Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Soaljawab 7
Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

Enter subhead content here

APAKAH IKHWANUL MUSLIMIN?

 

SOALAN

 

Apa tu Ikhwanul Muslimin?

Barang apa tu?
Apa yang di maksudkan dari makna perkataan Ikhwanul Muslimin?
Siapa anggota nya? Di mana lokasinya?
RAHSIA nya kat mana?

perghh.. banyak sungguh keraguan aku ni...

 

PENJELASAN

 

Ikhwanul Muslimin adalah satu gerakan Islam.

Dalam bahasa Inggeris namanya Muslim Brotherhood. Dalam bahasa Melayu maksudnya Persaudaraan Orang-orang Islam atau Persaudaraan Muslim.

Anggotanya ialah manusia dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan negara.

Lokasinya di seluruh dunia.

Rahsianya ada dalam diri mereka yang layak menerima kerahsiaan.

Semua insan banyak keraguan.
Kita ragu-ragu aabila tidak berpuas hati. Kita juga ragu-ragu apabila tidak tahu sesuatu dengan kebenaran mutlak atau sekurang-kurangnya kebenaran yang boleh kita terima.
Penghapus dan pengurang keraguan hakikatnya ialah Allah. Mintalah “kepastian” daripada-Nya. Saya mencadangkan anda meneliti tulisan saya bertajuk “Membudayakan Solat Hajat” di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=64
Di sana ada dijelaskan cara untuk memperolehi ilmu yang pasti daripada Allah.

Saya sendiri banyak keraguan. Antaranya- siapakah anda yang bertanyakan soalan demi soalan kepada saya? Tak mahukah berkenalan? Sekurang-kurangnya berilah satu nama, dan lebih baik lagi kalau mendaftar di laman ini. Dengan cara ini keikhlasan sesama kita semakin bertambah dan memudahkan segala urusan. Urusan agama memerlukan keikhlasan yang tinggi untuk mendapatkan hasil maksima.

Jika anda terasa banyak ragu-ragu, tinggalkan dulu cerita Ikhwanul Muslimin, beri lebih tumpuan kepada asas-asas agama Islam biar jelas tanpa keraguan, kemudian barulah beri tumpuan untuk memahami perkara-perkara lain termasuklah Ikhwanul Muslimin.

“BANYAK PERKARA YANG PENTING, TETAPI PILIHLAH YANG TERPENTING”

Wallahualam.

Alexanderwathern

JAN 2007

 

Enter content here

Enter supporting content here

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.