Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Apa Ertinya Saya Menganut Islam- Fathi Yakan
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

Ringkasan buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM oleh Fathi Yakan

Buku ini terbahagi kepada 2 bahagian:

1)       Sifat-sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

2)       Kewajipan beramal untuk Islam dan kewajipan menggabungkan diri dalam harakah Islamiah




Bahagian pertama: Sifat- sifat yang mesti ada pada setiap Muslim

Saya mestilah:

      Muslim dari segi aqidah

      Muslim dari segi ibadah

      Muslim dari segi akhlak

      Muslim dari segi keluarga

      Dapat menguasai diri saya

      Yakin masa depan Islam yang gemilang


Muslim dari segi aqidah

                Untuk menjadikan aqidah saya benar-benar diiktiraf sebagai aqidah seorang Muslim, saya mestilah:

1)       Yakin bahawa Tuhanlah yang mencipta alam ini

2)       Yakin bahawa alam ini diciptakan dengan tujuan tertentu

3)       Yakin dengan para Rasul

4)       Yakin bahawa matlamat hidup manusia dalamkehidupan di dunia ini ialah untuk mengenal Allah, taat dan mengabdikan diri kepada-Nya

5)       Yakin dengan syurga dan neraka

6)       Yakin bahawa setiap yang baik dan buruk itu berlaku atas kehendak Allah

7)       Yakin bahawa syariat dan undang-undang Allah adalah mutlak- tidak boleh dipertikai

8)       Ambil tahu Asma ul Husna

9)       Berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, bukan berfikir tentang zat Allah

10)    Ambil tahu ayat-ayat Al Quran yang menunjukkan sifat-sifat dan kesempurnaan Allah

11)    Yakin bahawa pendapat para salafus soleh lebih utama untuk diikuti

12)    Mengabdikan diri hanya kepada Allah

13)    Takut semata-mata kepada Allah

14)    Sentiasa berusaha untuk mengingati Allah dalam keadaan diam ataupun bersuara

15)    Mencintai Allah

16)    Bertawakkal dalam segala perkara

17)    Bersyukur

18)    Selalu bertaubat

19)    Sentiasa dalam keadaan bermurakabah terhadap Allah


Muslim dari segi ibadah

                Untuk menjadikan saya seorang Muslim dalam seluruh peribadatan, saya mestilah:

1)       Ihsan dalam beribadah

2)       Khusyuk & serius dalam beribadah

3)       Menghadirkan diri dan hati di hadapan Allah ketika beribadat

4)       Berlumba-lumba dalam beribadah

5)       Usaha atas qiamullail

6)       Usaha atas tilawah Al Quran (terutamanya pada waktu fajar)

7)       Amalkan doa dalam setiap pekerjaan


Muslim dari segi akhlak

                Saya mestilah:

1)       Jauhi perkara haram dan tinggalkan perkara syubhat

2)       Memelihara mata

3)       Memelihara lidah

4)       Malu

5)       Lemah-lembut & sabar

6)       Jujur

7)       Tawaduk

8)       Bersangka baik

9)       Pemurah

10)    Menjadi kudwah hasanah bagi orang lain di mana segala tindak-tanduknya menjadi terjemahan terhadap semua prinsip-prinsip Islam (apabila terpandang dirinya, mendengar percakapannya dan melihat gerak-gerinya, kita akan terus teringatkan Allah dan Islam)


Muslim dari segi keluarga

                Tanggungjawab sebelum berkeluarga:

1)        Perkahwinan saya mestilah kerana Allah

2)       perkhawinan saya bertujuan menjaga dir dan menjaga hubungan dengan Allah

3)       saya mestilah bijak memilih isteri (dan isteri-isteri)

4)       saya mestilah pilih isteri yang beragama

5)       saya mestilah tidak menyanggah mana-mana perkara di atas


Tanggungjawab sesudah berumahtangga:

1)       baik dan mesra terhadap isteri

2)       jalin hubungan dalam segala hal untuk dilakukan bersama-sama, tidak terbatas kepada hubungan syahwat sahaja

