Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Ustaz Zamihan vs Ustaz Asri
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

*** Ustaz Zamihan al-Ghari telah menghasilkan satu karya berjudul “Salafiyyah Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Secara tiba-tiba Ustaz Asri dengan begitu keras sekali menghentam buku Ustaz Zamihan tersebut melalui akhbar Berita Harian. Ustaz Zamihan cuba untuk mempertahankan kebenarannya dengan menghantar artikel jawapan. Malangnya pihak akhbar terbabit tidak menyiarkannya. Ini membuatkan orang awam rata-rata menganggap hujah Ustaz Asri betul manakal hujah Ustaz Zamihan salah.
Berikut adalah jawapan daripada Ustaz Zamihan.

***(PENTING- ketika membaca tulisan ini, kita mestilah terlebih dahulu membuang sikap taksub kita kepada mana-mana pihak. Jadilah neutral, barulah nanti keputusan yang akan kita buat adalah satu keputusan yang adil atas dasar ilmu dan bukannya atas dasar taksub.


ZAMIHAN AL-GHARI
Syathariah Niagajaya Sdn. Bhd
1423 H/2002 M

USTAZ ZAMIHAN
Dalam keluaran surat khabar Berita Harian pada 30 dan 31 Julai 2001 yang lepas termuat satu kritikan terhadap saya. Kritikan itu ditujukan khas terhadap karangan saya yang berjudul "Salafiyyah Wahabiyyah : Satu Penilaian ". la dilancarkan oleh seorang yang bias kepada aliran Salafiyyah Wahabiyyah. Dan nada kritikan tersebut begitu keras berbunyi "Buku Salafiyyah Wahabiyyah MENYIMPANG " dan "MUSUH AHLI SUNNAH meroboh khazanah Ibn Taimiyyah. "

ULASAN
*Yang dimaksudkan “seorang yang bias kepada aliran Salafiyyah Wahabiyyah” itu ialah Ustaz Asri.
*Nada kritikan Ustaz Asri sepatutnya lebih berhemah, tapi apakan daya, orang-orang yang terpengaruh mindanya dengan fahaman Wahabi biasanya memusuhi dunia tasauf kesufian. Ini menyebabkan mereka kehilangan beberapa nilai-nilai moral. Memang sifat-sifat mahmudah agak kurang di kalangan orang-orang berfahaman Wahabi. Sebab itulah mereka mudah bersikap keras.
*BUKU SALAFIYYAH WAHABIYYAH MENYIMPANG- kita harap Ustaz Asri tidaklah maksudkan MENYIMPANG DARIPADA AJARAN ISLAM. Ayat yang dicadangkan ialah MENYIMPANG DARIPADA PEMIKIRAN SAYA, kan lebih baik dan tidak nampak menghukum.
*MUSUH AHLI SUNNAH MEROBOH KHAZANAH IBN TAIMIYYAH- alangkah BERATNYA HUKUMAN PERIBADI Ustaz Asri. Ustaz Zamihan dan lain-lain ulama yang pernah bersikap kritis akan Ibnu Taimiyyah dilabelkan sebagai MUSUH AHLI SUNNAH. Apalah agaknya jawatan Ustaz Asri yang sebegitu besar hingga mampu menjatuhkan hukuman sebegitu.

*Sekiranya anda berada di tempat Ustaz Asri, apakah anda akan melabelkan Ustaz Zamihan sebagai MUSUH AHLI SUNNAH?

Jawapan: …………………………………
 
USTAZ ZAMIHAN
Sebagai reaksi positif, saya juga mempunyai hak untuk MEMBELA TUDUHAN MELAMPAU LAGI TIDAK BERASAS yang dilemparkan kepada saya. Akhirnya saya juga turut menghantar tulisan saya kepada pihak akhbar untuk disiarkan dalam ruangannya. Malangnya TULISAN TERSEBUT TIDAK DISIARKAN. Saya rasakan SITUASI INI TIDAK ADIL kerana satu pihak sahaja dibenarkan mengemukakan hujah secara mengkritik. Manakala SAYA TIDAK DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMBELA. Dengan keadaan ini, mereka yang beraliran Salafi mendabik dada kononnya saya tidak mampu mendatangkan hujah muqni'ah (memuaskan) untuk menolak dakwaan Mohd Asri.

ULASAN
*Kalau bersilat sorang-sorang, memanglah kita merasa kitalah pemenang dan tidak kalah-kalah.

*Sebagai seorang Mukmin, apakah anda rasa Ustaz Zamihan telah diperlakukan dengan adil?

Jawapan: …………………………
 
USTAZ ZAMIHAN
Maka dengan taufiq dan hidayah daripada Allah setelah tiga minggu kritikan diakhbar disiarkan, saya dapat menyiapkan jawapan terhadap kritikan beliau. Dan saya mengambil keputusan untuk menyampaikan hujah tersebut dalam bentuk buku ilmiah. Alhamdulillah segalanya telah tersedia. Dan tibalah masanya untuk anda selaku pembaca memperbandingkan antara hujah saya hujah beliau dalam mencari kata pemutusnya. Semoga hujah ilmiah yang ringkas ini mampu memuaskan semua pembaca, Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi maha Bijaksana.

Yang mengharap keampunan Allah,
Zamihan al-Ghari,
Gua Musang, Kelantan Darul Nairn.


MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DI MALAYSIA

Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku Salafiyah Wahabiyah menyimpang " Berita Harian, Isnin 30 dan 31 Julai 2001. Selaku penulis buku tersebut saya merasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan hujah, menghapus kesamaran dan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan Tuan Guru saya Hassan al-Saqqaf. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.

Pada dasarnya, saya bersetuju dengan PENDAPAT BELIAU (Ustaz Asri) yang mengatakan SYEIKH IBNU TAIMIYYAH BUKANNYA MAKSUM. Akan tetapi kata-kata beliau yang menggambarkan "tersilap fakta" pada Ibn Taimiyyah mencerminkan sikap ta'sub beliau kepada Syeikh tersebut. Alasannya, jika dikatakan "tersilap fakta" bererti kesalahan itu bukannya datang dari Ibn Taimiyyah, akan tetapi fakta atau maklumat tentangnya tersilap. Justeru, dia boleh membuat andaian bahawa "tersilap" yang berlaku itu disebabkan oleh salah faham atau sikap ulamak lain yang dengkikan Ibn Taimiyyah sekaligus memfitnah beliau. Adakah para ulamak yang menentang pendapat Ibn Taimiyyah kesemuanya berada dalam situasi dan bersikap sedemikian.???

Dakwanya lagi: ADA PENDAPATNYA YANG KUAT DAN ADA PENDAPATNYA YANG LEMAH. Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau begitu fanatik dengan pendapat Ibn Taimiyyah. Ternyata Mohd Asri masih belum mampu membuat perbandingan pendapat secara dogmatik antara ulamak. Pengklasifikasian pendapat Ibn Taimiyyah kepada kuat dan lemah sebenarnya TIDAK MENAMPAKKAN BELIAU MENGIKTIRAF KESILAPAN yang dilakukan imam itu. Sebaliknya BELIAU HANYA INGIN MEMPERTAHANKANNYA walaupun terbukti pendapat Ibn Taimiyyah tersebut MEMBAWA FITNAH dan implikasi yang negatif kepada sebahagian muslimin yang tidak menurut pendapat beliau. Oleh itu, 'kemaksuman' yang dinafikannya HANYA SEKADAR MANIS DI BIBIR SAHAJA. lanya bukan dilakukan secara komparatif yang sedar lagi wajar. Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beraliran Salafi-Wahabi.

ULASAN
*Nampak jelas Ustaz Asri amat TAKSUB DENGAN IBNU TAIMIYYAH. Baginya Ibnu Taimiyyah hanya ada pendapat yang kuat dan pendapat yang lemah. Bagaimana dengan PENDAPAT Ibnu Taimiyyah YANG SALAH? Apakah Ibnu Taimiyyah 100% tidak melakukan kesalahan? Nampak macam nak maksum pula Syeikh Ibnu taimiyyah ini pada pandangan Ustaz Asri.
Baginya Ibnu Taimiyyah tidak ada kesalahan, yang nampak macam kesalahan itu hanyalah kerana ULAMA-UALAM LAIN ETRSILAP FAKTA. Sekiranya mereka tidak tersilap fakta, agaknya tentulah semua ulama menyokong penuh Ibnu Taimiyyah.
*Selama ini pun Ustaz Asri dan orang-orang yang berfahaman Wahabi HANYA MEMPROMOSIKAN KEBENARAN Ibnu Taimiyyah (kita akui Ibnu Taimiyyah seorang ulama besar). Jika mereka bersikap jujur, mengapa tidak mereka khususnya Ustaz Asri mengelarkan artikel atau buku tentang pendapat-pendapat Ibnu Taimiyyah yang lemah (pendapat Ibnu Taimiyyah yang salah pastinya mereka akan usaha untuk tidak menyebutnya). Pendapat Ibnu Taimiyyah yang betul sepanjang masa mereka canangkan, mengapa tidak berani mencanangkan pendapat2nya yang lemah pula?
*Sebenarnya mereka takut sekiaranya disebarkan pendapat2 Ibnu Taimiyyah yang lemah dan salah, nanti jatuh pula kredibiliti tokoh kesayangan mereka itu. Maka secara tidak langsung akan jatuh pula nilai saham fahaman Wahabi yang mereka perjuangkan. Seperti kata Ustaz Zamihan- Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beraliran Salafi-Wahabi.

*Pada pendapat anda, benarkah Syeikh Ibnu Taimiyyah langsung tidak ada pendapat yang salah?

Jawapan: ………………………………….

USTAZ ZAMIHAN
Dakwaan beliau bahawa saya menjadikan cacian, penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisan adalah tidak benar sama sekali. Melalui secalit tulisan ini, pembaca akan dapat menilai sejauh mana ketaksuban Mohd Asri dan sesuci mana pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Penilaian ini juga boleh dilihat menerusi buku saya Salafiyah Wahabiyah. Apa yang lebih penting ialah implikasi yang berlaku terhadap satu pendapat yang "rigid" perlu dinilai secara wajar. Sebab itulah dikemukakan JUDUL BUKU SAYA "Salafiyah Wahabiyah: SATU PENILAIAN" supaya pembaca boleh MENILAI ANTARA DUA PENDAPAT. laitu satu penilaian pendapat Ibn Taimiyyah (disokong al- Wahabiyyah) dan satu lagi pendapat para ulamak sunni lain. Tapi sayang, apabila kita mengkontradiksi hujah Ibn. Taimiyyah, ianya DIANGGAP SEBAGAI MUSUH AHLI SUNNAH oleh Mohd Asri. Tahukah beliau siapa ahli sunnah???

ULASAN
*Bagi Ustaz Asri, sesiapa yang bersikap kritis terhadap pendapat2 Ibnu Taimiyyah saja, maka orang itu terus dihukum sebagai MUSUH AHLI SUNNAH.
Anda bersetuju dengan kaedah ini?
Sekiranya Rasulullah masih hidup, baginda akan setuju dengan cara ini?
Jawablah dalam hati masing-masing.

*Anda bersetuju dengan kaedah ini?

Jawapan: …………………………….


USTAZ ZAMIHAN
Sebenarnya, di muqaddimah penulisannya lagi, Mohd Asri telah membuat PENDUSTAAN KE ATAS DIRI SAYA. Buktinya, beliau mengatakan: "Penulis buku ini mengaku dia adalah pengikut Hasan b. Ali al-Saqqaf dari Jordan." Subhanallah. Sebenarnya, SAYA TIDAK PERNAH MENGAKU SEBAGAI PENGIKUT HASSAN AL-SAQQAF.. Sebaliknya saya hanya mempelajari ilmu agama darinya semasa berada di Jordan dalam beberapa tahun. Umum mengetahui bahawa BELAJAR TIDAK SEMESTINYA MENGIKUT. Akan tetapi, ada kalanya manusia hanya MENGIKUT BUKANNYA DENGAN CARA BELAJAR. Seperti ikutan Mohd Asri terhadap pendapat Ibn Taimiyyah. PERKATAAN PENGIKUT SENGAJA DITOKOK TAMBAH OLEH MOHD ASRI DENGAN NIAT YANG BURUK UNTUK MENGGAMBARKAN SIKAP TAKSUB SAYA KEPADA HASSAN AL-SAQQAF. Seolah-olah saya sentiasa mengikut Hassan al-Saqqaf secara taklid walaupun diketahui ADA SESETENGAH PENDAPATNYA TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH SAYA. Hal ini situasi yang biasa antara Tuan guru dan muridnya. Maka secara jelasnya, dakwaan ini tidak berasas lagi dusta. Semoga Allah mengampuni anda.

