Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Soaljawab 1

Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

MASALAH QUNUT SEWAKTU FARDHU SUBUH

PERSOALAN

Setiap makmum mesti mengikut perbuatan imam apabila solat berjemaah. Saya pernah melihat golongan yang tidak menadah tangan semasa imam membaca doa qunut. Adakah mereka ini membaca doa qunut tanpa menadah tangan atau mereka memang tidak membaca doa qunut?
Katakan dalam sebuah jemaah yang imam solat membaca doa qunut tetapi dihadiri orang yang memang tidak mahu baca doa qunut. Sah atau tidak solat orang ini yang tidak mengikut perbuatan imam?
Ada yang kata doa qunut adalah perkara ijtihad para ulama.. dalam perkara sebegini kalau kita buat salah kita dapat satu pahala, kalau kita buat betul tetap dapat 2 pahala.
Menurut kawan saya, Imam Hasan al Banna dan Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan yang kita kena berbalik kepada sunnah dan ikut apa yang Nabi buat sekiranya terdapat banyak sangat khilaf dan pertentangan pendapat dalam sesuatu perkara itu. Dalam kitab Fiqh Sunnah, Nabi melakukan doa qunut sekali sekala, dan tidak tertumpu untuk solat Subuh sahaja.

PANDANGAN

Rasanya golongan itu tidak membaca doa qunut. Tambahan pula sekarang banyak yang tak tahu baca doa qunut pun. Dengan merebaknya fahaman Wahabi, lagilah bertambah ramai.

Boleh jadi ada juga yang membaca tanpa mengangkat tangan kerana angkat tangan bukan kemestian dalam berdoa, tapi jumlahnya amat sedikit kalau ada pun.

Kalau di Makkah, walaupun imamnya tak baca doa qunut, tapi masa iktidal tu dipanjangkan untuk beri kesempatan kepada sesiapa yang hendak baca doa qunut.

Sebelum dan sesudah rukuk, ada orang yang bertakbir dengan mengangkat tangan ke telinga dan ada yang tidak. Ada imam yang angkat tapi makmum tak angkat, ada makmum angkat tapi imam tak. Di sini tak timbul pula masalah nak ikut imam ke tidak. Jadi setakat ini saya berpandangan dalam qunut pun begitu, hendak ikut imam angkat tangan ke tidak, tak sampai kepada membatalkan solat, sebab ia bukan benda wajib.

Tapi untuk menjaga keharmonian umat, kalau kita solat di tempat yang majoriti bermazhab Syafie, elok sangatlah angkat tangan dan baca doa qunut. Imam Syafie sendiri sewaktu pergi menjadi imam di tempat majoriti bermazhab Maliki, dia tak buat qunut dalam solat Subuh. Kenapa? Atas dasar keharmonian umat dan untuk mengatakan yang antara sesama imam… walaupun berbeza pendapat/ mazhab tapi tidak menyalahkan antara satu sama lain.

Memang perkara qunut perkara perkara ijtihad,tapi tak bermakna kita senang-senang buat suka hati. Kalau kita ke tempat majoriti bermazhab Syafie, eloklah buat qunut. Selain dapat pahala qunut, dapat juga pahala atas mewujudkan keseragaman dan kehamonian. 2 dalam 1.

Qunut 2 sunat, bersatu tu wajib. Bak kata Hassan al Banna- tarawikh tu sunat, bersatu tu wajib. Mengapa sibuk-sibuk berbalah pasal rakaat tarawikh?

Kenapa tiba-tiba kita sengaja tak mahu buat? Pahala qunut pun tak dapat, dan kalau menimbulkan rasa tak senang di kalangan makmum, tak mustahil kita bakal dapat dosa pula. Makmum pun akan dapat dosa kalau mereka berbalah berlebih-lebihan. Kan jadi virus perosak tu!

Biasanya orang yang terkena virus Wahabi sangat suka untuk menunjukkan yang dia tak buat qunut. Kalau orang tanya nanti maka bolehlah dia menunjukkan kononnya dia lebih arif daripada orang ramai sebab tahu hujah-hujah buat qunut, khilaf antara ulama pasal qunut dan lain-lain yang secara tidak langsung akan mengangkat dirinya di mata umum, dan selepas itu akan lebih mudah menyebarkan fahaman Wahabinya.

Keempatempat Imam Mazhab dan puluhan mazhab ketika itu saling berkhilaf. Apakah dalam berkhilaf itu mereka tak berbalik kepada sunnah? Tidak. Semuanya berbalik kepada sunnah tetapi tetap mendapat jawapan yang berlainan, kerana penilaian dan kaedah masing-masing berbeza.