3)       jaga hubungan supaya mengikut batas-batas syarak (jangan queen-control)


Tanggungjawab bersama mendidik anak:

1)       anasir pertama yang dapat menjamin terlaksananya tarbiah Islamiah kepada anak-anak ialah dengan melaksanakan perkahwinan mengikut adab-adab perkahwinan yang ditunjukkan Islam. (Anak-anak yang bermasalah biasanya lahir daripada perkahwinan yang tidak mengikut adab-adab Islam seperti tujuan perkahwinan, cara perkahwinan, majlis perkahwinan dan sebagainya)


Saya mestilah dapat menguasai diri

                3 golongan manusia  dalam menghadapi pertarungan jiwa:

1)       manusia yang ditewaskan oleh hawa nafsu. Dia tunduk kepada dunia dan kekal dengan keduniaan

2)       manusia yang berusaha lawan nafsu. Ada kala menang dan ada kala tewas

3)       manusia yang maksum- para Rasul & nabi


Sendi kekuatan dalam pertarungan jiwa:

      Hati

      Akal


Tanda-tanda jiwa yang tewas

      Dia mudah melakukan kejahatan

      Dia dikuasai penyakit was-was


Kubu pertahanan daripada godaan syaitan

1)       Redha dengan apa yang dapat

2)       Selalu ingatkan mati

3)       Yakin bahawa segala kenikmatan adalah sementara

4)       Selalu bersyukur dan takut akan balasan Tuhan

5)       Ambil tahu apa dia hak-hak orang lain

6)       Qanaah

7)       Ikhlas

8)       Yakin bahawa segala yang dimiliki tidak kekal

9)       Tawaduk

10)    Tidak mengharapkan manusia

Tambahan:           

1.        menjaga makan dan minum

2.        selalu tilawah, zikir dan istighfar

3.        tenang dalam segala urusan


Saya mestilah yakin masa depan Islam yang gemilang

                Saya mesti yakin bahawa segala manhaj ciptaan manusia (seperti segala bentuk isme) sebenarnya memiliki pelbagai kelemahan.


Bahagian kedua: Apa ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam?


Saya mestilah hidup untuk Islam

                Terdapat 3 golongan manusia:

1.        manusia yang hidup untuk dunia (komunis dan yang sewaktu dengannya)

2.        golongan yang sesat antara dunia dan akhirat (golongan ramai0

3.        manusia yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat (mukmin sebenar)


Bagaimana cara saya hidup untuk Islam?

1.        Saya tahu matlamat hidup- iaitu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan

2.        Saya faham nilai dunia- tak sampai sebelah sayap nyamuk dan lebih hina daripada bangkai anak kambing

3.        Saya yakin dengan maut

4.        Saya mesti berusaha atas ilmu-ilmu agama

5.        Saya faham hakikat jahilliyah- supaya mudah menghindarinya


Sifat-sifat orang yang hidup untuk Islam

1.        Praktikkan islam, bukan sekadar cakap dan berangan-angan

2.        Mencari penyelesaian yang teliti sesuatu yang mendatangkan maslahat kepada Islam

3.        berbangga dengan Allah

4.        bekerjasama dengan jemaah Islam


Gerakan Islam, tanggungjawab, ciri-ciri dan persediaan

                Tanggungjawab gerakan Islam

1.        berusaha menjadikan semua manusia sebagai abdi kepada Tuhan

2.        hapuskan penjajahan dan saki-bakinya ( dari segi pemikiran dan falsafah)

3.        hapuskan saki-baki bidaah dan khurafat

4.        yakin bahawa Islam itu dan hukumnya bersifat syumul

5.        yakin akan kaedah asas Islam iaitu mengesakan Allah

6.        Yakin bahawa Islam sajalah sumber kekuatan asasi kebangkitan umat

7.        menganggap kufur segala sikap memperjuangkan sistem kapitalis, sosialis, komunis dan lain-lain system buatan manusia

8.        tegak menghadapi arus taghut (tamadun kebendaan, kemajuan hawa nafsu & kemewahan)

