Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

soaljawab 3
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

ISU KOMIK ALIH BAHASA
 
PANDANGAN

Ct_girL77

A`kum wbt,
ikhwati....
Pengajaran budha di dakyah melalui "Komek"-2 yg sangat diminati oleh golongan "Mejoriti" anak muda melayu (islam).
Mereka sanggup memperhabiskan duit untuk memiliki komek-2 cina budha ini walaupun harganya bagi setiap naskah RM3.50 x 4 = RM14.00 x 12 = 168.00 (Setahun)
Contohnya;
Komek karangan :Tony Wong dan Lain-2
1)Pendekar Laut (sekarang Wira Tunggal)
2)Alam Perwira
3)Pendekar Sakti
4)Street Fighter
5)Jengking Merah
6)Pedang Setiawan
7)Dan banyak lagilah

P/s: Syurkan adanya "komek" pendekar yg membawa msg "Islam" , Tiadakah pelukis dan pengiat "Komek" yg dapat di ketengahkan???[/quote]


PEMURNIAN


Tahniah atas kepekaan anti.
Ana memberikan pandangan berdasarkan pengalaman bergaul dengan peminat-peminat komik ini dan pengalaman ana sendiri yang pernah mejadi peminat komik suatu ketika dahulu.

Memang komik-komik itu secara tidak langsung mempromosikan banyak hal ehwal Buddha, tapi rasnya tidaklah terlalu mempengaruhi keagamaan remaja Islam yang membacanya. Lebih besar lagi bahayanya filem-filem Bollywood yang mesti diselitkan unsur-unsur keHinduan di dalamnya itu kepada golongan dewasa dan warga emas. Kita boleh merujuk buku “Gerakan Jihad Fi Sabilillah & Cabarannya” oleh Abdul Qadir Djaelani terbitan Pustaka Dini 2001. dalam membicarakan jenayah umat Hindu di India ke atas kaum muslimin, di mukasurat 256 beliau menulis:
“Penguasa Hindu menganjurkan dan bahkan memaksakan semua golongan non-Hindu untuk menerima budaya Hindu, bahasa Hindi, dan tidak ada satu pertunjukan/ hiburan kecuali yang menggambarkan budaya Hindu.”
Yang ini lebih utama untuk sama-sama kita bentengi.

Walau bagaimanapun isu ini tetap tidak boleh dipandang ringan. Sebelum ini pun pada awal kemunculan komik-komik versi Bahasa Melayu tersebut telah banyak dipertikaikan orang kerana penggunaan nama watak seperti Ifrit Utama, Syaitan Timur, Wira Neraka, Malaikat Maut, Dewata Raya dan seumpamanya serta nama jurus/ hikmat seperti api syurga, api neraka dan seumpamanya boleh menggugat aqidah kalau tersalah faham oleh remaja.

Kebanyakan penulis komik ini berpusat di Hong Kong dan beragama Kristian. Dan memang banyak juga unsur-unsur Kristian yang disadurkan terutamanya melalui watak-watak penting. Ini lebih jelas dalam komik-komik berlatar masa kini atau akan datang. Salah satu contohnya ialah komik Raja Rimba oleh Ma Wing Shing.

Satu masa dulu (awal tahun 80-an) memang komik-komik tempatan kuasai pasaran, tapi tidaklah secantik dan sekualiti komik Hong Kong (ketika itu komik-komik Hong Kong masih dalam Bahasa Cina). Biasanya tidak bersiri. kalau bersiri pun seperti Santara Perkasa (yang watak dan jalan ceritanya menyerupai komik Conan), ia bukan cerita bersambung, setiap keluaran berlainan cerita. Kalau ada sambungan pun paling kuat 3 keluaran. Antara komik yang sangat saya minat (1 keluaran saja) bertajuk “2 Pendekar Cacat”. Jalan ceritanya memang menarik, tapi sayang entah ke mana semua komik tersebut.

Namun satu perkara yang pasti, komik-komik itu tidak juga membawa banyak manafaat dari segi pentarbiyahan pembaca. Bisanya berkisarkan kisah-kisah pertarungan, percintaaan dan hantu. Sebahagian besarnya pula seolah-olah sudah menjadi “trend” mesti ada lukisan gambar wanita yang mendedahkan aurat berlebih-lebihan.

Habis zaman itu keluar pula komik-komik terbitan Bayan Budiman (kalau tak silap). Yang ini lebih berkualiti malah ada seorang pelukis tempatan yang belajar-belajar meniru komik-komik Hong Kong. Boleh jadi dialah pelukis tempatan pertama yang meniru “style” pelukis komik Hong Kong. Setelah “famous” beberapa tahun akhirnya senyap juga.

