapakah yang terbaik antara kaum Muslimin ini?” Jawab Rasulullah saw: “Ialah kaum Muslimin yang terhindar daripada bencana lidah dan tangannya.”
(Muslim)

Saya amat kesibukan, begitulah kupasan pantas daripada saya.
Wallahualam.

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.