Dalam Majmuk Rasail Hassan al Banna tu ada diceritakan sebab-sebab timbulnya khilaf, dan setakat pemahaman saya membaca, diusrrah dan mengusrahkannya, bagi Hassan al Banna… perkara itu tak boleh dielakkan, akan tetap tak bersamaan kerana masing-masing berbeza penilaian (salah satu sebabnya). Maka mustahil boleh dapat satu keputusan yang sama walau semua orang berbalik kepada sunnah untuk mengkajinya.
Setakat hari ini khilaf dan pertentangannya pun TAK BANYAK SANGAT kerana hanya ada 4 mazhab saja lagi.

BERBALIK KEPADA SUNNAH- mestilah dengan panduan para ulama, bukan maksud kita boleh kaji sunnah berkenaan hal itu seorang diri atau dalam kelompok yang bukan ulama sewenang-wenangnya.
NAK KEMBALI KEPADA APA YANG NABI BUAT pun mesti bersama ulama, tak boleh kembali begitu saja senang-senang. Apakah imam-imam mazhab tak kembali kepada sunnah dan apa yang Nabi buat sewaktu mereka nak keluarkan hukum dulu? Tak payah sebut pun … mereka dah lebih faham dan sudah pun melakukannya.

Ada sebahagian orang bercakap seolaholah 4 Imam Mazhab tu tak kembali kepada sunnah dan tak nilai apa yang Nabi buat- hanya pihak mereka sajalah yang hendak keluarkan sesuatu hukum dengan kembali kepada sunnah dan ikut Nabi. Jangan kita terpedaya dengan permainan sebegini, sangat bahaya.

Alexanderwathern 2005
(*Semua soaljawab di ruangan ini adalah secara ringkas, maka jawapan yang diberikan tentulah tidak sebaik jawapan yang dirancang)

 

 

BERNARKAH IKHWANUL MUSLIMIN ITU BERFAHAMAN WAHABI?

DAKWAAN


Jemaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al Banna bermazhab Salafi Wahabi


PENJELASAN

Dakwaa ini adalah tidak benar. Ada beberapa faktor yang mewujudkan dakwaan sebegini seperti:

1. ada sebilangan umat Islam yang tidak setuju dengan Ikhwanul Muslimin ataupun tokoh-tokohnya lalu mengaitkannya dengan Wahabi
2. ada sebilangan umat Islam yang salah faham dengan idea-idea Ikhwanul Muslimin ataupun tokoh-tokohnya lalu mengaitkannya dengan Wahabi
3. ada sebilangan penganut fahaman Wahabi yang tertarik dengan tokoh-tokoh tertentu dalam Ikhwan lalu mengaitkannya dengan Wahabi
4. ada sebilangan penganut fahaman Wahabi yang terbaca buku-buku ulama Ikhwan lalu tersilap sangka kononnya apa yang dibawa oleh Ikhwan sama dengan apa yang diperjuangkan Wahabi, lalu mengaitkan Wahbi dengan Ikhwan
5. dan lain-lain lagi.

Sekarang kita lihat betapa jauhnya jarak antara Ikhwan dengan Wahabi:

1. Ikhwan bersetuju dengan jemaah-jemaah dalam Islam tetapi majoriti Wahabi menentangnya kerana bagi mereka berbilang-bilang jemaah itu selaras dengan hadith Nabi yang mengatakan bahawa umat Islam akan terpecah kepada 73 puak, 72 daripadanya tidak betul. Ikhwan termasuk ke dalam yang 72 tadi. Pengasas Iklhwan sendiri pernah menubuhkan atau menyertai atau menganggotai beberapa jemaah Islam. Beberapa orang tokoh Wahabi seperti Albani, Ben Bazz, Utsaimin, Fauzan dan lain-lain pernah mengeluarkan kecaman hebat terhadap Ikhwan dan jemaah –jemaah lain seperti Tabligh dan tariqat seperti akan duduk di neraka, menentang perintah Allah, terssiish daripada Ahlus Sunnah, menyeleweng, wajib ditolak dan sebagainya.

2. Ikhwan tidak menghukum berdosa kepada sambutan dan para penyambut Maulidurrasul, malah sebahagian besar Ikhwan turut meraikannya. Laman-laman web Ikhwan meletakkan pengumuman “Selamat Maulidrurrasul”. Tapi sambutan ini bidaah dhalalah dan para penyambutnya berdosa menurut majoriti Wahabi. Pengasas Ikhwan sendiri memang biasa menyambut Maulidurrasul bersama rakan-rakan seperjuangannya.