ULASAN
*Ustaz Asri cuba bermain psikologi di sini. Dia sengaja menggambarkan kononnya Ustaz Zamihan adalah pengikut 100% fahaman al-Saqqaf, taksub al-Saqqaf. Padahal al-Saqqaf hanyalah salah seorang daripada guru Ustaz Zamihan. Apakah kalau kita berguru sesuatu ilmu kepada seorang kafir maka itulah buktinya kita juga kafir?
Melalui psikologi kotor ini Ustaz Asri berharap dapat MENGUASAI PEMBACA agar menyokongnya.
Tapi ingatlah, kalaupun strateginya berjaya pun, manusia menyokongnya kerana tipu daya, bukan atas dasar ilmu dan kebenaran. Hakikatnya ni bukanlah satu kemenangan, tapi satu kekalahan di mata orang-orang mukmin.

*Pendapat anda sebagai seorang Muslim… benarkah apabila kita pernah berguru dengan al-Saqqaf maka secara automatic kita adalah pengikut as-Saqqaf?

Jawapan: ……………………………

USTAZ ZAMIHAN
Demi kerana bencikan penilaian saya terhadap Ibn Taimiyyah, Mohd Asri juga MEMBUAT TUDUHAN YANG PALSU lagi melampau kepada Tuan Guru kami, Sayyid Hasan al-Saqqaf. Katanya: "Dikalangan orang yang mengenalinya (Hassan al-Saqqaf) menyatakan dia seorang AGAK PRO-SYIAH seperti mana ada sesetengah rumpun itu di Malaysia yang berpegang kepada Syiah." Beliau menambah lagi: "Sementara yang seorang lagi MENGAKU AHLI SUNNAH dan MENYEMBUNYIKAN RACUN SYIAHNYA." Katanya lagi: "Nampaknya sejarah itu cuba hendak ditimbulkan semula oleh golongan yang BERTOPENGKAN AHLI SUNNAH" Subhanallah. Kenapa Mohd Asri terlalu berani menghukum seseorang dengan "Syiah" dengan hanya berdasarkan andaian mendengar daripada sesetengah kalangan orang yang mengenali Hassan al-Saqqaf. Prasangka yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Hujuraat ayat 12 yangbermaksud: "Wahai orang yang beriman, jauhilah sebahagian dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. "

ULASAN
*Pandangan negatif sesetengah tokoh kepada al-Saqqaf diterima oleh Ustaz Asri 100%, tapi pandangan negatif sesetengah tokoh terhadap Ibnu Taimiyyah pula ditolaknya 100%- sampai tak boleh nak kritis sedikitpun dengan Ibnu Taimiyyah.
Orang yang kritis terhadap al-Saqqaf dihormatinya tanpa soal lagi tapi yang kritis terhadap Ibnu Taimiyyah tanpa soal pula dihukumnya MUSUH AHLI SUNNAH.

*Bolehkah kita menghukum seseorang itu MENGAKU AHLI SUNNAH dan MENYEMBUNYIKAN RACUN SYIAHNYA atau BERTOPENGKAN AHLI SUNNAH hanya dengan memakai kata-kata orang lain terhadapnya?

Jawapan: ………………….


USTAZ ZAMIHAN
Suka juga saya pertanyakan: Apakah anda tidak cukup mengerti untuk menilai pendapat dan pandangan seseorang melalui karya dan penulisan beliau? Saya juga ingin bertanyakan anda, siapa dikalangan orang yang mengenalinya itu sehingga anda tergamak menukar tuduhan yang tak berasas itu kepada yakin? Bolehkah orang yang mengenalinya itu diterima kesaksiannya mengikut metod ilmu hadith yang saudara pelajari selama ini? Nampaknya saudara sendiri gagal mempratikkan surah al-Hujuraat ayat 6 yang saudara bacakan kepada saya. Dengan segala hormatnya saya minta saudara renungkan kembali sedalamnya kandungan ayat berkenaan secara insaf lagi sedar.

Buat pengetahuan pembaca, sebenamya SYEIKH HASSAN AL-SAQAF ADALAH SEORANG SUNNI-AL-ASYA’RI YANG BERMAZHAB SYAFIE. Beliau sendiri menulis ‘SAHIH SIFATUSSOLAH AL-NABIY (yang wujud ditangan saudara). laitu sebuah KITAB FIQH SOLAT ASY-SYAFIE sebagai REAKSI POSITIF TERHADAPHURAIAN TIDAK BERMAZHAB SYEIKH AL-BAANI di dalam "Sifat al-Solat al-Nabi". Saya nasihatkan saudara baca sendiri kitab tersebut sehingga tamat tanpa bias kepada mana-mana aliran teologi dan bandingkan dengan karya al-Baani. Lihatlah di sana bagaimana Syeikh Hassan menuqilkan pendapat Imam al-Syafi'e, Imam Ibn al-Solah, Imam al-Ghazali, Fakhruddin ar-Razi, al-Muhaqqiq al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Ibn Hajar Asqalani, Taqiyuddin al-Subki, al-Sakhawi dan beberapa pandangan ulamak hadis yang masyhur seperti al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi, al-Nasa'e, Abu Daud dan Iain-lain. Saya yakin, seorang yang terpelajar tinggi seperti saudara dapat memahaminya. Akan tetapi mengapa realiti ini tidak dinyatakan dalam penulisan saudara sebaliknya perkara yang bersifat andaian itu mahu dipaparkan kepada umum bahkan hendak dijadikan hukum.??? Ternyata, saudara sebenarnya yang bersikap 'tadlis' dan CUBA MEMBOHONGI KEBENARAN.

Sebagai bukti yang lebih jelas, Syeikh Hassan al-Saqqaf juga menulis syarah kitab Umdah al-Salik li Uddah al-Nasik sebagai sebuah kitab Haji juga dalam MAZHAB AL-SYAFIE Saudara juga boleh membaca Tahdzir al-Abd Awwah yang memuatkan tiga masalah agama. laitu Sembahyang sunat sebelum Jumaat (yang mana ia dikatakan bid'ah oleh aliran wahabi), masalah "menggerakkan jari ketika bertasyahhud" dan masalah Nur Muhammad. Tidakkah huraian di dalam kitab-kitab ini mengikut daerah mazhab al-Syafi'e. Bahkan betapa banyak juga pendapat al-Syafi'iyyah dikemukakan dalam ruangan ini, Kami sendiri turut diajar dengan Kifayatul Akhyar dan Tadrib al-Rawi hari berganti minggu dan bulan. Oleh itu, Saya mencabar saudara untuk mengemukakan nas Hassan al-Saqqaf yang menunjukkan beliau seorang Syiah daripada kitab-kitab karangan beliau. Adapun pendalilan kepada sesuatu permasalahan, lumrah ianya boleh berlaku secara kebetulan. Namun, itu bukannya dalil ilmu untuk membuktikan seseorang itu penganut kepada fahaman Syi'ah. Jika saudara gagal bererti saudara mendirikan hujah tanpa ilmu bahkan tuduhan saudara PENUH PEMBOHONGAN LAGI MELAMPAU.

Tidak cukup dengan fiqh, Hassan al-Saqqaf juga menghasilkan KARYA USULUDDIN DALAM MAZHAB AL-ASYAARI. Buktinya, kitab Sahih al-Aqidah al-Thahawiyah diulas oleh beliau sebagai satu perbandingan dengan Syarh Aqidah al-Thahawiyah yang dikarang oleh Ibn Abi al-Izz. KITABAKIDAH AHLI SUNNUAH WAL JAAMAAH DIKARANG OLEH BELIAU HASIL ULASAN TERHADAP PENDAPAT AL-GHAZALI DARIPADA IHYA’.. Beliau juga mengulas Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Laqqani dan diberi judul Iqd Zabarjad al-Nadhid. Selain itu beliau juga menulis Syarh Sullam al-Taufiq (feqh, tauhid dan Tasawwuf). Dan banyak lagi kitab-kitab yang ditulis oleh beliau samada yang telah dicetak dan masih dalam percetakan mencapai 70 buah kitab dalam usia yang masih muda.

Akan tetapi, apabila KITAB-KITAB TADI DILIHAT DAPAT MENGKONTRADIKSI KITAB-KITAB AL-ALBAANI DAN ALIRAN AL-WAHABIYAH SERTA IBN TAIMIYYAH, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman Mu'tazilah, penganut Syi'ah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al-Muhaddith Mahmud Said Mamduh, Syeikh al-Muhaddith Muhammad A'lawi al-Makki, Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa'id Foudeh, Syeikh Abi Hasnain al-Makki dan Iain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau mana-mana sahaja ulamak yang beraliran Asya'irah nusantara. Hal ini seakan menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang amat bencikan Asya'irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik semasa dan fitnah dalam masyarakat Nusantara. Sehinggakan berlaku di sesetengah tempat mengatakan al-Asya'irah bukannya Ahli Sunnah, (rujuk Ismail Omar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jadual C), Sembahyang sunat sebelum Jumaat itu adalah bid'ah (Abdullah al-Qari, 200 Bid'ah Jumaat di dunia Islam), Tasawwuf bukan ajaran Islam (Rasul Dahri) dan berbagai isu lagi. Sengaja saya jelaskan bab akidah, feqh dan Tasawwuf supaya pembaca jelas akan kedudukan sub-perbincangannya.

ULASAN
*Begitulah sikap mereka yang berfahaman Wahabi, Jika kita bersikap kritis terhadap tokoh-tokoh sanjungan mereka seperti Ibnu Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, al-Albani dan lain-lain, maka terus kita dihukum sesat, penyebar fahaman Mu'tazilah, penganut Syi'ah dan sebagainya.
*Tentang al-Saqqaf, jelas beliau tidak memperjuangkan Syiah, tetapi ahli sunnah wal jamaah. Jika benar dia hanya berlakon ASWJ untuk menyebarkan fahaman Syiah, alangkah lebih baik dia berlakon sebagai seorang yang berfahaman Wahabi- ruang untuk beliau merosak dari dalam lebih luas.

*Berikan pendapat anda sebagai seorang Muslim lagi Mukmin… benarkah Syeikh as-Saqqaf musuh Ahli Sunnah atau pro-Syiah?

Jawapan: ………………………………….

USTAZ ZAMIHAN
Hasilnya, sebagai membalas budi terhadap Hassan al-Saqqaf, buku-bukunya dilarang daripada masuk ke Mesir oleh Syarikat percetakan yang memiliki perpustakaan besar yang bernaung di bawah aliran al-Salafi-Wahabi. Jika masuk pun ia dikenakan harga yang mahal. Dan paling menyedihkan maktabah yang menerima karyanya dipulau oleh aliran Salafi. Saya pernah bersama Sayyid Hassan ke Mesir dan berinteraksi dengan pemilik maktabah di sana. Dan dalam masa yang sama, tuduhan Syi' ah kepada beliau terus diwawarkan ke serata dunia. Dan disuburkan kembali oleh Mohd Asri yang tidak mengetahui hujung pangkalnya. Dan pengenalan Mohd Asri terhadap nama al-Saggof membuatkan awam masyarakat prejudis dengan rangkaian keiuarga ini. Begitu juga dengan mereka yang berketurunan Syed (al-Sayyid), al-ldrus, al-Bahr, al-Jufri, al-Alawi, al-Haddad dll. Jelasnya, perkaitan ini sengaja mencari keruh.

Saudara Mohd Asri juga ada menyentuh tentang sikap Hassan al-Saqqaf berhubung peperangan yang berlaku dikalangan sahabat. Sebenarnya, itu adalah istidrak beliau berkenaan pihak yang menentang dan memerangi Sayyidina Ali sebagai khalifah. Sungguhpun beliau tidak berpuashati dengan penentangan terhadap Sayyidina Ali namun beliau tidak mencela para sahabat yang lain atau menghukum mereka ke dalam neraka. Keadaan ini biasa berlaku bagi mereka yang cuba mencari titik pertemuan dalam membahaskan sesuatu masalah. Saudara juga tentu faham apakah hukum bagi seseorang yang telah mengambil inisiatif sendiri dalam sesuatu tindakan dan membelakangi khalifah sekalipun berijtihad atas nama sahabat. Dan para sahabat pula bukannya insan yang maksum. Tegasnya, bila kita membicarakan hal ini bukan bererti kita mencela mereka. Tetapi isu ini sengaja dicetuskan supaya kami dapat digambarkan sebagai mencela sahabat r.a. Dan kesalahan dapat diletak diatas tengkuk-tengkuk kami manakala salafiyah-wahabiyah pula dikatakan membela sunnah. Inilah sebenamya bentuk kezaliman baru dunia teologi hari ini.

