Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Merawat Kerasukan Jin
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

MERAWAT KERASUKAN JIN
Oleh Alexanderwathern

            Beberapa orang tertanya-tanya kaedah rawatan yang saya lakukan. Sebenarnya saya bukanlah seorang perawat, cuma apabila tak ada rotan maka akar pun jadilah. Ikhtiar saya hanyalah dengan doa. Setakat ini ia hanya berkesan kepada jin-jin yang berpangkat bawah daripada Sarjan sahaja. Berikut adalah kaedah rawatan yang saya amalkan:




  1. Ikhlaskan hati untuk merawat kerana Allah. Iblis dan syaitan tidak dapat menguasai orang yang ikhlas. Ikhlas akan memudahkan doa dan rawatan kita berhasil.

  1. Mula-mula ucapkan 2 kalimah syahadah sama ada di mulut ataupun dalam hati. Syahadah diperbaharui untuk memastikan yang kita sedang diiktiraf Islam di sisi Allah. Boleh jadi sebelum itu kita ada melakukan perbuatan yang menyebabkan kita tidak diiktiraf Islam oleh Allah tanpa kita sedari. Berdoa dan merawat sebagai seorang Islam lebih mudah berhasil (kita tak nafikan ada doa orang bukan Islam yang dikabulkan Tuhan).

  1. Kemudian baca selawat ke atas Nabi dan ahli keluarganya, sebaik-baiknya 3 kali. Ini untuk mendapat perlindungan Allah. Sekali kita berselawat kepada Nabi, 10 kali Allah balas selawat untuk kita. Jika Allah sendiri yang memberikan selawat untuk kita maka bagaimana kita boleh gagal?

  1. Seterusnya beristighfar 3 kali. Diharapkan dengan beristighfar maka semua dosa-dosa kita akan terhapus. Berdoa dan merawat dalam keadaan sebagai seorang yang tidak berdosa atau kurang dosa lebih mudah dimakbulkan.,

  1. Baca Bismillahillazi layadurrumaasmihisyaiun filardhi wa la fissamaai wahuawas sami ulalim 3 kali agar tidak ada suatu apa pun yang berupaya memudaratkan kita sama ada di bumi ataupun di langit.

                  Bacan-bacaan awal ini lebih kepada pembersihan diri, dekatkan diri dengan Allah dan sebagai benteng peribadi. Kalau jin itu berpangkat prebet saja, ketika ini pun kadang-kadang dia sudah beredar. Yang berpangkat Lans Koperal dan Koperal biasanya akan menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. Untuk mulakan rawatan:


  1. Baca Auzubillahis samiil alimmiminasy syaitanirrajim. Ini untuk menguatkan lagi pelindungan Allah kepada kita dan menggugat jin tersebut.

  1. Baca al-Fatihah- ketua segala penawar. Kelebihan-kelebihannya sedia kita maklumi.

  1. Baca pula ayat Kursi- untuk menewaskan jin. Fadhilatnya biasa kita ketahui.

  1. Disudahi dengan 3 Qul. Al-Ikhlas- untuk mengesakan Tuhan. Untuk menggugat jin jika ia masih belum pergi. Al-Falaq- untuk melawan sihir. Kadang-kadang kedatangan jin itu disertai dengan sihir. An-Nas- untuk mengukuhkan perlindungan kita dengan Allah. Juga untuk melawan campurtangan syaitan dan manusia sekiranya ada.

                  Hembuskan kepada pesakit. Biasanya di kepala dan tubuh. Sekiranya pesakit mengalami kesakitan di mana-mana bahagian badan seperti leher, kaki, perut, dada, tangan dan sebagainya maka boleh dihembus ke kawasan itu. Berdasarkan pengamalan peribadi, doa dan rawatan yang menggunakan teknik hembusan atau semburan lebih berkesan. Ini kerana dalam nafas kita ada tenaga nafas yang ajaib. Sahabat Nabi juga merawat dengan cara ini. Ia lebih tidak menyelesakan jin tersebut                            Amat baik kalau dihembus ke air kosong lalu diberi minum, atau dipercik, atau disapu atau dimandikan kepada pesakit.


                  Ketidakselesaan jin boleh dikesan jika mata pesakit meliar, atau tiba-tiba mengalirkan air mata, atau menangis macam kanak-kanak, atau mengaduh kesakitan, atau menjerit melolong, atau berlawan cakap, atau pesakit menggelepar, atau jin itu menyakitkan mana-mana bahagian tubuh pesakit (contohnya mencekik leher, menggigit sendi) dan sebagainya.

                  Dalam beberapa kes yang pernah saya lihat (ketika itu saya tidak bertindak sebagai perawat) ada pesakit yang bersilat, berlawan dengan sesuatu yang kita tak nampak dan mencabar perawat dengan makian.


                  Sekiranya jin itu jenis yang lemah, dia akan keluar. Kalau dia masih berdegil, maka bacakan (biasanya saya akan meneruskan bacaan walaupun dia sudah keluar- sebagai pengukuhan):


  1. Lauanzalna… ( ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr) Sekiranya jin itu bertaraf Koperal ke bawah, maka ketika ini ia akan lari. Ayat-ayat ini amat serasi dengan saya. Doa dan rawatan saya biasanya berhasil apabila sampai ke ayat ini. Tapi ayat-ayat yang serasi tidak sama antara seorang perawat dengan perawat yang lain. Ada perawat yang ayat ‘power’nya ayat Kursi, ada awal surah Nun, ada yang kalimah syahadah dan sebagainya. Untuk saya nampaknya Tuhan berikan ayat ini. Biasanya, kalau sudah dua pusingan ayat ini dibaca dan jin itu masih tidak pergi, maksudnya jin itu berpangkat Sarjan dan ke atas. Jadi pesakit kenalah berikhtiar dengan perawat yang lebih handal. Ayat ini menunjukkan kekuatan ayat-ayat suci al-Quran. Ia juga menunjukkan kekuasaan Allah kerana banyak nama-nama lain Allah di dalamnya.

  1. Boleh ditambah dengan Doa Menghindarkan Syaitan, Salamun ala Sulaimana fil alamin dan Doa Sulaiman. Agak panjang untuk disertakan di sini. Pembaca boleh mendapatkannya dalam buku Doa & Rawatan Penyakit oleh Dr Haron Din & Dr. Amran Kasimin di bahagian 10 Bacaan Asas Pertama. Kepada saya, ayat-ayat yang dimaksudkan memang berkesan.

  1. Sebagai tambahan lagi, saya bacakan juga Ayat 9- petikan beberapa ayat al-Quran.

  1. Seandainya jin itu “main kasar” dan saya pun sudah “naik angin” (sekadar bahasa), maka saya akan bacakan seluruh surah al-Baqarah. Sekiranya dalam keadaan yang amat terdesak, barulah kaedah terakhir ini digunakan.

            Begitulah serba ringkas kaedah yang digunakan. Insyaallah kalau ada peluang nanti, saya akan menghuraikan perkara ini dengan lebih tersusun.

*Artikel ini ada kaitan dengan satu lagi karya Alex APA ITU "SAKA" di
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/article7.html&mode=&order=0&thold=0

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT


Alexanderwathern
NOV 2006

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.