Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh
memberi kesan kepada rumah atau orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?
*Berikut
adalah salah satu persoalan yang saya jawab di internet.
***Apakah sebenarnya saka. Tanda-tandanya. Adakah orang yang ada saka boleh memberi kesan kepada rumah atau
orang yang diziarahinya. Bagaimana merawat masalah ini?
@@@ Pandangan saya:
APA ITU SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah
jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara
disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang
diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/
perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat Melayu,
‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara
dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut
‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku
tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu.
Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin
sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap
keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia,
ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya
jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah
tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin
itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang
selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.
Jadi, saya percaya (berdasarkan
bentuk soalan yg dikemukakan) bahawa ‘saka’ yang dimaksudkan oleh yang bertanya
ini adalah saka sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan masyarakat Melayu. Maka saka jenis itulah yang akan saya “hi-lite”
kan. Jika tersilap faham harap dimaafkan.
TANDA-TANDA SAKA
Saka yg disedari- biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat
kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas
(seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dsb), yakin diri dan keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek
moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah meninggal dunia), ada mentera tertentu ataupun lain-lain.
Saka yg tak disedari-tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit teruk, atau penyakit
ganjil, atau mimpi yg menakutkan… kemudian dibawa berubat, kemudian diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat
saka/ nenek moyang/ jin keturunan.
ADAKAH ORANG YANG ADA SAKA BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA RUMAH ATAU ORANG YANG DIZIARAHINYA?
Kesimpulannya- boleh memberi kesan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bergantung
kepada jenis saka.
- Orang yg tahu dia ada saka dan mampu menggunakan sakanya- dia boleh menyuruh sakanya berbuat sesuatu (biasanya
yang tidak baik). Ini adalah kesan secara langsung dan sering berlaku.
- Orang yang tahu dia ada saka tetapi tidak tahu cara memanupulasikannya- rumah atau orang yang diziarahinya
boleh terkena sesuatu akibat perbuatan saka secara tidak langsung, tetapi ini jarang berlaku.
- Org yang tak tahu dia ada saka- biasanya tak memudaratkan orang lain.
Saka boleh memberi kesan atas keizinan
Tuhan, bukan bermaksud si saka itu ada keupayaan sendiri sejak azali.
Samalah seperti tuan anjing, dia boleh
mengarahkan anjingnya memudaratkan orang lain. Begitu juga dengan tuan saka, ia boleh menyuruh sakanya memudaratkan orang
lain. Bezanya anjing itu nampak sementara saka itu ghaib-tak nampak. Cara beroperasi sama saja.
Di sini kita kena beriman dengan perkara-perkara
ghaib. Antaranya percaya jin itu wujud, ia mampu bergerak pantas, ia mampu memudaratkan manusia, ia berusia panjang, jasad
kasarnya lemah dsb dan semua itu dengan keizinan Tuhan.
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?
Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan
masalah kepadanya.
Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau
rawatan.
Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan
atau rawatan
Cara rawatan pastinya melalui kaedah
tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh).
Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui
getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, *****a kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.
Kaedah tradisional:
Antaranya menggunakan khidmat pawang,
bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika
jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak
kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.
Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia
tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.
Ada perawat yang berpendamping melibatkan
sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.
Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan
ayat Quran dan doa sbg “cover” shaja tetapi sebenarnya dia bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jin/ jin-jin
pembantunya sahaja.
Ada juga perawat yang berpendamping tapi tidak menggunakan pendampingnya, dia menggunakan ayat Quran, doa dan petua
.
Ada pula perawat yang sepenuhnya bergantung
kepada ayat suci, doa dan petua semata-mata.
Saka/ jin yang kuat sangat sukat untuk
dibuang. Terutamanya jika yang ‘perjanjian’ dengan tuan punya saka yang mula-mula membuat perjanjian yang berat.
Jin jenis hantu raya boleh dibuang dengan tipu helah. Jenis pelesit juga mudah dibuang. Jenis bajang agak
sukar. Jin jenis Ifrit lagi sukar kerana ia kuat. Jenis polong saya kurang pasti. Jenis toyol jarang dijadikan saka kerana
ia lebih digunakan untuk kerja-kerja mencuri. Banyak lagi jenis-jenis jin yang dipanggil dengan pelbagai nama ‘hantu’
oleh masyarakat Melayu.
Yang penting, barang-barang tumpangan
saka itu seperti alat perhiasan, kain berwarna, adat-adat/ upacara tertentu, mentera-mentera . sebarang bacaan dan seumpamanya
mestilah dibuang. Tapi tak boleh dibuang sembarangan, kena ada ahli yang tahu cara-caranya. Jiak dibuang sembarangan ditakuti
saka itu akan mengamok pula, lagi teruk.
Saya mencadangkan cara rawatan Islam
Darus Syifa oleh DR Haron Din dan anak buahnya. Tetapi kaedah rawatan mereka memerlukan sama usaha orang yaag nak dirawat,
bukan usaha perawat sahaja. Org yang dirawat mesti meningkatkan ilmu,iman dan amal mereka sendiri untuk membuang dan seterusnya
menghalang daripada si saka kembali. Ini lebih baik.
WA.
Alexanderwathern
2006