ULASAN
*Para sahabat yang menjadi tentera Muawiyah MENGHUKUM HALAL DARAH PARA SAHABAT yang menjadi tentera Saidina Ali, begitu juga sebaliknya ketika di medan perang- masing-masing akan berusaha membunuh lawannya. Dan kita sama-sama maklum, dua-dua pihak (*kemungkinan besar) berada di syurga (8dua-dua benar).
Bayangkan, mereka yang menghukum halal darah pun kita akui masuk syurga, apalah sangat dengan al-Saqqaf yang hanya menyatakan RASA TIDAK PUAS HATINYA dengan sikap sebahagian sahabat yang menentang Saidina Ali. Adakah al-Saqqaf sampai ke tahap berperang bagi pihak Muawiyah dan pernah membunuh sahabat dari pihak Saidina Ali?
Tentu tidak!
Jadi, mereka yang saling berbunuhan pun boleh ke syurga, apalah hanya dengan menyatakan rasa tak puas hati akan terus dihukum keluar daripada ASWJ?
Alangkah tidak adilnya pemikiran sebegini.

*Benarkah kalau kita berasa tidak puas hati dengan penentangan terhadap Saidina Ali maka kita dihukum sebagai musuh Ahli Sunnah?

Jawapan: …………………………

USTAZ ZAMIHAN
Seterusnya, Mohd Asri turut menyentuh tentang kandungan kitab Sahih Sifatussolah al-Nabi karangan Hassan al-Saqqaf. Akan tetapi sebarang hala tuju ulasannya tidak difokus secara ilmiah. Mungkin kaitannya dengan hadis "Kamu tidak akan sesat selagi berpegang dengan kitab Allah dan KAUM KELUARGAKU" untuk MEMBUKTIKAN KESYIAHAN Hassan al-Saqqaf. Namun ianya jauh dari bukti ilmiah. Apatah lagi bersikap hukmiah. Sebenarnya, hadis tersebut diulas oleh Tuan Guru kami di akhir kitab Sahih Sifatussolah al-Nabiy dari halaman 289-294. Akan tetapi Mohd Asri sengaja menyentuhnya dengan sedutan yang terlalu ringkas UNTUK MENIPU DAN MENDAPAT SIMPATI PEMBACA SUPAYA LEBIH CONDONG KEPADA SALAFIAH Secara ringkas, saya jelaskan sedikit komplikasi yang cuba dicetus oleh Mohd Asri.

Berkenaan hadis: "Aku tinggalkan kepada kamu (dua perkara), jika kamu berpegang dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat sampai ke bila-bila. laitu KITAB ALLAH DAN SUNNAH NABI-NYA." Menurut Hassan al-Saqqaf hadis ini TIDAK SAHIH DARI SUDUT SANAD DAN MATANNYA. Alasannya ialah TERDAPAT HADITH YANG LEBIH KUAT DAN SAHIH yang diriwayatkan oleh IMAM MUSLIM berbunyi: "Daripada Sayyidina Zaid b. Arqam r.a mengatakan: "Suatu hari Sayyidina Rasulullah SAW berdiri dihadapan kami, seraya berkhutbah di suatu tempat yang lapang di antara Makkah dan Madinah. Baginda memuji Allah dan menyanjungNya dan menasihati serta mengingatkan umatnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ingatlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa. Sebentar lagi akan datang utusan Tuhan menjemputku. Lalu aku pun menyahutnya. Dan aku akan meninggalkan kalian dua pusaka. Pertama, Kitab Allah (Al-Qur'an) yang mana di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab Allah itu dan pegangilah ia dengan teguh." Zaid menambah: "Baginda memerintahkan agar umatnya berpegang teguh pada Kitab Allah dan menggalak untuk mengamalkannya. Kemudian baginda bersabda lagi: "DAN KAUM KELUARGAKU. Aku memperingati kamu semua DENGAN KAUM KELUARGAKU (dilafaz sebanyak tiga kali). (Sahih Muslim m/s 1873-1874 juz 4 no: 2408 sunt: Muhd Fuad Abd Baqi, t.t, cet, Dar al-Fikr, Bayrouth).

Selain itu hadis ini juga diriwayatkan oleh IMAM AHMAD DI DALAM MUSNADNYA m/s 366 juz 4, AL-BAIHAQI di dalam Sunan al-Kubra m/s 148 juz 2 serta AL-DARIMIY di dalam Sunannya m/s 431 -432 juz 2. Manakala pada riwayat AL-TIRMIZI m/s 663 juz 5 no: 3788 hadis ini datang dengan lafaz: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian jika kalian berpegang pasti kalian tidak akan sesat sesudah ketiadaanku. Satu darinya lebih agung dari yang lain iaitu Kitab Allah. la merupakan tali yang memanjang dari langit ke bumi.. DAN KETURUNANKU (ahli baitku). Kedua pusaka ini tidak berpisah sehingga di datangkan Haudh kepadaku (sampai kiamat). Perhatikanlah bagaimana KALIAN MEMPERLAKUKAN MEREKA SETELAH PENINGGALANKU" (Sunan al-Tirmidzi, sunt: Ahmad Muhammad Syakir, t.t, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi, Bayrouth). Seterusnya Hassan al-Saqqaf MENSAHIHKAN HADITH INI. (Sahih Sifatussolat al-Nabi, 1993, Dar Imam al-Nawawi, Jordan).

Bagi saya, hadis ini turut di ulas oleh al-Mubarakfuriy di dalam Tuhfat al-Ahwazi dan didatangkan beberapa kesaksian padanya, seperti riwayat Muslim di atas. Di samping itu, lihat juga Syarh al-Nawawi ke atas Sahih Muslim m/s 180 juz 15 1392, cet, Dar al-Ihya' Thuras al-Arabiy, Bayrouth.) Ternyata huraian ini mampu membuktikan bahawa sanad dan matannya adalah sahih dan teriebih kuat daripada apa yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak walaupun ianya juga ditashihkan oleh Ibn Taimiyah.

Hadis tersebut berbunyi: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu yang mana jika kamu berpegang teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnah NabiNya." Hassan al-Saqqaf menjelaskan: "Bagi saya, hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak m/s 93 juz 1. Pada SANADNYA TERDAPAT ABU U’WAIS dan ANAKNYA. Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi, Tahdzib al-Kamal fi Asma at-Rijal m/s 127 juz 3, (Muassasah al-Risalah, Bayrouth, 1406H) ketika menyentuh tentang biografi Ibn Abi Uwais, beliau memuatkan pendapat orang yang MENTAJRIHKANNYA. Diriwayatkan daripada Ibn Ma'in mengatakan bahawa KEDUA-DUANYA ADALAH LEMAH DAN MENCURI HADITH, serta mukhallith (HAFALAN MEREKA BERCAMPUR-BAUR) dan BERDUSTA."

Kemudian Hassan al-Saqqaf memuatkan pendapat Abu Hatim, al-Nisa'ie, Abu Qasim al-Laalakaei, dan Ibn Adiyy tentang biografi Ibn Abu Uwais. MAJORITI MEREKA MENTAJRIHKANNYA. Seterusnya Hassan al-Saqqaf juga menuqilkan pendapat Ibn Hajar AL-ASQALANIY yang berbunyi: "Atas dasar itu, hadis Ibn Abi Uwais TIDAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH selain yang terdapat di dalam sahih kerana tajrih yang dilakukan oleh al-Nisa'ie dan Iain-lain." (Muqaddimah Fath al-Bari m/s 391, t.t, Dar al-Ma'rifah).

Menurut Hassan al-Saqqaf lagi,: "Sesungguhnya Imam AL-HAKIM telah MENGIKTIRAF KEDHAIFAN HADITH TERSEBUT sehingga BELIAU TIDAK MENTASHIHKANNYA. Sebaliknya, beliau hanya mendatangkan (syahid) kesaksian terhadap hadis tersebut melalui riwayat Abu Hurairah.(al-Mustadrak m/s 171 juz 1, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Bayrouth). Sambung beliau lagi: "Akan tetapi, HADITH TERSEBUT (riwayat Abu Hurairah) adalah wahin (TERLALU LEMAH) dan isnadnya jatuh sehingga nampak ketara kelemahannya." (Sahih Sifat al-Solat al-Nabi m/s 290,1993, Dar al-Imam al-Nawawi, Jordan)

Melalui perbincangan singkat ini, ternyata jelas kepada kita BAHAWA RIWAYAT MUSLIM DAN AHMAD ITU TERLEBIH SAHIH BERBANDING AL-HAKIM Lagi pula hadis yang disebut al-Hakim bermasalah dari sudut sanadnya. Permasalahan itu secara jelas menentang lafaz Muslim. Tegasnya, apakah halatuju ilmiah Mohd Asri untuk mengaitkan hadis ini dengan al-Saqqaf sebagai Syiah?

ULASAN
*Dalam masalah hadith itu, sikap al-Saqqaf memang terpuji dan sepatutnya sikap beginilah yang dicontohi oleh Ustaz Asri dan para Wahabi lain. Al-Saqqaf secara jujur mengakui hadith AL KITAB DAN KELUARGAKU lebih kuat daripada hadith AL KITAB DAN SUNNAHKU walaupun dia tahu sedikit sebnayak puak Syiah akan berasa gembira.
Tapi al-Saqqaf menyatakannya KERANA KEBENARAN, bukan atas sebab-sebab politik- oleh kerana hadith itu nampak memberi sedikit kelebihan kepada puak Syiah, maka kita kena berbohong atau diamkan saja- ini bukan cara terpuji, bukan cara al-Saqqaf.
Ini amat berlainan dengan sikap para Wahabi dan Ustaz Asri khususnya. Kalau sesuatu kenyataan itu nampak akan menjatuhkan saham Ibnu Taimiyyah, terus ditentangnya habis-habisan walaupun kenyatan itu benar. Segala kelemahan dan kesalahan Ibnu Taimiyyah kalau boleh mahu disorok sedalam-dlamnya- menyebutnya pun tak usah.
Mereka mengatakan kebenaran bergantung kepada situasi politik. Mana yang akan memberi kelebihan kepada pihak lawan, maka kebenaran itu mestilah didiamkan.

*Daripada kedua-dua hadith tadi, yang manakah yang lebih sahih?

Jawapan: ……………………….

*Salah/ berdosakah kita kalau mengatakan hadith Al Kitab dan Ahlul Bait lebih sahih?

Jawapan: ………………………..

USTAZ ZAMIHAN
Seterusnya Mohd Asri cuba memperlekehkan saya-semoga Allah mengampuni anda- ketika memaparkan IJAZAH AM yang saya perolehi dari Hassan al-Saqqaf. Beliau sebagai memetik : "Aku berpesan kepada ENGKAU agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan ahli al-Bait." Sebenarnya lafaz ijazah itu berdhamir "ha" bukannya"kafal-Mukhattab" yang bermaksud engkau. Walaupun maksudnya sama, tapi tujuan percakapan atau khitab ijazah itu DITUJUKAN KEPADA ORANG RAMAI DAN BUKANNYA SAYA. Nampaknya beliau bukannya seorang yang professional dalam penterjemahan. Berkenaan dengan Ijazah pula, saya Sebenarnya meriwayatkan daripada Hassan al-Saqqaf daripada Syeikh Abdullah b. al-Siddiq al-Ghumari daripada al-Qadhi Abd al-Hafiz al-Faasi daripada Yusuf al-Suwaidi al-Baghdadi daripada Sayyid al-Murtadza al-Zabidi daripada Abu Muhammad al-Mazjaji daripada Sayyid Imaduddin Yahya b. Umar al-Ahdal al-Husaini daripada Sayyid Abu Bakar b. Ali al-Battah al-Husaini daripada Sayyid Yusuf b. Muhammad al-Battah daripada Sayyid al-Hujjah Tahir b Husin al-Ahdal daripada Abd Rahman b. Ali al-Syaibani daripada al-Hafiz al-Sakhawi daripada al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani daripada al-Burhan al-Tanuukhi daripada Abu Abbas al-Hujjar al-Salihi daripada Abd Awwal al-Sajzi al-Harawi daripada Abu Hasan Abd Rahman al-Dawudi daripada Abu Muhammad b. Abdullah al-Sarkhi daripada al-Firbari daripada al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad b. Ismail al-Bukhari.

Pemaparan ijazah ini hanyalah sekadar makluman sahaja. la bukanlah dengan niat untuk mengkhayalkan diri saya pada dunia riwayat yang telah terputus sejak tahun kebelakangan ini. Saya rasa MOHD. ASRI TENTUNYA SEMPAT MEMILIKI SANAD ATAU MERIWAYATKAN KARYA DARIPADA AL-BAANI ATAUPUN DARIPADA IBNU TAIMIYYAH SENDIRI. Kita boleh melihat kefahamannya tentang sesuatu permasalahan dengan jelas hasil dari sanad ini. Atau dengan kata lain, dia bukannya menyatakan sesuatu yang hanya MENURUT TANGGAPAN DIRINYA dan boleh dianggap benar.

