Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Kerana Triniti
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

KERANA TRINITI
Oleh Alexanderwathern

Drpd buku APA SEBENARNYA AJARAN JESUS oleh Alexanderwathern

Perihal Triniti

Disebut trinity (English) atau trinitas (Indonesia). Dalam Persidangan Nicea 325 M, gereja Trinitari (pendokong fahaman triniti) dengan sokongan pemerintah mengemukakan doktrin “homoousious” yang bererti Bapa, Anak (Jesus) dan Roh Kudus adalah “SETARA, SAMA ABADI & SAMA PENTING”. Lebih dikenali sebagai “3 dalam 1” dan “1 dalam 3”. Doktrin ini dikenali sebagai “Creed of Nicea”.

"...kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan Triniti adalah satu... kerana hanya terdapat satu orang daripada Bapa, satu lagi daripada Anak, dan satu lagi daripada Roh Suci, semuanya adalah satu... Tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan... ketiga-tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain.(Petikan "Athanasian Creed”).

Kemudian doktrin ini diperkukuhkan pada Sidang Constantinople pada tahun 381 Masehi. Trias pertama kali disebutkan pada tahun 180 oleh Theophilus dari Antiochia, namun ini bukanlah Trinitas sungguhpun ia telah diterjemahkan sebagai Trinitas oleh mereka yang berkepentingan.

Dikatakan Jesus 100% Tuhan. Adakah Bapa 100% Jesus? Adakah Roh Kudus 100% Bapa? Adakah Roh Kudus 100% Jesus? Fikirkan.

Gereja-gereja Unitari (pendokong fahaman bahawa Bapa sahaja yang mesti disembah sebagai Tuhan) telah ditindas selepas itu dengan pelbagai kezaliman. Apa sahaja dokumen Bible yang masih ada pada mereka dirampas dan dimusnahkan, dengan harapan agar fahaman Unitari pupus.

Namun usaha golongan Unitari untuk mentauhidkan Allah dan mengekalkan ajaran Jesus tak kurang hebat. Apabila Bible/ Al Kitab dan logik dijadikan kayu ukuran, sentiasa sahaja golongan Unitari berjaya mematahkan hujah-hujah golongan Trinitari. Oleh kerana gereja Trinatari dan pemerintah tidak mampu lagi untuk membuktikan fahaman mereka menggunakan Bible ataupun logik, mereka memperkenalkan “beriman secara buta” atau “beriman secara misteri”.

Antara hujahnya, Tuhan itu tidak boleh difikirkan kerana tak akan sampai pemikiran manusia untuk memahami triniti, maka percaya sajalah jangan disoal-soal. Ada juga mengatakan kononnya triniti atau tidak tak penting. Yang penting ialah mengasihi Tuhan Jesus dengan sepenuh hati, maka pasti akan masuk ke syurga. Pemerintah memaksa orang ramai untuk “beriman buta” atau “iman misteri”. Sesiapa yang berani mempersoalkannya dianggap sesat, diseksa ataupun dibunuh.

“Oleh yang demikian seseorang yang mahu diselamatkan mesti mengimani triniti..."
(Petikan "Athanasian Creed").

Amaran Bible:
“Siapa yang ada telinga, hendaklah dia mendengar!"
(Matius 13: 43)

“Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!"
(Markus 4: 23)

“Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi.”
(Markus 8: 1Cool

Tidak boleh beriman secara buta sahaja, atau secara misteri sahaja. Kita mestilah mengambil tahu apa pandangan orang tentang agama kita, barulah kita tahu di mana betul salahnya. Tetapi kita sedia maklum:
“Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit saja yang terpilih."
(Matius 22: 14)

Bolehkah beriman secara “buta’ atau secara ‘misteri’ tanpa perlu difikir-fikir lagi? Jesus memberikan jawapannya:
"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"
(Markus 12:30)

“Memang mengasihi Dia (Tuhan) dengan segenap hati dan DENGAN SEGENAP PENGERTIAN dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban bakaran dan korban sembelihan."
(Markus 12: 33)

Tidak boleh beriman atas dasar kasih begitu sahaja, tetapi mesti juga menggunakan akal fikiran sepenuhnya. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah.

Kita juga diajar:
"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan".
(Korintus 1 14:33)

Doktrin triniti ini amat mengelirukan, bukan golongan bawahan sahaja tetapi juga golongan atasan agama Kristian sedangkan Tuhan sudah berkata yang Dia tidak suka akan kekeliruan. Ini menunjukkan doktrin triniti ada masalah.

“Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan, dan tidak ada sesuatu yang rahsia yang tidak akan tersingkap.”
(Markus 4: 22)

Malangnya misteri, kebenaran dan logik triniti masih tidak dapat dihuraikan dan terus menjadi rahsia. Percaya saja, tak perlu difikir-fikir kata mereka.

Dijawab pula oleh pendokong-pendokong Triniti, “Bukankah Tuhan itu Maha Hebat. Dia terlalu hebat hingga tidak mampu difikirkan dan dihuraikan oleh otak manusia. Kalau dia boleh difikir-fikirkan, maka itu bukan Tuhan namanya. Oleh sebab itu, percaya sajalah triniti dan anda akan selamat” Mereka berselindung di sebalik misteri dan keghaiban.

Memang benar, mustahil kita dapat memikirkan zat Tuhan tetapi kita boleh memikirkan apakah sifat-sifat yang layak dan sifat-sifat yang tak layak bagi Tuhan. Mustahil Tuhan diberanakkan. Mustahil Tuhan kalah bergusti dengan manusia. Mustahil Tuhan menyesal. Mustahil Tuhan tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Mustahil Tuhan menunggang Kerub yang digambarkan sebagai anak-anak gadis tidak berpakaian. (* Semua penyataan ini ada dalam Bible. Dibahaskan dalam tajuk “Benarkah Ini Tuhan” di belakang nanti).

Juga agak menghairankan, mengapa mesti disebut secara berurutan ,”Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus”? Kalau ketiga-tiganya sama setara, sebut yang mana dahulu pun tak ada masalah. Mengapa ragu-ragu untuk menyebutkan: ‘Dengan nama Roh Kudus, Jesus dan Bapa” atau “Dengan nama Jesus, Roh Kudus dan Bapa.”

Hairan lagi. Kalau ketiga-tiganya peribadi yang sama, mengapa tidak disebutkan seorang saja? Bukankah salah seorang daripada Bapa, Jesus dan Roh Kudus adalah 100% Tuhan, merangkumi ketiga-tiganya sekali? Sepatutnya cukuplah kalau disebutkan: “Dengan nama Roh Kudus” sahaja atau “Dengan nama Bapa” sahaja.

“Tak seorangpun dapat mengabdikan dirinya kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain.”
(Matius 6: 24)

Kalau benar ketiga-tiganya setara, kasih kita mestilah sama banyak kepada ketiga-tiganya. Mengapa Jesus yang lebih banyak disebut-sebut dan diagungkan sedangkan Roh Kudus sesekali sahaja? Mengapa Jesus yang dilebihkan?

Baca selengkapnya di sini
http://alexanderwather.noonhost.com/persoalan-triniti-vt29.html

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.