3. Ikhwan tidak menolak tariqat, cuma kurang bersetuju dengan kaedah dakwah tariqat-tariqat itu. Tetapi majoriti Wahabi menghukum sesat, bidaah dhalalah, berdosa dan sebagainya kepada tariqat-tariqat ini dan para pengamalnya. Pengasas Ikhwan sendiri pernah aktif dalam tariqat dan tetap menghormati tokoh-tokoh tariqat itu dan jasa-jasanya.

4. Ikhwan mengamalkan solat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat, mengikut kebiasaan penduduk setempat. Ikhwan tidak menghukum berdosa kepada mereka yang bersolat 20 rakaat sedangkan sebahagian Wahabi menghukum begitu melalui bidaah mengikut tafsiran mereka. Ketika sekumpulan penduduk berbalah tentang jumlah rakaat solat sunat tarawikh, pengasas Ikhwan membuka hati mereka dengan persoalan: “Mana lebih penting, solat tarawikh yang sunat atau perpaduan umat Islam yang wajib?”

5. Ikhwan menyanjung kitab tafsir Fi Zilalil Quran karya Syed Qutb, malah itu menjadi salah satu tafsir utama Ikhwan. Namun sebahagian Wahabi menuduh sesat kepada kitab itu bersama tuannya sekali. Kebanyakan Wahabi tidak mempedulikan pun kewujudan kitab tafsir ini dan tidak menjadikannya rujukan utama.

6. Ikhwan menentang mana-mana pemerintah sekular tetapi bagi majoriti Wahabi, menentang pemerintah Islam (walaupun sekular) adalah salah. Pengasas Ikhwan sendiri syahid di tangan pemerintah, begitu juga dengan ribuan aktivis Ikhwan.

Begitulah antaranya. Kesimpulannya, Ikhwanul Muslimin memang sangat berbeza dengan Salafiah Wahabiah.

PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT

Alexanderwathern
DIS 2006

 

HENDAK MENCONTOHI RABIATUL ADAWIYAH TIDAK BERKAHWIN

PERSOALAN

Saya sangat meminati kisah-kisah Rabiatul Adawiyah. Saya ingin jadi sepertinya, menghambakan diri kepada Allah seumur hidup semata-mata kerana Allah tanpa berkahwin.

PANDANGAN

Niat untuk jadi seperti Rabiatul Adawiyah memang baik. Secara peribadi saya memang menggalakkan. Tapi anti boleh juga mencontohi mereka yang lebih baik daripada Rabiatul Adawiyah iaitu Khadijah (isteri Nabi), Aisyah (isteri Nabi) dan Fatimah (anak Nabi, isteri Saidina Ali). Mereka tentunya lebih baik daripada Rabiatul, dan mereka berkahwin.

Fatimah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah wanita lain yang akan mendahuluinya masuk ke dalam syurga. Nabi Muhammad menyebutkan seorang wanita. Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut. Rupanya amalan yang membolehkan wanita itu mendahuli Aisyah mudah sahaja. Sewaktu suami wanita itu pulang dari bekerja, wanita itu telah siap menunggu dengan air minuman kalau suaminya dahaga, rotan untuk suaminya memukulnya senadainya dia ada melakukan apa-apa kesalahan dan menyelakkan sedikit kainnya jika si suami memerlukannya. Wanita yang mendahuli Fatimah ini seorang yang berumahtangga.

Rabiatul Adawiyah juga ada dua orang. Kedua-duanya wali Allah. Yang lebih terkenal itu ialah Rabiatul di Basrah. Seorang lagi Rabiatul di Syam (ada ulama mengatakan bahawa nama sebenarnya Rayiatul Adawiyah). Rabiatul di Syam ini bersuami. Setelah kematian suaminya, dia sendiri pula meminang seorang ahli sufi lain sebagai suaminya.

Kalau kita seorang yang cenderung kepada keagamaan, maka eloklah kita berumahtangga. Ini kerana genetik baik (iaitu cenderung ke arah agama) itu beserta tarbiyyah kita insyaallah akan diwariskan kepada anak-anak. Sebab itu para sahabat majoritinya berpoligami, hingga mereka menghasilkan generasi tabiin yang merupakan generasi terbaik selepas zaman sahabat. Orang-orang alim juga digalakkan berpoligami agar baka baik mereka boleh turun kepada anak-anak dan seterusnya membanyakkan umat Nabi Muhammad yang baik-baik.

Ringkasnya, anti boleh memilih mana yang anti rasa terbaik. Renung-renungkan. Wallahualam.

Alexanderwathern 2005

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.