Make your own free website on Tripod.com

Langkahan Ikmalia- alexanderwathern

Ceramah : REMAJA - CABARAN & PENYELESAIANNYA (bah. 2)

Laman Utama
Himpunan Risalah Tarbiyyah
Himpunan Risalah Agama Islam
Himpunan Risalah Agama Dunia
Himpunan Soaljawab Ringkas
Himpunan Karya Seni
Himpunan Bahan Bacaan
Himpunan Risalah Umum
Himpunan Dialog
Abu Zulfiqar "Alexanderwathern"
Himpunan Buku

            Apakah tujuan kita menceritakan ini semua? Tidak lain ialah untuk menunjukkan kebesaran Allah, dan menunjukkan betapa lemahnya kita berbanding Allah. Apabila kebesaran Allah masuk ke dalam jiwa dan kedhaifan diri serta kehebatan dunia keluar, maka hati kita akan lebih mudah tunduk. Apabila hati kita telah tunduk, maka input-input yang akan diberikan selepas ini dengan mudah akan masuk ke dalam jiwa.

              Hati kita ini penuh dengan kebesaran dunia. Ini menjadi penghalang, namun ia akan hilang jika kita faham hakikat dunia, dan hakikat hidup di dunia ini.

               Apakah hakikat kehidupan di dunia? Kita hidup di dunia tidaklah lama, lebih kurang 70-80 tahun. Itu pun kalau tidak ada penyakit, tidak terlibat dengan kemalangan dan sebagainya. Oleh kerana kita faham yang kita akan hidup di dunia ini lebih kurang 70-80 tahun, maka kita berusahalah siapkan bekalan untuk makan, untuk pakai dan untuk tinggal untuk 70-80 tahun itu.
               Tapi kita mesti ingat, bahawa kita akan hidup di akhirat untuk satu jangkamasa yang saaangat lama- beribu-ribu tahun, berjuta-juta tahun, bertrillion-trillion tahun… selama-lamanya. Maka kita mestilah berusaha menyediakan bekalan untuk makan, untuk pakai dan utuk tinggal di sana yang sepadan dengan usia kita hidup di sana- beribu-ribu tahun, berjuta-juta tahun, bertrillion-trillion tahun…

                 Contoh- kita pergi melancong dan nak duduk 2 hotel. Hotel pertama kita nak duduk 3 malam. Hotel kedua nak duduk 10 malam. Katakanlah satu malam RM 80.00. Kita dah tau yang kita nak duduk hotel pertama 3 malam, maka kita siapkanlah wang sebanyak RM 240.00. Untuk hotel kedua kita siaplah RM 800.00.
               Tapi apa yang kebanyakan kita buat hari ini ialah… kita usaha siapkan RM 800.00 untuk tinggal di hotel pertama (3 malam) tapi usaha sediakan RM 240 saja untuk hotel kedua (10 malam). Akibatnya- kita gagal untuk menginap 10 malam di hotel kedua.
               Kebanyakan manusia usaha bersungguh-sungguh (malah sampai melampau) untuk mendapatkan keselesaan hidup di dunia, tapi buat tak endah saja untuk siapkan bekalan hidup selesa di akhirat. Betul tak? Nanti di akhirat kita tak dapat keselesaan. untuk jangkamasa yang sangat lama.

              Apakah pula hakikat dunia?
Ada beberapa hadith yang menceritakan tentang hakikat dunia. 

            Satu hari Nabi Muhammad ada dekat satu tempat pembuangan sampah. Kata Nabi Muhammad kepada para sahabatnya, “Kejarlah dunia.” Kemudian dia ambil satu sampah dan satu tulang reput lalu berkata, “Inilah dunia.” Hadith riwayat Imam Baihaqi.
              Lihat, nilai dunia ini kepada Rasulullah hanyalah sekadar sampah dan tulang saja. Itulah yang kita kejar selama hari ini.

