Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Soaljawab 2
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

NAK FAHAM TABLIGH MESTI KELUAR 40 HARI?
 
PERTANYAAN

Saya tertarik untuk mengetahui tentang jemaah Tabligh. Kalau kita tahu sikit-sikit saja memang susah hendak faham, apa-apa perkara pun begitu. Betulkah kalau hendak memahami jemaah ini kita mesti keluar 40 hari ke Nizamuddin?

PANDANGAN

Pandangan saya… untuk memahami sesuatu jemaah/ perkara itu TIDAK SEMESTINYA kena jadi sebahagian daripada jemaah/ perkara itu. Cuma… dengan menjadi sebahagian daripadanya, itu akan mempercepatkan, memudahkan dan membanyakkan pemahaman kita berbanding dengan menjadi pemerhati atau pengkaji dari jauh sahaja.Yang pentingnya, kita mesti membiasakan sikap ingin ambil tahu sama ada dari pada sumber-sumber lisan (perbualan), penglihatan (lihat sendiri, bacaan, tontonan VCD dll) atau pendengaran (dengar ustaz2 dll).
Kita sama-sama faham yang Tuhan Maha Berkuasa. Dia boleh memberi kefahaman kepada sesiapa saja yANg disukainy (*Hakikatnya- Allah yang berkuasa beri faham, bukannya individu, jemaah, perkara, makhluk dll)

Bayangkan… ada 73 golongan umat Islam, belum cabang-cabang kecilnya lagi. Setiap golongan dan cabangan mengatakan dialah yang selamat. Mestikah kita menjadi ahli kepada setiap golongan itu baru kita boleh tentukan mana yang benar?
Untuk faham sedikit tentang Tabligh kononnya kita mesti keluar 3 hari, kemudian 40 hari dan barulah keluar 4 bulan. Proses ini tentunya memakan masa hampir-hampir setengah tahun.

Kemudian masuk pula jemaah lain, jemaah demi jemaah… Berapa puluh atau ratus tahun baru kita nak dapat pemahaman untuk semua golongan dan cabangan yang ada?
Tambah-tambah lagi kalau aliran tasauf, nak faham satu-satu perkara sampai ke hakikatnya kadang-kadang 20-30 tahun. Jawabnya… sampai matipun takkan habis nak faham semua golongan dan akhirnya semua masa kita habis begitu saja. Tuhan tak akan memberatkan kita dengan apa yang tidak kita sanggupi.

Lihat pengalaman Imam al-Ghazali dalam mencari golongan yang paling baik (menurutnya) sebgaimana yang dinukilkan dalam kitabnya AL-MUNQIZ MIN ADH-DHALAL (Selamat Drpd Kesesatan).Pada zamannya ada beberapa golongan terbesar yang masing-masing hebat dan dikatakan yang terbaik seperti golongan Mutaalimun, Batiniyah, Falsafah dan Sufi (tariqat & tasauf dll.

Beliau mendakwa:
“Aku tidak meninggalkan seorang ahli Batiniyah (kebatinan) melainkan setelah aku menghalusi tentang batiniyah itu. Dan aku tidak meninggalkan seorang ahli Ilmu Zahir melainkan aku telah mengetahui aspek kezahirannya. Dan aku tidak meninggalkan seorang ahli Falsafah melainkan setelah aku mengetahui hakikatnya. Dan aku tidak meninggalkan seorang ahli Mutakallimin melainkan setelah aku berusaha untuk mempelajari tujuan percakapannya dan tidak aku meninggalkan seorang ahli Sufi melainkan setelah aku mengetahui rahsia kesufiannya….”, dan panjang lagi…

Daripada kata-katanya ini, tahulah kita bahawa Imam Ghazali mengakui yang dia mendapat pemahaman secukupnya akan setiap aliran yang diambiltahunya. Kita perhatikan bagaimana cara Imam al-Ghazali untuk mendapat pemahaman akan setiap aliran itu.

Golongan Ilmu Kalam

Kefahaman tentang ini diperolehinya melalui fikirannya sendiri, membaca buku-buku golongan ini lalu mengarang tentang ilmu ini. Akhirnya beliau meninggalkan aliran ini setelah mendapati pada kemuncak ilmu aliran ini ada masalah.
Adakah al-Ghazali pergi ke markas utama golongan ini? Tidak.
Adakah dia mengikuti aktiviti-aktiviti golongan ini? Tidak.