Selanjutnya Mohd Asri mengatakan (sebagai intipati besar suratkhabar): "Hassan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan ulamak bersepakat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Umar lebih afdal daripada Sayyidina Ali. Muridnya (saya) yang menulis buku itu turut membantah sama dalam buku itu." (Berita Harian, 30 Julai).
Sememangnya saya menyenaraikan dakwaan Ibn Taimiyyah ini di dalam buku saya "Salafiyah Wahabiyah" pada m/s 99 dan 111. Di dalam buku tersebut saya cuba membuat perbandingan antara pendapat ibn Taimiyyah dengan para ulamak yang lain mengenai "kesepakatan" YANG DIDAKWA OLEH BELIAU tentang siapakah yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Di dalam Minhaj al-Sunnah m/s 3-15 juz 3 IBNU TAIMIYYAH MENDAKWA telah berlaku KESEPAKATAN DI KALANGAN ULAMA (TERMASUK SUFI) bahawa Sayyidina Abu Bakar lebih afdal dari Sayyidina Ali kwh.

Akan tetapi, pabila kita membuka al-isti’ab m/s 32 juz 3, Imam Ibn Abd al-Barr menyatakan bahawa telah BERLAKU PERSELISIHAN PENDAPAT DI KALANGAN SAHABAT tentang siapakah sebaik-baik manusia secara keseluruhannya selepas Rasulullah SAW. Kemudian, Ibn Abd al-Barr menuqilkan perselisihan tersebut. Katanya: "Dan para salaf berbeza pendapat dalam menentukan siapakah yang paling baik (selepas Rasululah SAW) antara Ali dan Abu Bakar ra." Manakala pada halaman al-isti’ ab 27 juz 3, Ibn Abd al-Barr mencatatkan nama-nama sahabat yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal. Manakala pada m/s 15 juz 3 ketika menterjemahkan Abi Thufail, Ibn Abd al-Barr kemudiannya mengatakan : "Dia (Ibn Thufail) mengakui keutamaan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a akan tetapi dia mentaqdimkan Sayyidina Ali".

Penulis juga kami minta jawapan ke atas fakta sejarah sahabat Nabi yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib lebih afdal dari Abu Bakar dan sahabat yang lainnya. Namun tanpa sedikitpun mengecilkan kedudukan sayyidina Abu Bakar dan pembesar sahabat yang lain. Seterusnya, kami persilakan penulis untuk menengok kitab al-Bahits an Ilalit ta ni' bil Harith karya Sayyid Abdul Aziz al-Ghumari hal 14. Beliau menyebut tidak kurang dari 18 nama sahabat Nabi SAW di tambah pendirian seluruh bani Hasyim dan bani Muttallib yang berpihak kepada Sayyidina Ali KWH. Apakah pendirian anda berhubung dengan masalah ini. Adakah anda masih tetap berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah atau dengan mengikuti dalil ilmiah yang benar lag! jelas.?
Kemudian saya persilakan saudara untuk menghayati beberapa bukti lain yang menjelaskan perselisihan ini. Antaranya:

(a) IMAM AHMAD BIN HANBAL dan Ishaq al-Qodhi serta AL-NASAI mengatakan: "Tidak pernah diriwayatkan keutamaan seorang sahabatpun sebagaimana riwayat keutamaan terhadap ALI BIN ABI TALIB" (lihat al~Istia’b, Ibn Abd al-Barr m/s 3 juz 15, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak m/s 3 juz 107, t.t, Dar al-Ma'rifah).
(b) ABU HURAIRAH r.a berpendirian bahwa JA’FAR BIN ABI TALIB adalah sahabat yang paling afdal (Sunan al-Kubra Lil al-Nasai'ie m/s 47 juz 5).
(c) SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB r.a berkeyakinan bahawa manusia yang paling afdal dan paling dicintai Rasulullah s.a.w. adalah FATIMAH BINTI RASULULLAH s.a.w. IMAM MALIK juga berpendapat seperti itu. ( al-Hawi Lil Fatawa karya Imam al-Suyuthi m/293 juz 2, lihat pula Ali Imam al-Arifin karya al-Hafizd Ahmad bin Shiddiq al-Ghumari halaman 59,1969, Matbaah al-Saadah, Mesir.)

Dan keperihalan ini, saya saringkan secara mudah di dalam Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi sayangnya cuba digambarkan sebagai memusuhi Ibn Taimiyah dan memfitnah beliau. Gambaran ini sebenarnya adalah ilustrasi dari RASA FANATIK DAN TAKSUB kepada seseorang tokoh. Dan ketaasuban terhadap seseorang tokoh BUKANLAH METODOLOGI Ahli Sunnah wal Jamaah.

ULASAN
*Mudah saja.
Para sahabat dan para ulama ada pendapat masing-masing tentang siapakah yang paling afdhal selepas Rasulullah. Al-Saqqaf dan Ustaz Zamihan senaraikan pendapat2 itu. Ini menunjukkan ulama tidak 100% sepakat mengatakan Abu Bakar lebih afdhal daripada Ali, cuma kebanyakan ulama sepakat mengatakan begitu.
Jadi, memang betullah tindakan al-Saqqaf.
Ibnu Taimiyyah menceritakan perkara yang tidak betul iaitu 100% ulama SEPAKAT kata Abu Bakar lebih afdhal daripaad Ali. Ini satu penipuan (atau kelemahan dalam mengkaji). Oleh kerana al-Saqqaf tahu yang kenyataan itu salah, maka dibetulkannyalah- bahawa bukan 100% ulama kata begitu, ada juga ulama yang kata lain.
Apakah Ustaz Asri juga mahu al-Saqqaf bersikap seperti Ibnu Taimiyyah yang cuba berbohong (atau tersalah mengkaji) dalam hal ini?
Sekiranya Ustaz Asri sudah berani suatu hari nanti untuk mengajar/ menulis artikel/ buku tentang kelemahan dan kesalahan Ibnu Taimiyyah, tolong masukkan pembohongan ini sekali. Jangan disorokkan pula hanya semata-m,ata untuk memenangkan fahaman Wahabi.

*Ustaz Asri dan Ibnu Taimiyyah mengatakan para ulama SEPAKAT bahawa Saidina Abu Bakar adalah yang paling afdhal selepas Rasulullah. Betulkan para ulama BERSEPAKAT?

Jawapan: …………………………….

USTAZ ZAMIHAN
Justeru, ketika mengakhiri perbincangan masalah ini, secara ringkasnya di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 111 saya mengatakan: "Tetapi sebenarnya Ibn Taimiyah tersilap, ini kerana perihal perselisihan tersebut telah kami bawakan di dalam contoh perselisihan al-Salaf (melalui al-Isti'ab-Ibn Abd al-Barr dan bukti yang lainnya). Oleh yang demikian, PENDAPAT IBN TAIMIYYAH INI TERSANGGAH dan disanggah oleh para sufiyyah..."

Di sini, kita melihat kewajaran bagi sesuatu pendapat samada ianya diterima ataupun ditolak. Lebih-lebih lagi jika pendakwaan itu tidak benar sama sekali walau dari siapapun asalkan bukannya Anbiya'. Alasannya, sesiapa sahaja yang menghikayat atau menisbahkan sesuatu yang tidak benar secara automatik ditolak. Samada secara keras ataupun tidak ianya bergantung kepada sikap individu dengan nilai hakikat yang telah didakwa. Tegasnya, kemarahan Hassan al-Saqqaf dan ulamak yang lain terhadap Ibn Taimiyyah adalah bersebab dan ada musababnya yang tersendiri.

Sayangnya, sikap Mohd Asri yang cuba menyatakan pententangan kami terhadap Ibn Taimiyyah dalam masalah ini cuba digambarkan sebagai pelampau dan penyokong kepada fahaman Syiah. Hal ini terbukti dengan katanya: "Maka cara terbaik untuk mempertahankan Syiah ialah dengan menghentam habis-habisan Ibn Taimiyyah." Subhanallah. APAKAH HANYA IBN TAIMIYYAH SAHAJAYANG MEMPERJUANGKAN AHLI SUNNAH DAN MENLAK SYIAH Ataupun , ulamak lain tidak mempunyai jasa menentang hujah Syiah.
Ketahuilah dengan mengkritik atau menolak pendapat Ibn Taimiyyah bukan bermakna seseorang itu penganut Syiah. Jika anda tetap dengan TEORI BUTA INI, bererti anda menghukum sesiapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan Ibn Taimiyyah dianggap sebagai Syiah. Berapa ramai ulamak yang disyiahkan oleh saudara akibat kefahaman saudara yang keliru dengan makna 'syiah'. Sesungguhnya, kami berlepas diri dari tuduhan yang tidak berasas ini. Sebagai buktinya:

Pertama:
Sayyid Hassan al-Saqqaf di dalam semua karyanya apabila MENYEBUT NAMA SAIYIDINA ABU BAKAR, beliau selalu MENGAKHIRINYA DENGAN KATA-KATA RADIYALLAHUANHU DAN DIAWALI DENGAN KATA SAYYIDINA sebagai satu kemuliaan. Apakah perbuatan seperti ini melambangkan sikap seorang syiah seperti dituduhkan. Sila LEBIH LEBIH TUJUH PULUH KARYA Hassan al-Saqqaf sebelum membuat pertuduhan ke atas beliau.

Kedua:
Hassan al-Saqqaf tidak pernah menyatakan baik dalam karyanya mahupun pengajarannya bahawa khilafah Sayyidina Abu Bakar ra tidak sah. Bahkan BELIAU MENGAKUI SEBAGAI KHALIFAH RASYIDIN YANG PERTAMA.

Ketiga:
"Jika seseorang menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib lebih afdal dari Sayyidina Abu Bakar maka dia seorang syiah yang sesat. Ini bererti penulis belum boleh mampu untuk MEMBEZAKAN SYIAH YANG BERERTI CINTA KEPADA KELUARGA NABI s.a.w. (sebagai mana yang di perintahkan oleh al-Quran dan hadiths shahih dengan tidak sedikitpun melupakan keagungan shahabat nabi yang lain) dengan SYIAH YANG BERERTI RAFIDAH (MAZHAB) YANG TERCELA. laitu aliran bagi mereka menganggap para pembesar sahabat Nabi s.a.w. telah sesat serta khilafah tiga sahabat agung tidak sah, mentakfirkan sesetengah sahabat, kesilapan wahyu, penambahan al-Qur'an, mengharuskan nikah mut'ah dll.

Jelasnya, tuduhan semacam ini juga pernah di lakukan oleh mereka yang hasad dengan ulamak besar lebih-lebih lagi yang berketurunan Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan (al-Bayt). IMAM SYAFIE PERNAH DITUDUH SEBAGAI SYIAH sehingga beliau melantunkan syairnya yang terkenal berbunyi:

"Seandainya CINTA KEPADA KELUARGA NABI Muhammad s.a.w. dikira Rafidah, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah". (Diwan Imam al-Syaf i, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihatjuga pada halaman 75,106,126)

Imam AL-NASA’I juga memilik nasib yang serupa bahkan lebih keras bentuk tohmahan yang tidak benar dilemparkan kepada beliau baik secara moral maupun keilmuan.BELIAU JUGA DITUDUH SYIAH OLEH IBNU TAIMIYYAH al-Zahabi, Ibn Khaliqan dll. Jika benar tuduhan ini ia membuatkan Sunan beliau tertolak dan inilah yang dikatakan salah satu daripada khazanah Imam ahli sunnah dirobohkan.

Menyentuh tentang ulamak yang menolak pendapat Ibn Taimiyah ianya bermula daripada ulamak yang sezaman dan selepas beliau hingga sekarang. IBNU HAJAR AL-HAITHAMI dalam beberapa kitabnya seperti Fatawi Haditsiyah m/s 203 mengatakan: "JANGAN SEKALI-KALI KALIAN MENDENGAR APAYANG ADA DALAM KITAB-KITAB IB TAIMIYYAH DAN MURIDNYA IBN QAYYIM. DAN SESIAPA SAJA SELAIN MEREAK YANG MENUHANKAN HAWA NAFSUNYA Lihat juga pada halaman 114, 116 dan pada Hasyiyah al-Idhoh. Anda juga disaran untuk melihat kitab^///mom al- 'Arifin karya al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Siddiq al-Ghumari m/s 53- 57,1969, cet Matbaah al-Saadah, Mesir).

ULASAN
*Sama macam sikap Amerika hari ini. Siapa yang tidak menyokongnya terus DICOP sebagai pengganas, militant dan lain-lain. Itulah sikap Ibnu Taimiyyah dan kini diwarisi oleh Ustaz Asri. Siapa yang kontra saja dengan Ibnu Taimiyyah, maka terus dicop musuh ASWJ.
Jika Ustaz Asri melibatkan diri dalam tasauf kesufian, mungkin dia boleh sedar betapa banyaknya sifat mazmumahnya di sepanjang artikel tulisannya itu sahaja, yang di luar entahlah lagi.
*Jelasnya, dengan mencintai dan mengambil berat akan keturunan Nabi Muhammad, itu tidaklah menjadikan kita Syiah sebagaiaman yang dituduh oleh Ustaz Asri. Ahlul Bait (keturunan Nabi) juga berada dalam kalangan ASWJ hingalah ke hari ini, bukan dalam Mazhab Syiah saja.