9.        berusaha mewujudkan sistem-sistem berikut dalam kehidupan umat Islam:

a.        sistem pertahanan dalam negeri

b.       sistem hubungan antarabangsa

c.        sistem kehakiman yang amali

d.       sistem pertahanan dan ketenteraan yang dapat menggerakkan rakyat

e.        sistem ekonomi yang dapat memberi kebebasan terhadap kekayaan, harta, kerajaan dan individu

f.         sistem pelajaran dan kebudayaan yang menghapuskan kejahilan (bukan kebodohan)

g.       sistem keluarga dan rumahtangga yang membina

h.       sistem yang mengatur cara hidup individu

i.         menghidupkan roh-roh dan semnagat yang dapat mengusai semua peringkat masyarakat



                                j) membina individu, rumahtangga, bangsa dan kerajaan Islam

                Ciri-ciri prinsip gerakan Islam

1.        Gerakan Rabbani- segala-galanya bersumberkan Islam dan Al Quran. Golongan atasan terlebih dahulu tunduk kepada syariat sebelum golongan bawah

2.        gerakan yang tersendiri- bukan hidup dengan idea yang diimport

3.        gerakan yang membawa kemajuan- gerakan Islamlah yang paling mampu menyelesaikan permasalahan hidup manusia berbanding gerakan lain

4.        gerakan yang syumul- tidak terbatas untuk membaiki satu-satu bahagian sahaja

5.        menjauhi perselisihan dalam masalah fekah- mesti faham bahawa perselisihan memang tidak dapat dielakkan

Ciri-ciri harakah gerakan Islam

1.        Jauhi daripada dipengaruhi pemerintah dan ahli politik- supaya tidak digunakan

2.        bertolak ansur kerana perjuangannya panjang. Ada 3 peringkat:

a.        taarif- sebarkan

b.       takwin- pilih mereka yang layak

c.        tanfiz- perlaksanaan

3.        Utamakan amal dan banyakkan penghasilan daripada propaganda dan penerangan

4.        Siasah Panjang Nafas- tidak patah di tengah jalan dan tidak tergesa-gesa untuk mencapai hasil sebelum masanya

5.        seru Islam secara lantang tetapi menjaga hal-hal kerahsiaan

6.        Uzlah nafsiah, bukan jasadiah- uzlah dalaman diri, bukannya mengasingkan diri

7.        Faham bahawa matlamat tidak menghalalkan cara

Persediaan gerakan Islam

                Seperti orang-orang terdahulu, kita hendaklah beriman kepada:

a.        Allah, pertolongan dan bantuan-Nya

b.       Manhaj (method) Ilahi, keistimewaan dan kesesuaiannya

c.        Persaudaraan, hak-hak persaudaraan dan kesuciannya

d.       Lumayannya balasan Allah

e.        Yakin bahawa kita adalah pilihan Tuhan untuk memperjuangkan agamanya

Saya mestilah mengetahui cara-cara beramal dengan Islam dan kenapa mesti dalam gerakan Islam.
1.        kena tahu mengapa saya menganggotai gerakan Islam- secara kebetulan atau hasil kajian & penelitian?

2.        tahu cara-cara bergerak dalam gerakan Islam

3.        Tahu dan faham bahawa gerakan islamlah yang terbaik

Pelbagai trend gerakan Islam:
1.        gerakan yang bersifat kerohanian

2.        bersifat kebudayaan dan ilmu

3.        bersifat amal kebajikan

4.        bersifat siasah

Saya mestilah mengetahui sejauh mana ertinya saya menggabungkan diri ke dalam gerakan Islam

                Penggabungan akidah

-                          jangan bergabung secara melulu atas semangat saja tetapi hendaklah atas dasar kefahaman

Penggabungan masa depan

                                          Masa depan saya adalah bergabung dengan masa depan gerakan

Cubaan-cubaan terhadap pejuang:
1.        terdedah kepada pelbagai bentuk godaan, pujukan seperti harta, pangkat, kedudukan dll

2.        terdedah kepada ugutan, tekanan, siksaan dll

Saya mestilah mengetahui pemusatan amal Islam

                Posisi yang dapat menjamin kejayaan Islam:

1.        matlamat yang jelas

2.        jalan yang terang

3.        dan beriltizam dengan kedua-duanya

Petunjuk-petunjuk di sepanjang jalan yang diikuti Nabi:

1.        pengisytiharan ubudian kepada Allah

2.        mewujudkan satu kelompok bergerak yang diikat dengan aqidah dan keimanan kepada Allah

3.        menentang jahilliyah habis-habisan

Saya mestilah mematuhi syarat-syarat anggota & bai’ah

                -Berusaha menambah bilangan ahli dalam jemaah tetapi mementingkan kualiti

                Rukun bai’ah:

1.        Faham

2.        Ikhlas

3.        Amal

4.        Jihad

5.        Korban

6.        Taat

7.        Tetap pendirian

8.        Tajarrud- ikhlas terhadap fikrah yang didokong

9.        Persaudaraan

10.     Thiqah

Kewajipan Al-Alk Muslim:

1.        Tilawah Al Quran sebulan sekali khatam (tidak lebih satu bulan dan tidak kurang 3 hari)

2.        Mendalami ilmu Al Quran- sekurang-kurangnya baca buku ‘Humatul Islam’ dan hafaz 40 hadith Imam Nawawi

3.        Jaga kesihatan

4.        Jangan lebih minum the, kopi dan lain-lain yang merangsang dan jangan merokok

5.        Jaga kebersihan dalam semua perkara

6.        Jangan berdusta

7.        Tunaikan janji

8.        Berani & luas pandangan

9.        Serius pada tempat-tempat yang perlu serius

10.     malu dan sensitive dengan persekitaran

11.     Adil

12.     Khidmat kerana Allah

13.     Pemaaf

14.     Berdakwah melalui media

15.     Melakukan kerja-kerja iktisad walaupun hasilnya sedikit tanpa mengira darjat dan kekayaan kita

16.     Tidak utamakan jawatan kerajaan

17.     Kemaskan usaha

18.     Tahu menjaga hak-hak orang lain

19.     Jauhi perjuadian dan sumber haram

20.     Jauhi riba

21.     Beli barangan keluaran Islam

22.     Keluarkan zakat

23.     Simpan sedikit pendapatan untuk kecemasan

24.     Gantikan budaya asing dengan budaya Islam dalam kehidupan

25.     Pulaukan mahkamah yang tidak Islamik. Pulaukan media, perhimpunan, kumpulan dan sebagainya yang bertentangan dengan fikrah islam

26.     Selalu ingatkan Allah dan Hari Akhirat

27.     Sentiasa dalam keadaan suci (berwuduk)

28.     Utamakan solat berjemaah

29.     Tunaikan puasa dan haji

30.     Sentiasa pasang niat untuk berjihad, mati syahid dan membuat persediaan untuknya setakat kemampuan

31.     Selalu beristighfar, jauhi dosa-dosa kecil dan perkara-perkara syubhat. Juga selalu muhasabah diri

32.     kawal nafsu

33.     Jauhi arak, dadah dan lain-lain

34.     Jauhi rakan-rakan yang rosak dan tempat-tempat maksiat

35.     Perangi tempat-tempat hiburan

36.     Kenali anggota-anggota ikhwan serapat yang boleh

37.     Putuskan hubungan dengan mana-mana pertubuhan dan perhimpunan yang tiada kaitan terutamanya apabila diarahkan berbuat demikian

38.     Berdakwah di mana sahaja

Kewajipan dan tanggungjawab ukhuwwah:

1.        Persaudaraan mestilah dapat membawa kepada Allah

2.        Persaudaraan perlukan kerjasama dan persefahaman

3.        Persaudaraan hendaklah ada kerjasama di bidang kebendeaan iaitu mereka yang ada membantu mereka yang tiada

4.        Persaudaraan merupakan tanggungjawab (tunaikan hak-hak saudara)

5.        Persaudaraan dalam Islam itu mesra (indah)

6.        Persaudaraan juga adalah keghairahan dan kesetiaan

 alexanderwathern 2003

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.