Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Soaljawab 4
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

MENGIKUT-NGIKUT

 

PERTANYAAN

 

Mengapa begitu ramai manusia suka berbuat sesuatu itu dengan cara mengikut ikut?

Boleh di terangkan pada aku ni?
Sebab aku jadi makin tak tahu laa...

 

PANDANGAN

 

Begitu ramai manusia suka berbuat sesuatu itu dengan cara mengikut ikut kerana banyak sebab, antaranya:
1. jahil
2. malas
3. hanya itu saja jalan yang ada
4. dan mungkin yang lain-lain

Bolehkah “menjadi semakin tak tahu”?...

Wallahualam.

Alexanderwathern
JAN 2007

 

 

 

HURAIAN SLOGAN ALEXANDERWATHERN

 

PERTANYAAN

 

Macam mana yang di katakan:
BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW

Boleh kasi TUNJUK AJAR ka sama saya?

 

PENJELASAN

 

BerTuhankan Allah maksudnya mengakui dan mempraktikkan Allah sebagai Tuhan.
Bersyariatkan syariat Muhammad SAW maksudnya mengakui dan mempraktikkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.

Ada orang yang bertuhankan Tuhan yang betul tetapi tidak mengakui dan mengamalkan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Sekiranya mereka berkeadaan begitu sebelum sampainya dakwah Islam kepada mereka maka besar kemungkinan mereka benar.
Sekiranya mereka berkeadaan begitu sebelum sampainya dakwah Islam kepada mereka dan mereka mengamalkan syariat rasul lain ketika itu, maka mereka pasti benar.
Sekiranya mereka berkeadaan begitu setelah sampainya dakwah Islam kepada mereka maka besar kemungkinan mereka tidak benar
Sekiranya mereka berkeadaan begitu sebelum sampainya dakwah Islam kepada mereka tetapi mereka menolak syariat rasul lain yang sampai kepada mereka ketika itu, maka mereka tidak benar.

Ada segelintir penganut agama Hindu, Tao, Zoroaster dan Kristian hari ini yang masih berTuhankan Tuhan yang benar tetapi dengan kedatangan ajaran Islam, maka pegangan mereka “expired” di sisi Tuhan. Ini kerana syariat Nabi Muhammad bersifat seluruh alam dan secara umumnya .membatalkan syariat rasul-rasul terdahulu.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat pada zaman kita ini maka mestilah berTuhankan Allah dan bersyariatkan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Wallahualam.

Alexanderwathern
JAN 2007

 

 

 

CARA UNTUK MENGENAL TUHAN

 

PERTANYAAN

 

bagai mana kah cara untuk mengenal Tuhan?
boleh kah di binangkan di sini?

 

PANDANGAN

 

Cara mengenal Tuhan tidak lain mestilah melalui jalan berfikir, yang boleh dikategorikan kepada beberapa jalan lagi seperti:

1. melalui kitab suci
2. melalui pemikiran sendiri
3. melalui panduan orang-orang yang mengenal Tuhan

Yang terbaik ialah dengan menggunakan ketiga-tiga jalan sekaligus.

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.