*Kata Ustaz Asri: “Maka cara terbaik untuk mempertahankan Syiah ialah dengan menghentam habis-habisan Ibn Taimiyyah.” Betulkah apabila kita mengkritik Ibnu Taimiyyah maka itu membuktikan kita Syiah?

Jawapan: ……………………..

USTAZ ZAMIHAN
Seterusnya, Mohd Asri mendatangkan PUJIAN IMA AL-SAYUTI terhadap Ibn Taimiyah di dalam Tabaqat al-Huffaz sebagai tatapan pembaca. Bagi saya, perkataan Imam al-Suyuti bukanlah wahyu (dengan tidak mengurangi kemuliaan beliau selaku ulama besar) yang tidak mengandungi sebarang kesalahan. Apa erti sesuatu pujian jika kita dapati terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah dalam masalah aqidah seperti qidamul alam (suatu yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil, maqam mahmud, nisbah al-Salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan banyak lagi.

Begitu juga halnya terhadap pujian yang diberikan oleh Ibn Hajar AL-ASQALANI terhadap beliau di dalam Durar al-Kaminah sewaktu menulis biodatanya dari awal. Apakah tuduhan tajsim dan nifaq daripada ulama yang sezaman Ibnu Taimiyah seperti Syihabuddin IBN JAHBAL(630-733H) di dalam kitabnya al-Haqaiq al-Jaliyyah, Imam Ibn Hajar AL-HAITHAMIdi dalam al-Fatawi al-Hadithiyyah, Imam Abd Wahab AL-IKHMIMI di dalam Munqidz min al-Zulal itu adalah dusta. (lihat biografinya dalam Zail al-Ibar m/s 141 juz 1, Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra, Ibn al-Subki m/s l23 juz 10).

Bagaimana pula dengan PENOLAKAN HUJAH DARIPADA ULAMA LAIN seperti IMAM TAQIYUDDIN AS-SUBKI di dalam Durar al-Mudhi'ah dan I'tibar bifana al-Nar, IMAM WALIYUDDIN AL-IRAQI di dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah, IMAM TAQIYUDDIN AL-HISNI di dalam Daf'u Shubhah man Syabbaha wa Tamarrad, IBN REJAB AL-HANBALI di dalam Syazarat al~Zahab, dan IMAM AL-ZAHABI sendiri selaku MURID yang pemah bergurukan kepada IBN TAIMIYYAH di dalam Bayan Zaghl al-Ilmi wa al-Thalab.

Selain itu, anda juga boleh melihat apa kata Sayyid Alwi bin Thohir BEKAS MUFTI JOHOR dalam kitabnya al-Qoulul Fashl juz 2 halaman 415-431. Di sana ada disebutkan pendapat mereka tentang kitab-kitab Ibn Taimiyah dan bahannya.

Dengan melihatkan kepada pendapat kebanyakkan ulamak muhaqqiq di atas, secara automatik boleh dikatakan bahawa pujian Abu Hasan AN-NADAWI ra selaku president Rabitah al-Adab al-Islami HANYALAH BERSIFAT MENUQIL BUKANNYA MENGANALISI FAKTA. Walaupun beliau banyak menulis karya-karya Islam (dengan segala penghormatan kami terhadap jasa-jasanya terhadap Islam) tetapi BELIAU BUKANLAH SEORANG PAKAR ISLAM yang biasa dikenal dengan alim muhaqqiq. Justeru, perkataan beliau bukanlah hujah terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Masih ramai ulamak selain dari beliau yang sangat kami yakini dan diakui keimamam mereka berbanding Abu Hasan al-Nadawi. Lagipun menurut sumber yang rapat dari India beliau agak bios dengan aliran Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi keberkesanan ihnu dakwahnya mampu menjadikan beliau seorang SALAFIYAH YANG LEMBUT.

ULASAN
*Apakah dalam kitab-kitab As-Sayuti dan Asqalani ADA AJARAN-AJARAN IBN TAIMIYYAH yang ditentang oleh kebanyakan para ulama itu? Tak ada!
Kalau ada, pasti Sayuti dan Asqalani juga ditentang dalam hal-hal yang sama.
Ini menunjukkan, boleh jadi tidak sampai ke pengetahuan mereka atau tidak mereka kaji tentang kesalahan dan kelemahan Ibnu Taimiyyah. Jadi mereka memuji berdasarkan perkara betul yang mereka tahu tentang Ibnu Taimiyyah sahaja..
Sekiranya perkara2 yang lemah dan salah itu mereka akui, pasti ada juga ditulis dalam kitab-kitab mereka- malangnya tak ada pun.
* Ibn Hajar AL-ASQALANI sendiri MENGECAM DENGAN KERAS PENDAPAT IBN TAIMIYYAH di dalam Path al-Bari m/s 66 juz 3 benbunyi "Hasilnya mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan KAMI MENENGKARINYA. INILAH SEBURUK-BURUK MASALAH YANG DINUKILKAN DARIPADA IBN TAIMIYYAH." (Path al-Bari, Ibn Hajar, t.t, Dar Ma'nifah, Bayrouth). Anda juga disarankan untuk menatapi penolakan hujah Ibn Hajar al-Asqalani terhadap Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari ketika beliau mengomentani hadis "Dan wujud Allah itu tidak ada sesuatupun sebelumNya."


USTAZ ZAMIHAN
Dalam ulasannya juga, Mohd Asri sekali lagi membohongi pembaca dengan membuat gambaran yang buruk tentang saya. Hal ini terbukti dengan dakwanya: 'dalam buku Salafiyyah Wahabiyah, penulisnya juga menghentam kitab Ibn Taimiyah itu berkali-kali sebagai mengikut jejak langkah gurunya itu DENGAN TUDUHAN SESATdan seumpamanya." Sebenarnya SAYA TRIDAK PERNAH MENYATAKANNYA SEDEMIKIAN (sesat). Sebaliknya perkataan ini adalah hasil kreativiti pembohongan dan tokok-tambah Mohd Asri sendiri. Suka saya ingatkan bahawa pada m/s 101 (ketika membicarakan tentang aliran salaf lbn Taimiyyah) saya mengatakan: "Mengapa semakin rancak seruannya ke arah al-Salaf, semakin ramai pula ulamak yang bangun menentang aliran salafnya."

ULASAN
*Satu lagi pembohongan, satu lagi sifat mazmumah.

*Katakanlah Imam Bukhari menemukan sebuah hadith yang dalam sanad hadith itu terdapat seorang perawi yang sikapnya seperti Ustaz Asri ini (berdusta). Agaknya apakah nilai hadith tersebut di sisi Imam Bukhari? Sahih? Hasan? Dhaif? Sangat dhaif?

Jawapan: ……………………………..
(Pengajaran- ambillah agama daripada orang yang layak meriwayatkan ilmu agama)

USTAZ ZAMIHAN
Pada m/s 103 pula, saya mengatakan: "Sungguh aneh sekali apa yang dipepegangi oleh Syeikh Islam ini." laitu pendapat beliau yang mengatakan bahawa Allah S.W.T itu jisim tetapi bukan jisim. (Lihat Ta 'sis firadd ala Asas al-Taqdis, Ibn Taimiyah, m/s 101, 568 juz 1). Kemudian pada m/s 105 saya katakan: "Oleh itu, dakwaan Ibn Taimiyah adalah tidak benar sama sekali. (Salafiyah Wahabiyah).

Seterusnya, dalam membahaskan pegangan ke-3 Ibn Taimiyah yang menyifatkan bahawa: " JIKALAU TUHAN KEHENDAKKAN NESCAYA DIA DOLEH MENETAP DI ATAS BELAKANG NYAMUK." Saya katakan "Sebagai ikutan kita terhadap Ibn Taimiyyah, kita memang mengakui bahawa Allah itu berkuasa atas segala-galanya. TETAPI ALLAH TIDAK MELAKUKAN SESUATU YANG MUSTAHIL BAGI ZAT-NYA YANG MAHA SUCI. Seumpama Allah SWT menafikan dirinya dari beranak dan tidak pula diperanakkan di dalam surah al-Ikhlas" Di akhir perbincangan pula, saya rumuskan: "Justeru, sebagai kesimpulan, tidak seharusnya bagi kita mempraktikkan PENDAPAT IBN TAIMIYYAH INI. IA BANYAK MENGANDUNGI KESAMARAN DAN KEMUSYKILAN (Salafiyah Wahabiyah) Pada m/s 108 saya katakan : "Berdasarkan kepada kupasan tentang riwayat di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Ibn Taimiyyah kurang berhati-hati di dalam menggunakan hadis sebagai dalil aqidahnya." (Salafiyah Wahabiyah).

ULASAN
*"Jikalau TUHAN kehendakan necsaya Dia boleh MENETAP DI ATAS BELAKANG NYAMUK."- Itulah pegangan Ibnu Taimiyyah.
Harap Ustaz Asri dengan jujur dapat menulis tentang hal ini, sekurang-kurangnya sebelum dia dijemput Ilahi, jangan didiamkan saja.
*Kalaulah hari ini Al Albani keluarkan sebuah buku dan di dalamnya beliau mengakui “Jikalau TUHAN kehendakkan nescaya Dia boleh BERADA DI BAWAH PERUT BABI”……… agak-agak apa padah yang bakal dia terima?
Adakah dia akan disanjung? Atau dia difatwakan sesat?
Apakah Yusof Qaradhawi akan bersetuju dan meminta manusia menyanjung Al Albani?
Tapi rasanya Ustaz Asri akan terus menyanjung Albani atas dasar sama-sama berfikrah Wahabi, dan kesalahan Albani itu akan cuba didiamkannya sedapat mungkin.

*Betulkah Tuhan kalau mahu boleh duduk di atas belakang nyamuk? Layakkah Tuhan begitu?

Jawapan: ……………………..

USTAZ ZAMIHAN
Di akhir perbahasan masalah aliran Salafi Ibn Taimiyyah, saya buat sedikit rumusan "Kesilapan beliau MENYANDARKAN PEGANGAN INI KEPADA SALAF YANG SEBENAR menjadi punca kekeliruan umat masa kini dalam mengenali perspektif akidah al-Salaf yang sebenar... Kita melihat jika pengakuan mereka sejajar dengan pegangan ulamak salaf yang asal, maka kita kena mengakui kebenarannya. Sebaliknya, jika pengakuan itu tidak menepati konsep sebenar sebagaimana yang telah diamalkan oleh ulamak salaf, maka apalah ertinya satu sandaran yang hanya menimbulkan perpecahan dan konflik yang berpanjangan." (Salafiyah Wahabiyah, m/s 126)

ULASAN
*Kerosakan(atau kekeliruan) yang dihasilkan oleh Ibnu Taimiyyah ialah apabila dia menyandarkan segala pegangannya termasuklah yang karut-marut seperti Tuhan berada di belakang nyamuk dll kepada salafussoleh. Dakwanya inilah pegangan Nabi Muhammad dan para salaf as soleh. Lebih malang lagi apabila orang bawahannya terus percaya!

USTAZ ZAMIHAN
Setelah saya menuqilkan pendapat para ulamak berkenaan Ibn Taimiyyah, saya buatkan satu kesimpulan ringkas berbunyi "Sungguhpun Ibn Taimiyyah salah SEORANG ULAMAK ahli sunnah wal Jamaah, namun KREDINILITI BELIAU sebagai seorang tokoh DIPERTIKAI OLEH ULAMA. Bahkan MEREKA MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT KEPADA BELIAU... .namun begitu, dalam beberapa penilaian, kita akan dapati penyokong Ibn Taimiyyah tetap berpegang dan taksub kepada pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebathilannya yang menyalahi ijma' dan pandangan ulamak besar yang Iain. Natijahnya, perlulah bagi KITA MEMBUAT PERTIMBANGAN YANG WAJAR antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah untuk mencari jalan penyelesaiannya" (Salafiyah Wahabiyah m/s 131).

Justeru, kritikan saya terhadap Ibn Taimiyyah adalah jelas bahawa ianya bersumberkan kepada ulamak yang mu'tabar. lanya hasil daripada para ulamak yang tidak bersependapat dengan Ibn Taimiyah sebagimana yang telah saya kemukakan di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 127.