Kemudian datanglah komik-komik Cina yang dialihbahasa ke Bahasa Melayu, terus menguasai pasaran hingga kini.

Pelukis tempatan belum mampu bersaing dari segi mutu, modal dan promosi. Beberapa cubaan dibuat tetapi kurang mendapat sambutan. Yang mampu bertahanpun biasanya yang mempunyai ruang khas dalam majalah-majalah tertentu.

Dalam akhbar Utusan Malaysia suatu ketika dahulu pernah meletup dengan komik harian “Ayoko” dan beberapa lagi siri oleh kartunis Zoy. Karyanya banyak juga memberi pengajaran baik untuk memajukan moral pembaca.

Kita masih menunggu komik tempatan yang Islamik dan berupaya menawan hati pembaca.

“PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT”

Alexanderwathern
17 DIS 2006

 

TIDAK BERTAHLIL ITU WAHABI?

PERSOALAN
Assalamu'alaikum.
Saya pernah terbaca bahawa orang yang tidak melakukan tahlil atau kenduri arwah itu dikatakan sebagai wahabi.

PENJELASAN

Waalaikumsalam.
Bahan bacaan anda itu mungkin ada masalah, kerana setahu saya, yang dilabelkan sebagai Wahabi bukannya mereka yang tidak melakukan tahlil atau kenduri arwah tetapi yang menghukum tahlil dan kenduri arwah serta para pelakunya sebagai bidaah (yang hukumnya berdosa dan akan ke neraka PADA PANDANGAN MEREKA).
Orang yang tidak melakukan tahlil dan kenduri arwah tapi tidak meletakkan HUKUMAN sebagaimana di atas, maka itu bukannya Wahabi.
Dan… org yang melakukan tahlil dan kenduri arwah, tapi meletakkan hukuman sebagaimana di atas, maka itu masih juga berfahaman Wahabi. Harap anda dapat MEMBEZAKANNYA.

Alexanderwathern 2005

 

 

MENGAPAKAH IKHWANUL MUSIMIN DIRAHSIAKAN

SOALAN

Mengapakah gerakan Ikhwanul Muslimin kini dirahsiakan? Adakah ia berbahaya? Adakah mereka dianggap pengganas?

PANDANGAN
Kalau ada kesempatan, anda carilah kisah-kisah sejarah Ikhwanul Muslimin.- pembantaian yang penuh kezaliman di atas kesalahan yang tak wujud. Mesir tempat Nabi Musa, tapi Mesir juga tempat Firaun. Ada Ikhwan, adalah Firaunnya. Siksaan dalam penjara Abu Gharib tu masih tak sehebat yang dikenakan ke atas ahli-ahli Ikhwan di Mesir, Syria dan negar-negara Arab lain oleh pemerintah-pemerintah Islam sendiri.

Tentera sukarelawan Ikhwan menentang Israel paling banya berjasa, dan hampir-hampir dapat mengalahkan Israel. Tiba-tiba mereka dipanggil balik (tekanan Barat ke atas pemerintah Mesir) malah mereka yang berjasa besar ini ribuan ditangkap, dipenjarakan, diseksa dan tak kurang yang mati.

Dulu Ikhwan punyai pelbagai premis, kilang, syarikat, media dan lain-lain (macam Darul Arqam) tapi lenyap dalam sekelip mata apabila disapu bersih oleh pemerintah (seperti yang terjadi kepada Darul Arqam juga suatu ketika dahulu). Dahwah besar yg dibina ranap dalam masa yg singkat.

Jadi selepas itu para pemikir Ikhwan lebih bijak. Ihkwan yang terang-terangan tidak sebesar yang “underground”. Pada masa sekarang… Ikhwan sangat kuat tetapi tidak nampak di mata zahir.

Ikhwan bukan pengganas, malah tidak ada sebarang kaitan dengan kelakuan Al Qaeda dan lain-lain yang mengangkat senjata. Ikhwan sejak dulu memilih jalan damai.
Jadi, Ikhwan terpaksa “underground” begitu.

Saya sarankan satu buku yang bagus- “Hari-hari Dlm Hidupku” oleh Zainab al-Ghazali, bameninggal dunia tahun ini. Kisahnya disiksa oleh pemerintah Mesir. Dia orang kuat Ikhwan.

Alexanderwathern 2005


Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.