             Suatu hari Nabi Muhammad ternampak bangkai seekor anak kambing yang dibuang oleh tuannya. Ya lah, bangkai anak kambing, kita bukan boleh makan walau secantik dan se”hensem” manapun anak kambing itu. Kata Nabi, dunia ini pada pandangan Tuhan adalah lebih hina daripada kambing itu pada pandangan tuannya. Maksudnya, nilai dunia ini tak lebih daripada bangkai anak kambing saja di sisi Allah.
              Kemudian kata Nabi lagi… kalaulah nilai dunia ini sama dengan sebelah sayap nyamuk sajapun, maka Allah tak akan bagi orang-orang kafir minum walaupun seteguk air. Maksudnya, segala keindahan dan kemewahan di dunia ini tak sampaipun sebelah sayap nyamuk di sisi Tuhan, kalau nak dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Sebab itulah Allah bagi peluang kepada orang-orang kafir untuk menguasai dan menikmati dunia ini. Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Turmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim.

              Dunia ini ibarat lampu dengan bayang-bayang. Kalau kita kejar bayang-bayang kita- bayang-bayang tak dapat, lampu makin jauh kita tinggalkan. Kalau kita kejar lampu- lampu dapat, bayang-bayang pun ikut dari belakang. Begitulah… kalau kita kejar dunia- dunia tak dapat, akhirat semakin menjauh. Tapi kalau kita kejar akhirat- akhirat dapat, dunia pun mengikut dari belakang- dapat juga!

 

Sebagai menjana minda, marilah kita sama-sama memikirkan tentang memasukkan kebesaran Allah ke dalam diri.

 

            Kamu semua biasa atau pernah menghadiri kem-kem motivasi. Apakah yang di”hi-lite”kan dalam kem-kem motivasi ini (*kebesaran apakah yang cuba diutarakan)? Tidak lain ialah kebesaran ibu bapa!

 

            Pada waktu-waktu tertentu, biasanya tengah malam, pelajar akan diletakkan di tempat gelap, duduk berjauhan dan ada kalanya dikehendaki menutup mata. Motivator akan memainkan minda kita dengan mengajak kita memikirkan tentang ibu bapa. Contohnya dia akan berkata, “Cuba bayangkan wajah tua ayah, kerut-kerut di mukanya… apa kata kalau mereka pergi buat selama-lamanya malam ini…” dan seterusnya. Betul tak? Motivator akan membuatkan pelajar menangis mengenangkan rasa bersalah kepada ibu bapa, rasa saayang sangat, rasa nak balas jasa, kalau boleh nak peluk dan minta ampun kepada mereka ketika itu juga , tak mahu melawan cakap mereka lagi… dan sebagainya.

 

            Ikut pengalaman saya, sampaikan ada pelajar lelaki yang menangis berteriak memanggil “Maaakkk” sambil memegang bangku dan menghinggut-hinggutkan kepala. Tapi biasanya… keinsafan mereka tak lama, lepas dua hari, dia jadi macam biasa balik.

 

            Melalui kaedah ini, kita mengharapkan pelajar akan berubah apabila kebesaran ibu bapa dimasukkan ke dalam jiwa, tapi kita tidak masukkan kebesaran Allah, Nabi Muhammad dan al Quran. Ini yang kurang lengkap. Kaedah yang dilakukan memang baik, cuma boleh dibaikkan lagi.

 

            Kita sedia maklum, ilmu motivasi kita banyak datangnya daripada Barat, mengiktu acuan Barat… tapi kita boleh buat ubahsuai.

 

            Sepatutnya, dalam  kem-kem motivasi ataupun khemah ibadah (*saya tidak maksudkan semua 100%, ikut kesesuaian), dalam slot-slot terawal kita mestilah memasukkan kebesaran Allah SWT terlebih dahulu. Motivator berusaha buatkan peserta menangis dan rasa bersalah sangat dengan Tuhan, rindu sangat dengan Tuhan, rasa nak balas jasa-jasa Tuhan, nak minta ampun banyak-banyak, lepas ini tak mahu lagi melanggar perintah-perintah Tuhan (*sebagaimana yang dibuat untuk memasukkan kebesaran ibu bapa) dan sebagainya.