ULASAN
*Jadi, Ustaz Zamihan tidak membuat hukuman membabi-buta ke atas Ibnu Taimiyyah. Dia hanya memberitahu kita hukuman2 yang dibuat oleh ulama-ulama terdahulu ke atas Ibnu Taimiyyah. Dan Ustaz Zamihan minta supaya pembaca membuat penilaian pro dan kontra. Itu saja.
Entah dari mana tiba-tiba Ustaz Asri terperasan bahawa Ustaz Zamihan menghentam tokoh ikutannya, lalu terus dia menghentam Ustaz Zamihan sebagai MUSUH AHLI SUNNAH.
Sepatutnya, sebagai seorang Islam yang professional, dia juga menghidangkan pro dan kontra Ibnu Taimiyyah mengikut ilmu yang ada pada dirinya pula, bukan terus menghukum, menyerang, memfitnah dll.
Kita boleh lihat sendiri, siapa yang tasaufnya (nilai-nilai moral- mahmudah) lebih baik.
Hairan, orang yang sebegitu kuat berpegang kepada Al Quran dan hadith (kononnya) boleh mempunyai nilai moral yang rendah, malah disarangi pula dengan sifat-sifat mazmumah.
Apakah Al Quran dan hadith itu tidak memberi kesan kepada dirinya? Jika benar, ini membuktikan dia tidak mendapat manafaat daripada ilmunya.


USTAZ ZAMIHAN
Maka jelaslah kepada kita bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas, mempunyai tokoh tambah dan berunsur fitnah terhadap saya. ANDALAH SEBENARNYA YANG SUKA MEMBUAT PENGKHIANATAN ILMU DAN MEWARISI SIKAP PENULIS ORIENTALIS DAN TOKOH SYIAH.

Tidak cukup dengan itu, untuk mengelirukan pembaca, Mohd Asri cuba menggambarkan saya sebagai seorang yang mengkhianati ilmu (B. Harian 30 Julai). Dakwaan beliau bahawa saya menyenaraikan percanggahan pendapat itu adalah tidak wajar dan satu pengkhianatan adalah tidak benar sama-sekali. Sebenarnya, masalah perselisihan pendapat yang saya perbincangkan di dalamnya bukanlah diukur dan sudut jangkamasa hidup seseorang ulamak dengan seorang yang lain atau dalam erti kata sezaman. Akan tetapi fokus perbincangan saya ialah mengenai metologi Ibn Taimiyyah di dalam memahami dan mempraktikkan nusus al-Sifa tdan al-Dzat. Keengganan beliau untuk mentakwil bahkan mengambil nusus secara zahir itu adalah jelas bertentangan dengan para ulamak yang terdahulu dan selepasnya. Sebab itulah saya senaraikan percanggahan kaedah beliau dengan para ulamak yang lain supaya para pembaca mampu membuat perbandingan. Sekaligus rnenilai kaedah manakah yang lebih tepat dan praktikal antara keduanya.

Penentangan konsep takwil dan mengambil nas secara zahir sebenamya telah saya bincangkan pada m/s 65 lagi. Akan tetapi, Mohd Asri sengaja menggetus pada bahagian tertentu supaya simpati pembaca terhadap beliau dan al-Wahabi dapat diraih. Takkan seseorang yang berjiwa akademik tidak pandai untuk membezakan antara percanggahan pendapat yang didasarkan kepada metodologi dengan perselisihan pendapat semasa yang benlaku antara ulamak. Justeru itu, adalah tidak salah jikalau saya mendatangkan pendapat Imam al-Haramain, Imam al-Laqqani, Ibn Jauzi, AI-Bajuri, Imam al-Nawawi, Imam Qurtubi, Qadhi Abd Jabbar al-Mu'tazili, Imam Fakhruddin al-Razi, Ibn Hajar al-Haitahami, Imam al-Suyuthi, Ibn Asakir dan al-Zarqani.

Secara dasamya METODOLOGI MEREKA BERTENTANGAN dengan apa yang dikemukakan oleh IBN TAIMIYYAH. Dan inilah sebenarnya yang perlu kita bincangkan apabila sesuaru perbincangan ini menyentuh sesuatu dasar atau idea yang dikemukakan oleh ulamak. Maknanya, BUKAN SAKHSIAH, JASA DAN KETOKOHAN YANG INGIN Akan tetapi KAEDAH ATAU METODOLOGI DAN KESANNYA YANG PERLU DIBAHASKAN. Oleh itu, sesuatu pendapat dari seorang ulamak walaupun tidak ditujukan kepada Ibn Taimiyah tetap boleh diambil kira berdasarkan kepada sesuatu metod tersebut. Perbandingan ini berhak untuk dianalisis walaupun tanpa mengambil kira tarikh wafat para ulamak. Dari sini, kita mampu melihat sejauh mana implikasi metod tersebut memberi kesan kepada masyarakat. Sayangnya, bilamana Mohd Asri tidak mengerti perbahasan yang saya kemukakan beliau menganggap saya telah membual pengkhianatan ilmu dan pembohongan terhadap ulamak. Dia sungguh tidak mengerti apa yang saya kemukakan kerana ketebalan taksubnya kepada Ibn Taimiyah tidak mampu dilucut dari mindanya.

Justeru, jika pertentangan kaedah mengambil zahir nas daripada Ibn Taimiyah ini didakwa beliau tidak wujud, saya dengan hormatnya mencabar beliau agar tajuk ini diperbincangkan dalam ruangan yang akan datang di Berita Harian.
Melalui keterangan ini, sekali lagi saya dapat buktikan bahawa tuduhan Mohd Asri adalah melampau dan tidak berasas. Ternyata, dia sebenarnya seorang yang bias kepada Salafiyah Wahabiyah sehingga tidak mampu untuk membuka ruang mindanya berfikir secara terbuka dan kritis. APABILA SALAFIYYAH-WAHABIYYAH DINILAI, IANYA SEOLAH-OLAH TERKENA KEPADA BATANG HIDUNGNYA. Jika metodologi Ibn Taimiyah diperbincangkan seolah-olah kita mencela atau menghina idola mereka. Justeru untuk menyedapkan rasa pihak yang tidak sependapat dengan beliau, KAMI DITUDUH SYIAH, pengkhlanat, orientalis dan sebagainya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia.

ULASAN
* Kalau sudah ekstrim begitulah jadinya.
Apabila orang nak kritis sikit dengan Ibnu Taimiyyah terus rasa agama Islam seluruhnya cuba dirosakkan.
Apabila orang nak kritis sikit dengan fikrah Wahabi terus rasa ajaran sebenar Islam sedang diselewengkan.
Secara tidak langsung walaupun tak diakui di mulutnya, bolehlah kita buat kesimpulan bahawa:
Bagi Ustaz Asri, Ibnu Taimiyyah (dan fahamannya) itulah Islam dan Islam itu adalah Ibnu Taimiyyah (dan fahamannya)
Dan boleh jadi juga, fikrah Wahabi itulah Islam dan Islam itu adalah fikrah Wahabi.
Jika dikritik Ibnu Taimiyyah, maka itu bererti mengkritik Rasulullah dan Islam.
Miskin…

USTAZ ZAMIHAN
Perlu dinyatakan juga walaupun Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan tentang FITNAH (ke atas Ibn Taimiyyah)yang berlaku, BELIAU TIDAK MENOLAK FITNAH ITU SATU-PERSATU. Samada fitnah tersebut berpunca dan ulamak yang sengaja dengkikan Ibn Taimiyah ataupun fitnah itu DATANG DARIPADA IBN TAIMIYYAH SENDIRI Apakah semua ulamak pada waktu itu bersubahat untuk menjatuhkan Ibn Taimiyah kerana irihati dengan kedudukan beliau,? Apakah kedudukan sebenar Ibn Taimiyah pada waktu itu? Oleh itu, kita perlu menilai fakta sejarah secara kritis tanpa didahulukan oleh bias yang menghalang minda dan terbuka supaya kita tidak terlalu sempit berfikir serta mentaqdiskan individu.

Harus diingat bahawa Ibn Hajar AL-ASQALANI sendiri mengecam dengan keras pendapat Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari m/s 66 juz 3 benbunyi "Hasilnya mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-buruk masalah yang dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah." (Path al-Bari, Ibn Hajar, t.t, Dar Ma'nifah, Bayrouth). Anda juga disarankan untuk menatapi penolakan hujah Ibn Hajar al-Asqalani terhadap Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari ketika beliau mengomentani hadis "Dan wujud Allah itu tidak ada sesuatupun sebelumNya."

Manakala GELARAN SYEIKHUL ISLAM yang diberikan oleh Imam al-Zahabi terhadap Ibn Taimiyah bukan bererti beliau mengikuti semua ajarannya walaupun di sana wujud kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Saya sarankan penulis untuk melihat Risalah an Nashihah al-Zahabiyah yang di sebut oleh al-Hafiz al-Sakhowi di dalam kitabnya I'lan at-Taubikh liman dzami at-Tarikh m/s 307. Di samping itu, saudara juga penlu melihat kitab Imam al-Zahabi di dalam Bayan Zaghlul Ilmi wa at-Thalab m/s 23, 43, 43 (tahkik al-Kauthari, 137411, cetakan Taufiq, Dimasq). Kedua' risalah ini MENGANDUNGI KRITIKAN (Zahabi) terhadap Ibn Taimiyah.

Bandingkanlah pujian dan kritikan yang dilakukan oleh al-Zahabi selaku bekas murid Ibn Taimiyah. Maknanya, sebab dan musabbab sesuatu pujian serta kritikan itu dilakukan atas dasar apa. Dan bilakah keduanya berlaku supaya maklumat terkini boleh
ditakdim dan ditakhirkan untuk menjadi simpulan yang tepat.

ULASAN
*Begitulah sikap ulama sebenar. Apa yang baik daripada seseorang tokoh mereka puji melangit, dan apa yang salah daripada seseorang tokoh tetap mereka nyatakan kesalahannya. Tapi para Wahabi hari ini tidak mencontohi sikap seperti itu. Bagi mereka, Ibnu Taimiyyah tak boleh dikritik atau dinyatakan kesalahan dan kelemahannya. Hanya kehebatan Ibnu Taimiyyah yang mesti dipromosikan- untuk kepentingan fahaman Wahabi mereka.


USTAZ ZAMIHAN
Adapun GELARAN AL-HAFIZ terhadap Ibn Taimiyah hanyalah disandarkan kepada had 100,000 HADIS YANG DIHAFAZ Beliau bukanlah seorang ulamak yang ulung dalam ilmu hadis sebaliknya HANYALAH SEORANG HAFIZ DALAM MATAN HADIS SAHAJA. (al-A'lam,Zirikli m/s 237 juz . Sekiranya beliau benar-benar terkenal dalam bab ilmu riwayat dan dirayat nescaya nama beliau akan disenarai secara mutawattir dalam isnad bagi kitab-kitab hadis dalam dunia Islam hari ini. MUHAMMAD ABDUL WAHAB SEBDIRI TIDAK PERNAH MERIWAYAT DARIPADA BELIAU. Apatah lagi Mohd Asri atau yang seangkatan dengannya, Sekiranya Ibn Taimiyah amat diperlukan dalam disiplin ilmu ini necscaya para ulamak akan menumpu riwayat daripada beliau sebagai tokoh agung ilmu hadis. Di samping itu, pendapat beliau juga tidak dikira muktamad dalam ilmu mustalah hadis. Jelasnya, apa yang terzahir pada hari ini adalah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat dimungkiri lagi. Di mana letaknya nama Ibn Taimiyah dipersada Ilmu hadis jikalau beliau benar-benar beliau dinobatkan imam segala imam, lautan ilmu, para cendiakawan terbilang dan Iain-lain itu.? Oleh yang demikian segala pujian di dalam MANAKIB IBN TAIMIYYAH ITU PERLU DIANALISIS dan dibandingkan dengan kritikan untuk menzahirkan fakta yang sebenamya.

ULASAN
*Kesimpulannya, dalam ilmu hadith, Ibnu Taimiyyah hanyalah ulama biasa- dia tak ada tempat pun dalam bidang hadith. Namun kita tetap memandangnya sebagai ulama berdasarkan ilmunya dalam bidang-bidang lain.


USTAZ ZAMIHAN
PADA ZAMAN IBN TAIMIYYAH sendiri masih RAMAI LAGI terdapat PAKAR ILMU HADIS. Antaranya ialah al-Hafiz JAMALUDDIN AL-MIZZIY. laitu seorang tokoh yang paling tinggi taraf penguasaannya di dalam Jarh wa Ta'dil. Beliau merupakan orang yang PALING MENGETAHUI KEDUDUKAN PERAWI HADITH merangkap tokoh hadis negara Syam. Tokoh hadis yang bermazhab al-Asy'arie ini dilantik menjadi mahaguru di Dar al-Hadis at-Asyrafiyyah. (Tabaqat al-Huffaz, al-Suyuthi, m/s 522). Ini bermakna, kedudukannya adalah jauh lebih tinggi berbanding Ibn Taimiyah. IMAM IBN KATSIER sendiri BANYAK MENGAMBIL ILMU DARIPADA BELIAU berbanding Ibn Taimiyah. Sebagai bukti yang jelas, beliau menikahkan anak perempuan beliau dengan Ibn Katsier. Justeru jika ada yang mengatakan Ibn Katsier banyak bergurukan kepada Ibn Taimiyah kata-kata itu adalah satu manifestasi taksub yang keterlaluan.

