Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Soaljawab 6
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

KAHWIN GANTUNG BAGI PELAJAR

 

SOALAN

zulhilmi:
Salam myalexander....ape pndapat tuan ttg kawen gantung bg seorg student
Sun Jan 21, 2007 3:32 pm


PENDAPAT

Wlksm Akhi Zulhilmi.

Pendapat ana tentang student yang kahwin gantung…
Soalan ni agak umum dan yang kedua… nikah kahwin ni bukan bidang yang ana banyak ilmu. Sekiranya pandangan ana tidak memuaskan hati, itu perkara biasalah.

Nak mula bagi pandangan dari sudut mana ya…?

Pertama sekali, ana terangkan dulu kahwin gantung yang ana faham.
Kahwin cara ini maksudnya aqad nikah dulu tetapi persetujuan telah dibuat agar tidak berlaku persetubuhan. Biasanya tidak dibenarkan tinggal sekali lagi. Yang ana faham gitulah.
Seandainya pemahaman ana ni tak sama dengan kahwin gantung yang anta faham, maka anta abaikan sajalah pandangan ana ni.

Dari segi hukumnya sah.

Dari segi pandangan orang-orang soleh… kurang cantik… sebab apabila sudah aqad maka umumnya mana boleh dihalang daripada persentuhan atau persetubuhan. Biasanya orang tua yang letak-letak syarat ni.

Dari segi keperluan mendesak, anta timbang-timbanglah… mana yang lebih baik mengikut situasi yang sedang anta dan bakal zaujah anta hadapi, antum lebih memahami situasi kalian.
Sekiranya nikah gantung itu lebih baik daripada menunggu tamat belajar, maka nikah gantunglah jawapannya.
Sekiranya tunggu tamat belajar dulu lebih baik, maka tunggu ajelah.
Ana rasa, bahagian inilah yang penting sekali.

Cukup agaknya setakat ini,sekadar itu saja pengetahuan ana. Semoga dapat membantu.
Wallahualam.

Alexanderwathern
6 FEB 2007

 

 

 

APAKAH TABLIGH SEBENARNYA?

 

PERTANYAAN


Yang di katakan TABLIGH tu apa sebenarnya?
Pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?
Pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?

JAWAPAN


Jawapannya bergantung kepada apa yang anda maksudkan. Ini kerana perkataan itu anda tulis “TABLIGH” bukannya “Tabligh” atau “tabligh”. Maka saya kekurangan maklumat. Tambahan pula saya insan dhaif yang tidak mampu membaca pemikiran manusia lain.

Perbincangan dalam artikel yang anda baca di atas berkisar tentang “Jemaah Tabligh” yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas.
Kalau “Tabligh” yang tuan maksudkan adalah “Jemaah Tabligh” yang diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas, maka penerangannya adalah seperti di bawah:

Pengasasnya Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944)
Lahir dan membesar di Kandhla, India.
Antara gurunya Maulana Rashid Ahmad Gungohi, Maulana Khalil Ahmad,Shah Abdul Rahman Raipuri & Maulana Ashraf Ali Thanawi.
1908 memasuki Darul Ulum, Deoband. belajar hadith daripadaSyeikh al-Hind Maulana Mahmudul Hassan.

Tabligh bermula di daerah Mewat.
Maulana membuka madrasah di Mewat tetapi kurang sambutan menyebabkan dia mengubah taktik dengan menumpukan kepada usaha dakwah.
Selepas abangnyaMuhammad yahya meninggal, pusat gerakannya berpindah ke Masjid Bangle Wali, Nizamudin. New Delhi.

Semasa hidupnya, Jemaah Tabligh masih terbatas di India.
Anaknya Muhammad Yusuf Kandahlawi berjaya menyebarkan Jemaah Tabligh ke luar India.
Pimpinan bertukar ke pada cucunya Muhammad In'amul Hassan Kandahlawi bersama Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria al-0Kandahlawi yang terkenal itu.
(* Dipetik daripada tulisan saya tentang Jemaah Tabligh)

Kalau pertanyaan anda memaksudkan perkataan “tabligh”. Maka salah satu maknanya yang masyhur ialah “menyampaikan”.

Ada pelbagai lagi pemahaman tentang “Tabligh”. Antaranya ketika Laskar Jihad hendak berangkat ke Ambon untuk menentang kezaliman penganut agama Kristian di sana, pemimpin mereka (* kalau tak silap saya Jaafar Umar Talib/ Taib) menyampaikan pesanan terakhir yang dinamakan “Tabligh Akbar”.