Golongan Ahli Falsafah

Al-Ghazali mengambil masa dua tahun mengkaji golongan ini tanpa membuat sebarang bacaan atau kajian-Subhanallah. Cukup dengan pemikirannya sahaja. Malah beliau telah smapai ke kemuncak Ilmu Falsafah dan menadapati aliran ini juga bermasalah lalu meninggalkannya.
Ada Imam Ghazali ikut aktiviti kumpulan ini? Tak ada!
Ada dia pergi ke “Nizamuddin’ bagi aliran ini? Tak ada!

Golongan Ahli Taklim

Cukup dengan Imam Ghazali mengkaji buku-buku mereka, mengumpulkan ucapan-ucapan mereka dan kemudiannya mengarang tentang golongan ini. Hanya dengan ini saja dia berjaya sampai ke kemuncak matlamat Ahli Taklim dan kemudiannya meninggalkan golongan ini setelah dia memahami kelemahannya.

Golongan Tasauf

Beliau mengkaji buku-buku ulama tasauf terdahulu seperti Abu Talib al-Makkiy, Junaid, Asy-Syibli, Abu Yazid Bustami dan al-Harith al-Mahasibi. Juga mengumpulkan kata-kata hikmat guru-guru kepada ulama-ulama besar tadi untuk kajiannya. Kemudian dia melatih dirinya dengan ilmu golongan ini. Akhinya beliau mendapati golongan ini adalah yang paling benar lalu memegangnya hinggalah ke akhir hayat sebagaimana katanya;

“…aku yakin bahawa orang-orang sufi merupakan golongan yang mengikut jalan semata-mata menuju Allah. Cara hidup mereka adalah sebaik-baik kehidupan dan tariqat yang diikutiadalah jalan yang paling tepat, serta akhlak mereka adalah sebersih-bersih akhlak.”

Dia mencapai kemuncak pengetahun golongan ini hanya dengan cara di atas tanpa perlu pergi ke “Nizamuddin” untuk golongan ini.

Imam Ghazali mengakui yang dia telah mencapai kemuncak setiap golongan itu sebgaiaman dakwanya:
“Aku yakin seseorang itu tidak mengetahui kecacatan sesuatu ilmu melainkan setelah dia mengetahui kemuncak ilmu itu sendiri sehinggalah dia menyamai orang yang paling mnegetahui asal usul ilmu itu.”

Jadi, aliran-aliran yang ditinggalkannya itu ditinggalnya hanya setelah dia mencapai kemuncak setiap aliran. Kalau dia (*Al Ghazali) hendak memahami Tabligh, tanpa perlu menjadi seorang karkun maka dia berupaya untuk menyamai pemahaman pengasas Tabligh iaitu Maulana Muhammad Ilyas.

Maka dengan contoh ini, tidaklah boleh kita terima dakwaan : “Nak faham jemaah aku, kamu mesti ke Nizamuddin”. Cuma… dengan menjadi sebahagian daripada sesuatu jemaah, itu akan mempercepatkan, memudahkan dan membanyakkan pemahaman kita berbanding dengan menjadi pemerhati atau pengkaji dari jauh sahaja. Kita sama-sama faham yang Tuhan Maha Berkuasa. Dia boleh memberi kefahaman kepada sesiapa saja yang disukainya.

Wallahualam.

Alexanderwathern 2005
 
 
 
PERSEKITARAN KERJA YANG TIDAK ISLAMIK
 
MASALAH

Saya bekerja dalam satu suasana yang meresahkan saya. Ini kerana bidang pekerjaan saya mempunyai saham dalam hal-hal yang tidak baik iaitu dunia hiburan. Saya jadi sangat tertekan kerana saya mahukan suasana Islam dan mahu berdakwah. Hendak terus berhenti, saya belum ada pekerjaan lain. Sikap saya yang mengutamakan agama kadang-kadang menimbulkan suasana yang tidak selesa sesama pekerja. Bagaimana saya dapat membebaskan diri daripada semua ini?

PANDANGAN

Saya cadangkan anda tidak menunjukkan sangat kemahuan anda. Tapi bukan bermaksud anda “join” kemahuan mereka. Kerana apa… kalau kita nampak keras dengan pegangan kita pada pandangan mereka, mereka akan lebih “menolak” kita. Ruang yang ada akan bertambah jauh. Nanti ada masa-masanya kita tak boleh tahan, akan rasa sedih sangat. Biar jarak tu dirapatkan sikit, tanpa perlu menggadaikan apa-apa pegangan kita.

