Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Pengembaraanku Ke Dalam Surah an-Nuur Aayat 31
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

            PENGEMBARAANKU KE DALAM SURAH AN-NUUR Ayat 31

            Satu ketika saya memerhatikan ayat 31 surah an-Nuur lalu saya melayan fikiran dengannya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana tafsir dan saya juga tidak mentafsirkan ayat ini, cuma berkongsi apa yang saya (selaku orang awam) faham apabila menghayati ayat ini. Beginilah lebih kurang pengembaraan saya ke dalam ayat ini:

Allah SWT berfirman (yang maksudnya):
            “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain jilbab ke dada mereka...”
(An-Nur: 31)

            Semua individu Islam tidak kira lelaki atau wanita dari kalangan jin mahupun manusia mestilah berpesan atau memberi nasihat kepada para wanita mereka supaya menjaga mata mereka daripada melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat mengikut syariat Islam. Ini kerana mata adalah aliran sungai utama yang membawa segala khasiat ataupun sampah sarap ke laut otak. Tercemar sungai tercemarlah sebahagian lautnya. Rosak pandangan mata maka rosaklah sebahagian otak.

            Rosak otak di sini bermaksud rosaknya akal fikiran, padahal akal fikiran adalah perkara paling berharga kepada semua manusia termasuklah wanita. Akal fikiran inilah yang akan menentukan baik buruknya peribadi seseorang. Saham wanita di mata manusia beriman akan jatuh jika rosak akalnya, sama ada rosak akibat kecacatan mahupun rosak kerana pemikirannya banyak anasir-anasir yang tidak baik.

            Kita mesti berpesan supaya para muslimah memelihara kemaluan mereka sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam. Memelihara kemaluan diletakkan di tempat kedua, sepadan dengan kedudukannya sebagai perkara kedua paling berharga buat wanita selepas otak. Nilai wanita akan jatuh merudum jika rosak kemaluannya sama ada oleh penyakit, kecacatan mahupun kemaksiatan. Oleh itu para wanita jagalah kedua-dua perkara utama ini iaitu pandangan mata (hakikatnya akal fikiran) dan kemaluan. Orang lelaki mukmin sangat mementingkannya.

            Wanita juga wajib diberitahu tentang batas-batas “perhiasan” yang boleh diperlihatkan. Perbahasan “perhiasan” ini agak panjang di kalangan para ulama, tidak perlulah kita bahaskan di sini kerana bukan untuk itu nukilan ini dikarang. Ringkasnya, kebanyakan ulama berpendapat bahawa “perhiasan” yang boleh diperlihatkan hanyalah muka dan tangan (dari pergelangannya ke bawah). Jika dikhuatiri mendatangkan fitnah, maka kedua-duanya kena disorokkan juga.

            Selepas kemaluan, para muslimah mestilah menyorokkan bahagian dada mereka sebagaimana tatacara Islam. Jangan kita faham penjagaan mata, kemaluan dan dada ini sekadar berkaitan dengan hal-hal dosa atau maksiat sahaja. Lihat juga dari sudut kesihatan. Allah memerintahkan wanita mengambil berat akan kesihatan ketiga-tiga perkara utama ini.

            Mengapa ia sangat penting? Kerana ia adalah penyambung zuriat hamba-hamba Allah dari kalangan manusia dan jin. Sihat akal fikiran biasanya menjadi penyebab kepada perkahwinan. Sihat kemaluan akan menjadi penyebab kelahiran hamba-hamba Allah yang baru, hasil perkahwinan tadi. Sihat bahagian dada akan menjadi penyebab kepada sihatnya bayi-bayi yang telah dilahirkan itu pula.

            Begitulah isi hati saya ketika mengembara ke dalam ayat ini. Wallahualam.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

Alexanderwathern
DIS 2006

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.