Soalan anda:
“yang di katakan TABLIGH tu apa sebenarnya?”
”pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?”
”pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?”

Saya tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati kerana tidak tahu “Tabligh” apa yang anda maksudkan.
Maka saya berusaha membantu kerana Allah dengan cara di bawah. Semoga ada manfaatnya walaupun sedikit.

Pertama, saya andaikan anda maksudkan Jemaah Tabligh.

“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” itu bukan Jemaah Tabligh, namun jemaah tersebut memang menjadikan itu salah satu daripada usaha dakwah mereka, dan ayat yang lebih tepat berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”… tanpa perkataan “je ke”.

“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” juga bukan Jemaah Tabligh namun jemaah ini memang menjadikan pelajaran untuk keluar berdakwah sama ada 3 hari, 40 hari, 4 bulan atau seumur hidup dan sebagainya salah satu daripada usaha dakwah mereka. Kegiatan mereka juga tidak terhad di surau saja tetapi juga masjid dan tempat-tempat lain jika tiada tempat khusus untuk melaungkan azan.
TAMAT bahagian ini.

Kalau anda maksudkan erti perkataan “tabligh” yang membawa maksud “menyampaikan”, maka jawapannya seperti di bawah pula:

“pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau je ke?” bukan tabligh iaitu “menyampaikan”, tapi ia boleh jadi tabligh iaitu menyampaikan jika ayatnya berbunyi: “pi rumah orang ketuk pintu ajak pi surau”- ini memang tabligh.

“pi duduk surau 3 sampai 40 hari tu ke?” bukan tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau saja-saja pergi duduk/ melepak, namun ia boleh menjadi tabligh bermaksud “menyampaikan” kalau perdi duduk di sana dengan niat untuk mengambil pelajaran. Ehwal ini lebih dikenali sebagai “bertabligh untuk diri sendiri” atau “menyampaikan keagamaan untuk diri sendiri”.

Setakat itu saja yang mampu saya bantu berdasarkan soalan anda. Harap ribuan maaf jika tidak mampu memuaskan hati. Banyak forum agama di ruang maya internet ini, cuba anda minta pandangan ribuan umat Islam di sana untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik tentang TABLIGH yang anda maksudkan.

“SOALAN YANG JELAS MEMUNGKINKAN JAWAPAN YANG JELAS”

Wallahualam.

Alexanderwathern
JAN 2007

 

 

 

 

 

APA YANG ISLAM AJAR?

 

PERTANYAAN


Eh ISLAM ajar buat apa yang sebenarnya?

Cerita lah sikit, bagi aku ni FAHAM apa ti ISLAM yang seBENAR nya tu...
Aku nak kan ISLAM yang benar bukan IKUT IKUTAN laa...

Tolong la kawan....


JAWAPAN


Jawapan untuk soalan ini amat luas pada pandangan saya yang dhaif ini. Namun untuk memberi sedikit bantuan kepada anda maka saya jawab sedikit sebagaimana di bawah.

Pertanyaan anda:
“eh ISLAM ajar buat apa yang sebenarnya?”
Jawapan ringkas:
Islam mengajar kita “buat” apa yang diperintahkan oleh Allah.

Permintaan anda:
“cerita lah sikit, bagi aku ni FAHAM apa ti ISLAM yang seBENAR nya tu...”
Jawapan ringkas:
Soalan ini tidak jelas terutamanya di bahagian “… apa ti ISLAM…”, maka sebaiknya tidak saya jawab, takut tersalah faham.

Permintaan anda:
“aku nak kan ISLAM yang benar bukan IKUT IKUTAN laa...”
Jawapan ringkas:
Kurang jelas apa maksud “ikut-ikutan” kepada anda.
Ayat di atas seolah-olah mengatakan Islam yang ikut-ikutan adalah tidak benar.
Bagi saya secara peribadi, perkara ini bukan muktamad- tidak semestinya yang ikut-ikutan itu tidak benar. Kebanyakan umat Islam sendiri jahil tentang agama dan tidak kurang juga yang malas mencari ilmu agama, maka mereka tidak ada jalan lain selain ikut-ikutan. Begitu juga dengan anak-anak kecil, mereka terpaksa ikut-ikutan apa yang diajarkan oleh orang dewasa.

“PERKATAAN BIARLAH SEDIKIT TETAPI BERKESAN”

Wallahualam.

Alexanderwathern
JAN 2007

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.