 

            Kemudian dalam slot seterusnya kita masukkan pula kebesaran Nabi Muhammad. Buatkan peserta mengalir air mata disebabkan rasa sayang sangat dengan Nabi, rasa bersalah dengan Nabi, kalau boleh rasa nak peluk baginda ketika itu juga… dan sebagainya.

 

            Kemudian masukkan pula kebesaran al Quran. Buatkan peserta menangis mengenangkan al Quran, rasa tak mahu tinggal lagi membacanya, kalau boleh nak cium al Quran ketika itu juga…

 

            Selepas itu barulah slot untuk masukkan kebesaran ibu bapa, barulah buatkan peserta mennagis kerana ibu bapa. Barulah betul susunannya.

 

            Kalau kita meninggalkan kebesaran Tuhan, Rasulullah dan al Quran… hanya masukkan kebesaran ibu bapa saja… maka segala usaha dan amal peserta akan berorientasikan ibu bapa. Apa yang dibuatnya nanti adalah kerana ibu bapa, melebihi kerana Allah, kerana Rasulullah dan kerana kitab suci al Quran.

 

            Kita lihat apabila pelajar hendak menghadapi peperiksaan. Rata-rata… niat dan keputusan peperiksaan itu untuk siapa? …Aku ambil peperiksaan ini dan keputusannnya nanti, untuk dihadiahkan kepada ibu bapa- itu yang teratas. Pelajar memikirkan untuk membalas jasa ibu bapa saja. Niat itu memang baik, saangat baik, tetapi dari segi keutamaannya tidak kena. Nombor berapa kita letak Tuhan, nombor berapa kita letak Nabi..?

  

            Sepatutnya, niat kita ambil peperiksaan yang paling atas sekali ialah untuk membalas jasa Tuhan (* kalau bukan sekarangpun… suatu hari nanti), kemudian untuk membalas jasa Nabi, kemudian barulah untuk membalas jasa ibu bapa. Tapi pelajar biasanya didorong untuk mengutamakan membalas jasa ibu bapa saja.

 

            Memanglah ibu bapa kita beri kita makan, tapi kita kena ingat…kita dan ibu bapa kita, bahkan keturunan awal ibu bapa kita semuanya Tuhan yang bagi makan. Jasa Dia adalah jauh lebih besar daripaad jasa ibu bapa kita. Bagaimana nak balas jasa ibu bapa diletakkan di atas, melebihi nak balas jasa Tuhan???

 

            Memanglah disebabkan ibu bapa kita Islam maka kita pun beragama Islam, tapi kita kena ingat… ibu bapa kita termasuklah datuk nenek kita dan ke atas, semuanya Islam kerana Nabi Muhammad. Jasa Nabi Muhammad jauh lebih besar (*kita mestilah mencintai Allah dan Nabi melebihi mencintai ibu bapa, baru sempurna iman- maksud hadith).

 

 

            Inilah antara perkara yang sepatutnya diperbaiki. Masukkan kebesaran Allah terlebih dahulu, baru yang lain-lain. Sebab itu ada syair-syair yang dicipta oleh orang-orang terdahulu, yang mana mereka ini begitu cinta dengan Allah. Yang biasa kita dengar seperti Ilahilas… (* dilagukan rangkap pertama).

 

            OK. Ini semua baru muqaddimah, belum masuk isi lagi. Kalau muqaddimah saja sudah setengah jam, isi dia tak tau la… (*sekadar mengusik pelajar).

 

bersambung ke bahagian ke-3...

 

 

BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD SAW
Tulisan-tulisan di laman ini adalah hak milik Allah SWT dengan berperantaraan Alexanderwathern. Maklumat berkenaan HALAL DIPINDAHKAN ke mana-mana dengan SYARAT hendaklah disertakan sama alamat laman ini sebagai rujukan dan tidak digunakan untuk tujuan komersil.