Mohd Asri juga begitu lantang menggambarkan kepada pembaca bahawa saya telah melakukan satu pembohongan kepada Syeikh Muhammad Abu Zahrah. (B. Harian, 31 Julai 2001). Marilah kita melihat sejauh manakakah benarnya dakwaan tersebut. Di dalam Salafiyah Wahabiyah (subtajuk Pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab) m/s 132 saya ada membuat kesimpulan kepada pendapat Imam Abu Zahrah berkenaan dengan pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab. Saya nuqilkan: "Beliau (Muhammad Abd Wahab) begitu bersungguh-sungguh mempelajari kitab Ibn Taimiyah. Bahkan begitu fanatik dengan pendapatnya (Ibn Taimiyah)." Kemudian saya mengisyaratkan angka 24 sebagai nota kaki. laitu merujuk kepada buku 'Ibn Taimiyah' m/s 411 dan Tarikh al-Mazahib al-Istami' m/s 210. KEDUA-DUANYA HASIL KARYA MUHAMMAD ABU ZAHRAH. Pokoknya, ia tidak ada kena mengena langsung dengan isu yang dibangkitkan oleh Mohd Asri yang mendakwa bahawa saya telah melakarkan gambaran pembohongan bahawa Abu Zahrah tidak menyukai Ibn Taimiyah secara sakhsiyah, (lihat B. Harian 31 Julai).

ULASAN
*Satu lagi politik kotor yang cuba digunakan oleh Ustaz Asri untuk mendapatkan sokongan pembaca
 
USTAZ ZAMIHAN
Lalu dengan dakwaan ini dia mendabik dada dengan mengatakan: "Maka jelas, ini adalah satu pembohongan terhadap al-Syeikh Abu Zahrah selaku tokoh feqah besar pada zaman ini .” Dakwaan beliau ini sebenamya lebih jelas membuktikan pembohongan dan penokok-tambahan oleh beliau terhadap saya. Buktinya, apa yang saya perbincangkan tidak dapat ditangkap dengan fikiran yang waras dan jelas oleh beliau. SEMANGAT FANATIK YANG MENJIAWAIMLUBUK HATINYA membuatkan beliau tidak mampu memahami apa yang saya kemukakan. Akhimya, lain yang dibincang lain pula yang didakwa. Jika pembaca memiliki buku saya ini, bukalah pada m/s 132 itu. Bandingkanlah apa yang saya kemukakan dengan apa yang didakwa oleh Mohd Asri (B. Harian 31 Julai). Anda pasti akan dapat mengetahui SIAPAKAH SEBENARNYA YANG BERBOHONG dan tidak memahami hakikat perbincangan.

Walaupun Imam Abu Zahrah pemah memuji Ibn Taimiyah di dalam bukunya berjudul IJbn Taimiyah' namun pujian tersebut bukan boleh mengangkat Ibn Taimiyah melebihi Imam mazhab yang lain. Begitu juga dengan kedudukan beliau jika diperbandingkan dengan syeikh Muhaqqiq Mazhab. Ini kerana tidak ada ulamak pun (dalam mazhab) yang memuktamadkan pendapat beliau. Begitu juga halnya dalam disiplin ilmu hadis. Malahan pujian itu juga tidak semestinya menjadikan Ibn Taimiyah tidak boleh dikritik atau pendapatnya tidak boleh ditolak.

Bila menyentuh tentang buku 'Ibn Taimiyah', saya berkeyakinan saudara juga tidak membaca buku tersebut. Bahkan hanya mengambil bahagian tertentu sahaja dan kacamata Salafiyah sebagai tatapan. Lupakah saudara bahawa Muhammad ABU ZAHRAH JUGA ADA MENGKRITIK METODOLOGI SALAF IBN TAIMIYYAH. Buktinya, pada m/s 246 beliau mengatakan "Selepas kami menilai dari berbagai sudut, KAMI TIDAK CENDERUNG KEPADA ALIRAN AL-SALAF YANG DIRINTIS OLEH IBN TAIMIYYAH di dalam memahami ayat-ayat yang mutasyabih kerana ia akan MEMBAWA KAMI SAMAR-SAMAR, tasybih (penyerupaan) dan tajsim (memvisualisasikan Allah) KHUSUSNYA TERHADAP ORANG AWAM. KAMI REDHA TANPA SYAK bahawa ALIRAN AL-SALAF YANG DIRINTIS oleh IMAM AL-GHAZALI itu lebih mendekatkan kepada pemikiran yang lurus" ... secara ringkas)" (Muhammad Abu Zahrah, 1991, Ibn Taimiyah, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth).

ULASAN
*Jelas, Abu Zahrah memang ada menolak beberapa pandangan-pandangan Ibnu Taimiyah di samping memuji Ibnu Taimiyyah. Inilah sepatutnya sikap yang ditunjukkan oleh Ustaz Asri.
*Abu Zahrah juga lebih mengutamakan aliran Al Ghazali berbanding Ibn Taimiyyah.


USTAZ ZAMIHAN
Pada perenggan yang lain pula, Saya menuqilkan "Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh Mazahib al-Islami m/s 208 mengesahkan bahawa gerakan ini (Wahabiyah) sebenarnya tidak menambahkan apa-apa di dalam bab aqidah. Bahkan hanya MENERIMA APA SAHAJA YANG DIBAWA OLEH IBN TAIMIYYAH." Sayangnya, nuqilan ini dikatakan satu pembohongan oleh Mohd Asri. Oleh itu, dengan hormatnya saya sanankan agar anda membuka buku saya m/s 132 dan bandingkan dengan apa yang telah dikemukakan oleh Muhammad Abu Zahrah di dalam Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah m/s 208, 1981, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth). Natijah perbandingan ini akan membuktikan kepada pembaca bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas sama sekali. Dia sebenarnya CUBA MEMBOHONGI PEMBACA dengan dakwaan yang bohong terhadap saya. Ternyata dia tidak memahami kaedah feqhiah yang mengatakan: "Orang yang mendakwa hendaklah mempunyai bukti. Manakala orang yang mengingkar hendaklah bersumpah." Semoga Allah mengampuni anda.

ULASAN
*Maksudnya fikrah Wahabi ini mengambil apa saja (ertinya semua) yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah (dalam bab aqidah).
*Lagi2 Ustaz Asri menunjukkan sikap tercela.

*Setakat ini Ustaz Asri telah berbohong beberapa kali. Betul atau tidak?

Jawapan: ………………………………

USTAZ ZAMIHAN
Melalui keterangan ini, kami berlepas diri dari membuat pembohongan kepada Imam Muhammad Abu Zahrah. Dan sesungguhnya terbukti juga kepada kita bahawa matlamat pujian yang dipaparkan oleh Mohd ASRI HANYALAH INGIN MENGANGKAT MARTABAT IBNU TAIMIYYAH dengan rangsangan TAKSUB YANG MENEBAL yang seterusnya menghapus daya perbandingan pendapat. Dan situasi ini lazimnya adalah SATU METODOLOGI Salafiah-Wahabiyah yang ASALNYA BERMAZHAB HANBALI tetapi CUBA MELUPUSKAN NAMA IMAM AHMAD dalam kesarjanaan. Tambahan pula, dakwah ini turut dibantu dengan kuasa wang untuk mempengaruhi dunia teologi mereka atas nama islah. Mana-mana individu, badan, pertubuhan atau Universiti yangmenyokong bantuan akan diberikan. Manakala siapa yang menentang aliran teologinya akan dibiarkan dalam kemelaratan. Inikah dakwah islah yang diagungkan.

Pengulas buku saya juga ada menyentuh tentang Imam Muhammad Zahid al-Kauthari. Katanya: "(al-Kauthari) memang tidak menyukai Ibn Taimiyah. Tetapi itu semua bukan satu hujah yang diterima sebagai bukti Ibn Taimiyah tertolak." Seterusnya beliau mendatangkan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai satu penolakan terhadap Imam al-Kauthari.

Soalnya, adakah saringan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai salah seorang murid al-Kauthari sudah cukup untuk menolak pendapat atau ijtihad al-Kauthari terhadap karya-karya Ibn Taimiyah. Ternyata ini adalah satu pengukuran yang singkat dan tidak telus. Sebenarnya, Imam al-Kauthari (lahir di Kg Haji Hasan Afendi, Istanbul, meninggal 1371 di Mesir) adalah salah seorang ulamak muhaqqiq kerajaan Othmaniah. Beliau bertalaqqi dengan ulamak Dozjah, Qadhi Hasan Afendi, Syeikh Musa al-Kazim, Syeikh Ibrahim al-Uyaini, Syeikh Ali Zainal alSuni. Merupakan tenaga pengajar Jami' al-Fateh sehingga meletusnya perang dunia pertama. Beliau dilantik sebagai Wakil Dars yang setaraf dengan jawatan Syeikh al-Azhar di Mesir. Kemampuan beliau menguasai semua ilmu agama amat dikagumi ulamak sehingga dianggap bintang ulamak zamannya dan mujaddid tauhid abad20.

Antara penulisan beliau yang paling menonjol ialah dibidang hadis, feqh Hanafi dan aqidah. Jumlahnya melebihi 80 buah karya. Malahan masih banyak lagi manuskrip yang tidak tercetak. ANTARA KITABNYA YANG MENGKRITIK IBN TAIMIYYAH ialah al Ta'qib al Hasis lima yanfihi Ibn Taimiyyah win al-Hadis, al Isyfaq fi Ahkam al-Tolaq, Muhaqal-Tawassulfi Masalah al-Tawassul. Manalaka kritikan itu dipatrikan juga dalam ulasan beliau terhadap Dafu Syibhu al Tasyhbih li Ibn Jauzi, al Tanbih wa al Rad a'la Ahll Ahwa wa al Bida' li Abi al Husainie al Maltie, al-Intisar al Mazhab al Sahih li Ibn Jauzi dan ulasan beliau terhadap Maratib al Ijmak li lbn Hazim al-Andalusi. Anda juga boleh melihat ulasan pendapat al-Kauthari di dalam himpunan makalahnya yang beijudul Maqalaat, Di sana ada penilaian pendapat yang perlu ditelusuri dalam memahami kritikan uiamak terhadap Ibn Taimiyah. (lihat Maqalaat al-Kauthari m/s 35, 241, 258 dan 350, 1998, cet Dar al-Salam, al-Qaherah).

Di samping itu beliau juga mengkritik kitab Ijtima' Juyusy al-Islami dan Nuniyyah Ibn Qayyim. Beliau menyifatkan KITAB TERSEBUT ADALAH SUMBER KEPADA AQIDAH TASYBIH (menyerupakan Tuhan), (lihat Tabdid al-Dzallam al-Mukhim min Nuniyyah Ibn Qayyim karangan al-Kauthari dan al-Qaul al- Wajizfi Tanzihillah ani al-Tasybih oleh Abi Hasnain Abdullah b. Abd Rahman al-Makki,t.pt,1995)

Untuk mengetahui apakah sebab dan kewajaran al-Kauthari mengkritik Ibn Taimiyah, maka isi kandungan kitab-kitab ini perlu dinilai, diperbahas dan diperbandingkan dengan sebaik mungkin agar terzahirnya satu penyelesaian yang sahih. Setelah itu, cubalah saudara bandingkan dasar pujian Abd Fattah Abu Ghuddah terhadap Ibn Taimiyah. Ternyata pembaca juga akan mengetahui kesudahannya. Tegasnya, ULASAN ABDUL FATAH ABU GHUDDAH BELUM CUKUP KUAT UNTUK MENOLAK IJTIHAD GURUNYA AL-KAUTHARI. Ini kerana pandangan al-Kauthari adalah isu manakala PUJIAN ABU GHDDAH LEBIH TERTUMPU KEPADA SAKHSIYAH yang bersifat bahawa Ibn Taimiyah juga turut berjasa kepada Islam.

Tambahan pula, perkataan Abd Fattah bukanlah muktamad untuk menjawab pandangan al-Kauthari. Isu-isu kontroversi yang diperbahaskan oleh ulamak yang sezaman dengan Ibn Taimiyah cukup mematangkan kita dalam masalah ini. Perlu juga diketahui bahawa selain Abd Fattah Abu Ghuddah, masih ramai lagi murid al-Kauthari yang berwibawa. Antaranya ialah Sayyid Hussam al-Qudsie, Syeikh Hussein bin Ismail, Syeikh Haj Jamal alSunie, Prince Hussein Khairuddin Ibn al-Sultan Abd al-A'ziz al-Uthmanie, Syeikh Abdullah b.Uthman al-Himsie, Syeikh Ahmad Khairie. Mereka tidak sealiran dengan Abd Fattah dalam masalah ini. Justeru, kita juga perlu sedar apakah intipati sebenar atau halatuju pujian yang diberikan oleh Abu Fattah terhadap Ibn Taimiyah. Oleh yang demikian pendapat Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah bukannya satu hujah ilmiah untuk menolak pandangan Imam Muhammad Zahid al-Kauthari.