Zaman sekarang dakwah terlalu kompleks. Kita kena bijak dalam berdakwah. Saya cadangkan kita berdakwah kepada mereka yang ada kemahuan. Yang menolak, kita tinggalkan walaupun tidak sepenuhnya kita tinggalkan.
Kita tidak sekuat orang-orang soleh terdahulu, mereka mampu berdakwah kepada yang mahu dan yang tak mahu. Kita ni lemah. Kalau kita nak usaha juga kepada yang tak mahu, maka kita akan terlepas mereka yang mahu.

Berdakwah kpd 10 orang yang tak mahu, paling kuat pun kita boleh dapat 3 orang.
Tapi kalau berdakwah kepada 10 orang yang mahu, insyaallah kita boleh dapat 7 orang.
Jangan bazirkan masa untuk mengubah mereka yang tak mahu.

Saya beri panduan berdasarkan pengalaman juga (semasa remaja dulu). Saya sendiri pernah rasa begitu. Kalau boleh kita nak ubah suasana sekeliling kita tu, tapi apakan daya- kita tak ada kekuatan untuk itu. Setiap hari yang kita lalui hanya kesedihan dan kekecewaan
.
Kerana terlalu frust, saya buat muka tak malu mengadu kepada 2 orang motivator Rufaqa. Mereka sanggup datang ke rumah saya pada malam hari yang jauhnya 60 km. Rasa lapang apabila mereka sedikit sebanyak beri beberapa panduan mengikut pandangan sufi- secara percuma. Waktu itu saya sudah tak tahu nak mengadu dan nak percaya siapa- Tuhan jodohkan saya minta bantuan mereka. Tapi saya tidaklah menjadi seorang ahli Rufaqa pula selepas itu, cuma masih bersahabat baik hinggalah sekarang.

Hari-hari yang anda lalui, kalau anda asyik berfikir hendak menentang persekitaran pekerjaan anda, anda akan lebih tertekan. Alam sekekliling begitu juga, kita pula yang makin “tension”. Tuhan tahu kita tak suka persekitaran kita. Takkan Dia nak zalimi kita yang menuju ke arah Dia ini. Rapatkan jurang dengan kawan-kawan setugas dan persekitaran bertugas. Anggap saja- aku tak ada peluang nak ubah apa-apa di sini, melainkan aku kena laluinya. Tapi anda gantikan dengan berusaha di luar. Tak boleh cari matawang syurga di alam kerja sekarang, gantikan dengan mencarinya di luar alam kerja anda.

Insyaallah cara ini boleh membantu walaupun kesannya mungkin tak banyak. Yang penting ada juga berkurangnya “tension’ kita.

Alexanderwathern 2005
 
 
 
 
IKUT TABLIGH, TINGGALKAN ORANG TUA UZUR DI RUMAH
 
PERTANYAAN:

Ada seorang sahabat saya telah keluar jemaah Tabligh selama 2 minggu dan meninggalkan orang tuanya yang dalam keadaan uzur. Namun orang tuanya tidak redha...
Apabila saya menegur, sahabat saya ini angkat tangan berdoa seolah-olah tidak melakukan kesalahan... baginya berdakwah itu lebih utama daripada menjaga orang tuanya yang uzur.
Bagaimana tu...? Bukanlah saya hendak menyalahkan jemaah Tabligh... tapi, itulah yang saya tak faham tentang jemaah Tabligh.. kenapa kawan saya apabila keluar 2 minggu atas alasan untuk tingkatkan iman tapi pada masa yang sama tinggalkan orang tuanya... bukankah redha Allah swt terletak pada keredhaan org tuanya... ?

bdb140



PANDANGAN


“Keluar” mengikut tatacara jemaah Tabligh memang bagus. Tapi meninggalkan orang tuanya yang uzur tentulah tidak bagus, apatah lagi jika orang tua tidak meredhainya.

Kepercayaan “berdakwah itu lebih utama daripada menjaga orang tua yang uzur” itu bergantung kepada beberapa keadaan dan penilaian. Kita ada beberapa talian hayat untuk menentukan manakah yang lebih penting ketika itu sama ada keluar berdakwah atau menjaga orang tua.

Antara talian hayat yang ada ialah:

1. Allah- minta petunjuk terus daripada Tuhan. Cara yang biasa kita dengar ialah dengan beristikharah.

2. Akal- kita diberi Allah akal untuk membuat pertimbangan yang wajar. Fikir panjang-panjang dulu. Contoh: Apakah kalau aku tidak keluar berdakwah maka usaha dakwah terhenti? Kalau aku keluar berdakwah, adakah orang lain yang mengganti tempat aku menjaga orang tua yang uzur? Banyak lagi persoalan yang boleh difikirkan. Kalau ada kemampuan dan kelapangan telitilah al-Quran , hadith-hadith dan sirah berkaitan keluar berdakwah dan menjaga orang tua (lebih-lebih lagi yang uzur)

3. Ulama- tanya pandangan orang-orang soleh yang hampir dengan kita. Biasanya mereka lebih faham hal ehwal agama.

4. Manusia- ambil tahu juga pandangan ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja. Ambil tahu tak bermaksud mesti diterima.

Mungkin ada lagi talian hayat lain. Usahalah cari talian hayat mana yang dapat. Kemudian berbaliklah kepada pembuat keputusan tertinggi kita iaitu akal. Akal inilah akhirnya yang akan menentukan (tanpa menolak konsep qada’ dan qadar) sama ada kita keluar berdakwah lebih baik ataupun menjaga orang tua. Keputusan kita yang buat.

Pendirian anda tidak menyalahkan jemaah Tabligh itu memang terpuji. Berdasarkan pengalaman, persahabatan dan pengetahuan saya tentang jemaah Tabligh, perihal “keluar kepada jalan Allah” mengikut acuan Tabligh bukanlah perkara remeh-temeh. Sebelum keluar kita kena ada ikhtiar sekadarnya agar “apa dan siapa yang kita tinggalkan” itu dalam keadaan baik. Ada pula ahli jemaah berdekatan yang tidak “keluar” sekali ketika itu mengambil tahu “apa dan siapa yang kita tinggalkan”. Mereka akan bertelefon, atau berziarah, atau membantu yang sewajarnya.

Orang yang kita tinggalkan itu pula hendaklah sedikit-sebanyak memahami usaha dakwah kita. Kitalah yang bertanggungjawab untuk memahamkan mereka. Sebab itulah pada zaman dahulu pernah ada seorang pekerja agama Allah ini meninggalkan keluarganya untuk melaksanakan kerja-kerja di jalan Allah itu. Orang bertanya kepada isterinya: “Engkau tak risaukah suami engkau meninggalkan engkau?” Si isteri solehah yang sudah memahami hal ini menjawab: “Yang pergi itu hanyalah yang mencari rezeki, sedangkan yang tinggal bersamaku ialah Yang Memberi Rezeki.” Begitulah hebatnya pejuang pada zaman dahulu. Tapi… adakah kita dan “yang kita tinggalkan” itu sehebat itu?

Keredhaan Allah memanglah terletak kepada keredhaan kedua orang tua. Tapi nilai keredhaan itu ada tingkatan-tingkatannya bergantung kepada jiwa orang tua tersebut. “Keredhaan kedua orang tua” itu yang pastinya ialah keredhaan orang tua yang soleh. Lain tingkatannya dengan keredhaan orang tua yang menentang hukum-hakam Islam, ataupun yang fasiq, ataupun yang zindiq, ataupun yang kufur, ataupun yang kafir, ataupun yang awam dan sebagainya.

Satu perkara lagi- kita tidak tahu hal ehwal sebenarnya masalah dalamn sesebuah keluarga itu. Maka kita biasakan diri bersangka baik saja. Kadang-kadang ada hal-hal tertentu yang sangat sulit untuk difahamkan kepada orang lain. Tapi sekiranya kita ada pengetahuan ada kadar yang agak mencukupi, maka bolehlah kita buat andaian.

Dalam kes ini saya berandaian anda agak dekat dengan keluarga rakan anda itu dan tahu serba-sedikit hal ehwal keluarganya. JIka dia tidak ada alasan kukuh untuk menunjukkan kewajaran dia meninggalkan orang tuanya yang uzur, maka perbuatan itu adalah hasil salah fahamnya tentang berdakwah secara umumnya dan berdakwah mengikut acuan jemaah Tabligh Maulana Muhammad Ilyas. Yang salah ialah perliaku individu atau kumpulan tertentu, bukan jemaah.

Wallahualam.

Alexanderwathern
5 DIS 2006


Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.