ULASAN
*Setuju. Abdul Fattah mungkin memuji Ibnu Taimiyyah dari sudut jasanya kepada Islam, secara keseluruhan bukan atas dasar isu.
Apakah dalam buku-buku Abdul Fattah terdapat juga fahaman-fahaman karut Ibnu Taimiyyah itu?
Kalau ada barulah dikatakan dia bersetuju Ibnu Taimiyyah.
Kalau ada, tentulah dia juga akan dihujah oleh para ulama ASWJ sebagaimana Ibnu Taimiyyah dihujah mereka. Tapi tak ada pun!
*Guru Abdul Fatah menulis banyak kitab tentang kesalahan Ibn Taimiyyah samaada secara langsung atau tidak. Mana buku-buku Abdul Fatah yang mematikan hujah-hujah tok gurunya?
Maksudnya, pujian Abdul Fattah yang seringkas itu mustahil dapat menolak buku-buku tok gurunya.


USTAZ ZAMIHAN
Seterusnya, Mohd Asri sendiri pernah mengakui pertikaian silam ulamak terhadap Ibn Taimiyah (B. Harian 31 Julai) Akan tetapi, beliau CUBA MENUTUP PERTIKAIAN TERSEBUT dengan sikap taksub agar tidak diketahui umum. Jika pembaca ingin memastikan apakah punca atau isu pertikaian tersebut cubalah fahami dengan sebaiknya pendapat ulamak dalam karya mereka sebagaimana yang telah kami isyaratkan dalam Salafiyah Wahabiyah dan dalam ruangan ini. Semoga isu sebenar yang menjadi pertikaian kepada Ibn Taimiyah lebih jelas. Siapakah sebenarnya yang menimbulkan salah faham dan membuatkan dirinya dipersalahkan. Kami buka ruang yang seluas-luasnya sebagai medan perbandingan.

Hujah Mohd Asri dengan mengaitkan ilmu Jarh wa Ta'dil temyata tidak memberi apa-apa erti dalam dakwaannya; "Bagi sesiapa yang mempelajari ilmu Jarh wa Ta'dil perkara seperti ini adalah FENOMENA YANG BIASA." Saya terkejut juga mendengar kenyataan ini. Bagaimana beliau boleh sifatkan ilmu Jarh wa ta'dil itu adalah satu fenomena yang biasa. Saya berkeyakinan bahawa disiplin ini ADALAH LUAR BIASA. Alasan saya, dengan metodologi Jarh wa ta'dil lah yang MENENTUKAN SAMA ADA SESEORANG PERAWI ITU DITERIMA ATAU DITOLAK. Apatah lagi Ibn Taimiyah bukannya seorang perawi kitab hadis muktabar.

ULASAN
*Kalau benar ilmu Jarh wa Ta’dil fenomena biasa, maka banyaklah perawai-perawi yang tak layak jadi perawi tetapi diterima oleh umat Islam.
Ustaz Asri terpaksa mengatakan begitu agar saham Ibnu Taimiyyah tidak jatuh. Jatuh saham Ibnu taimiyyah, jatuhlah saham fahaman Wahabi pegangannya.

USTAZ ZAMIHAN
Merujuk kepada masalah ini, memang disyaratkan tajrih seseorang perlu dijelaskan dengan bukti. Dan pemaparan bukti-bukti terhadap Ibn Taimiyah adalah jelas sebagai yang termaktub di dalam kitabnya seperti al-Minhaj al-Sunnah, al-Arsy, Muafaqah al-Ma'qul lisarih al-Manqul, al-Ta'sis fi rad ala Asas al-Taqdis, al-Ajubah al-Misriyyah, Fatawa al-Hamawiyah dan Iain-lain karya beliau yang disinggung hebat oleh ulamak. Walaupun Ibn Taimiyah menggunakan bahasa perbahasan yang tinggi dalam kitabnya apakah ianya tidak dapat difahami oleh ulakam muhaqqiq atau mujtahid yang lain? Buatlah satu penilaian dan anda akan dapati alasan yang jelas mengapa ulamak sunni yang lain mengkritik beliau. Jika anda masih belum mengoreksi bab mana yang dipertikaikan ulamak terhadap Ibn Taimiyah maka tidak hairanlah anda hanya mempertahankannya dengan alasan belas kasihan tanpa ilmu. Ini bermakna jika alasan pentajrihan terhadap Ibn Taimiyah itu ada, maka dan mana pula datangnya ta'dil beliau.
Ternyata daripada mereka yang sealiran dengan beliau. Dalam hal ini dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama alasan jarh dan ta'dil. Manakala yang keduanya kembali kepada kaedah:

"Apabila dijelaskan antara Jarh dan ta'dil maka Jarh perlu didahulukan." Akan tetapi, Mohd Asri lebih mendahulukan pujian sebagai ta'dil bukannya isu pertikaian yang jelas sebagai Jarh. Keadaan ini bertentangan dengan kaedah Jarh wa ta'dil itu sendiri. Dan kaedah ini sudah pastinya memakan dirinya sendiri.

Seterusnya Mohd Asri mendakwa bahawa "dengan jatuhnya Ibn Taimiyah dapatlah bermaharajanya kesesatan". Perkataan ini adalah jelas untuk membuktikan sikap ketaksuban beliau yang melampau terhadap Ibn Taimiyah. Kalau (dulu) dikatakan jatuhnya Ibn Taimiyah bermaharaja kesesatan, bagaimana pula halnya dengan kematian beliau pada realiti sekarang, Apakah kesesatan itu bertukar menjadi agung. Jelasnya ini adalah satu teori yang bathil kerana kejahilan dan kesesatan itu sumbangan besarnya adalah berpunca dari sikap manusia. Bukannya kerana satu-satu tokoh. Lagi pula Rasulullah Saw pernah bersabda : "Umat aku sentiasa berdiri di atas jalan kebenaran mereka itulah para alim ulamak." Pendek kata, kebenaran dan kesesatan tidak terikat dengan satu tokoh sahaja. Ini bermakna, bukan Ibn Taimiyah sahaja yang benar dan pengkritiknya adalah sesat. Bahkan kebenaran itu sentiasa sahaja wujud pada tokoh-tokoh lain (ulamak) yang diberi taufiq oleh Allah. Dialah yang menunjukkan kebenaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari dituduh sebagai mengatakan al-Qur'an adalah makhluk adalah tidak benar sama sekali. Ia jauh dari sumber ilmu yang asli. Sebenarnya, Imam al-Bukhari (termasuk Muslim, Ibn Kullab, Abu Thur, Daud b. Ali, al-Haris al-Muhasibi, Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi) secara peribadinya mengatakan al-Qur'an yang ada pada tangan manusia, boleh dibaca, ditulis dan disentuh adalah makhluk. Buktinya, jika anda membaca biografi Imam al-Karabisi di dalam Mizan al-1'tidal karangan al-Zahabi m/s 544 juz 1 anda akan dapati butiran perselisihan antara beliau dengan Imam Ahmad. Makala al-Qur'an yang dikatakan sifat Allah adalah kalam Allah azali bukannya makhluk. Inilah penafian yang difokus oleh ahli sunnah. Dan penafian ini sebenarnya lebih merujuk kepada menolak kesamaran yang berlaku dan bakal berlaku. Tetapi Mohd Asri yang tidak tahu hujung pangkal dengan mudah membuat kesimpulan yang menghasilkan penyembunyian realiti ilmiah sebenar.

Selain itu, anda juga disarankan agar membuka al-Intiqa' karangan Ibn Abd al-Barr m/s 106. Dan penjelasannya telah saya huraikan di dalam Salafiyah Wahabiyah. Silalah menatapinya. Akan tetapi, mungkin juga jikalau masalah ini diperbincangkan saya dituduh pula sebagai muktazilah. Terpulanglah, saya hanya ingin menjelaskan kedudukan yang sebenar sahaja. Hanya Allah tempat kita meminta perlindungan.

Di akhir perbincangan ini, saya amat tertarik dengan wasiat Mohd Asri yang berbunyi: "Berpeganglah kepada ajaran Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 6. Akan tetapi 'andaian' berani beliau terhadap saya dan Hassan al-Saqqaf sebagai Syiah mencabuli prinsip yang beliau sendiri gariskan. Jika diri sendiri tak mampu memahami dan menghayati sumbernya maka kita tidak pertu cuba meyakinkan orang lain. Kelak nanti berlakunya sesat lagi menyesatkan.

juga tertarik kepada petikan kata-kata Imam Ibn al-Solah yang dikemukakan beliau yang berbunyi: "Entah berapa ramai ulamak yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka." Pertama saya ingin pertanyakan: Adakah anda benar-benar memahami kata-kata ini. Saya amat berkeyakinan bahawa beliau masih belum mengerti perbahasan kita terhadap metodologi Ibn Taimiyah dalam disiplin ilmu. Jika beliau memahaminya nescaya perbincangan kita terhadap satu-satu tokoh tidak disifatkan sebagai mencela atau mengumpat. Kedua, Imam AL-NAWAWI (murid Ibn al-Solah) ternyata lebih memahami dari tafsiran aqal zahir yang diberikan oleh Mohd Asri. Buktinya, di dalam al-Azkar (bab penjelasan tentang beberapa perkara yang penting berkaitan dengan al-Ghibah) mengatakan: "Apabila ada sesetengah penulis yang menyebut seseorang individu secara sakhsiyahnya dengan mengatakan: "si polan-polan mengatakan". Dan perkara yang dimaksudkan itu BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN NILAI PERIBADINYA maka perbuatan tersebut adalahHARAM. Akan tetapi jika dia ingin MENJELASKAN KEPADA AWAM TENTANG KESILAPAN ORANG BERKENAAN supaya ianya tidak diperpegangi atau untuk menjelaskan kedhaifannya pada ilmu supaya orang lain tidak tertipu dan tidak menerima pendapatnya maka hal seperti ini bukannya ghibah (mengumpat). Bahkan ianya adalah NASIHAT YANG WAJIB dan DIBERI PAHALA atasnya."

ULASAN
*Jelas, Imam Nawawi sendiri menggalakkan agar manusia menjelaskan kepada awam akan kesilapan orang tertentu (termasuklah Ibnu Taimiyyah) supaya manusia lain lebih selamat.
Tapi Ustaz Asri tak membenarkan kelemahan dan kesalahan Ibnu Taimiyyah dihidangkan di depannya dan di depan masyarakat umum.

*Apakah tindakan kita yang menjelaskan kepada orang awam tentang kelemahan dan kesilapan demi kesilapan seseorang itu supaya orang awam tidak berpegang melulu kepadanya, supaya menjelaskan kepada orang awam yang orang itu dhaif (kurang layak untuk kita terima ilmu agama daripadanya) satu kesalahan ataupun ianya adalah NASIHAT YANG WAJIB dan DIBERI PAHALA atasnya sebagaimana kata Imam Nawawi?

Jawapan: …………………..


USTAZ ZAMIHAN
Dan selepas huraian ini, jika anda tetap dengan pendirian anda bermakna para ulamak yang mengkritik Ibn Taimiyah diklasifikasikan sebagai pencerca oleh anda. Dan apakah dengan kritikan ini anda mahu menghukum mereka sebagai peroboh khazanah Islam ataupun menganggap mereka semua adalah musuh ahli sunnah. Ternyata di samping sikap taasub yang menebal dalam diri, anda juga kurang berhati-hati dalam membuat kesimpulan dalam perbincangan ini lebih-lebih lagi terhadap buku saya. Saya tidak bermasalah kalau dituduh menyimpang oleh salafi-wahabi seperti saudara. Sebabnya sudah terlalu ramai para ulamak Nusantara kita menerima nasib yang sama seperti saya oleh aliran rigid anda. Semoga anda lebih terbuka dan matang berfikir dalam menyatakan masalah secara perbandingan dan berwibawa menuju penyelesaiannya. Hanya kepada Allah S.W.T kita memohon petunjuk. Dialah penunjuk sebaik-baik jalan.

*** Setakat ini, secara ikhlasnya… berdasarkan pemerhatian anda sebagai seorang Muslim lagi Mukmin…. kebenaran LEBIH berpihak kepada siapa? Ustaz Zamihan atau Ustaz Asri?




Jawapan terakhir: ……………………………..

WALLAHUALAM

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.